Wednesday, March 14, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -4-

...sambungan

Assalamu'alaikum,

Berdasarkan perbualan antara aku dengan Tuan Haji Ahmad Fuad, Penolong Setiausaha Agung FAM, kita semua boleh tahu bagaimana sebenarnya sikap orang-orang yang mentadbir bolasepak Malaysia ini. Mungkin akan ada yang cakap, tak semua dalam FAM macam tuh, tapi kalau dah polisi FAM sendiri ialah untuk bergantung pada individu untuk terus beroperasi sebagai sebuah persatuan yang mentadbir bolasepak Malaysia tidakkan kita boleh cakap bahawa secara keseluruhannya FAM adalah begitu sikapnya. 

Tidak salah rasanya jika seorang presiden ingin menyumbang dari segi kewangan jika mampu kepada persatuan tetapi adakah itu boleh menjadi satu tiket untuk individu itu memegang satu-satu jawatan sedangkan kita tahu bahawa individu itu tidak boleh membawa kebaikkan kepada kemajuan sukan yang ditadbir oleh persatuan itu. Bukankah lebih baik individu itu diletakkan di "department" penajaan dan pencarian dana dari kita memberikan jawatan yang memerlukan seorang yang memahami bolasepak ini secara menyeluruh dan mendalam.

Jadi dengan sebab itu saya sering tekankan bahawa Presiden FAM perlu letak jawatan kerana apa gunanya seorang presiden yang hanya dapat memberikan dana tetapi tidak dapat memberikan kemajuan dalam bolasepak Malaysia. Kalau kita nak harap orang dalam FAM nak suarakan pendapat ini memang tidak lah walau pada hakikatnya mungkin segelintir yang ada di dalam persatuan itu sependapat dengan aku.

Aku juga sangat tertarik dengan kenyataan Tuan Haji Ahmad Fuad "Cuba awak fikir, kalau orang lain boleh bagi tak duit macam tuh, tanpa ada soal siasat dari mana-mana pihak." bermakna di sini ada golongan-golongan atau individu di dalam FAM ini mempunyai "SUPERPOWER" dan kebal dari undang-undang. Jadi kalau kita renung balik kenyataan yang dibuat oleh Chris Eaton bahawa ada pegawai FAM yang terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan berkemungkinan besar ianya benar cuma kerana kekebalan segelintir individu dari undang-undang atau arahan-arahan dari "SUPERPOWER" menyebabkan perkara ini tersimpan rapi di Kelana Jaya dan yang dijatuhkan hukuman dan dituduh hanyalah kambing-kambing hitam untuk dijadikan berita sensasi di dada-dada akhbar atau di kaca televisyen.

Jadi sebab itu saya tekankan bahawa Presiden FAM perlu letak jawatan kerana selama 27 tahun mentadbir FAM kejayaan yang paling hebat sekali untuk bolasepak Malaysia ialah apabila pembersihan rasuah secara besar-besaran dalam bolasepak Malaysia pada tahun 90-an namun kini seolah-olah masalah itu kembali timbul. Apakah maksud pembersihan yang dulu itu tidak betul-betul bersih?? atau yang dibersihkan itu hanyalah habuk-habuk manakala sampah-sampah itu disorokkan di bawah permaidani tetapi apabila bertahun-tahun disorokkan sampah itu mula terkeluar apabila sudah tidak dapat diselindung di bawah permaidani lagi. "Ranking" FIFA Malaysia makin menjunam dan semua memandang ianya adalah masalah jurulatih dan pemain yang tidak bagus dan tidak mencapai tahap kompetitif antarabangsa tanpa menyedari akar permasalahannya adalah dari Kelana Jaya itu sendiri dan pucuk pimpinan di Wisma FAM. 

Aku juga tertarik dengan satu komen "cerita pasal Presiden bantu FAM tu aku setuju..mmg tak dapat dinafikan....tapi betulkah sbb bola kita tak maju disebabkan presiden? apa pandangan ex player malaysia? saja nak tau..sbb ada veteran x malaysia penah bagitau aku yg FAM x salah, yg salah state FA sbb tak produce player..FAM cuma facilitate/organize competition saja" --> kenapa FA Negeri tidak melahirkan pemain?? FA Negeri ini pengurusan bukan?? FA Negeri ini berdaftar dengan FAM bukan?? Mereka yang mentadbir FAM datang dari FA Negeri bukan?? jadi FA Negeri ini bebal sebab ditadbir oleh orang bebal makanya mereka ini masuk ke FAM dan FAM turut jadi bebal, dan presidennya pula tidak boleh menjadikan orang-orang di bawah pentadbirannya itu cerdik sebaliknya menjadi lebih bebal. Jadi di sini maksud aku, kalau kita tukar yang paling atas sekali makanya yang bawah-bawah turut akan bertukar sebab kalau asyik tukar yang bawah-bawah sahaja tetapi yang atas tetap sama, makanya kita akan tetap di takuk ini. Mereka semua ini terlalu selesa sehingga tidak berwawasan lagi kerana ditadbir oleh pentadbiran yang salah dan tidak profesional, "takde duit, dihulur duit".."takde penaja..gunakan kuasa individu untuk tarik penaja" tetapi tidak pula gunakan kuasa individu untuk menekan dan menerapkan polisi kepada FA Negeri supaya melahirkan pemain dari akademi bolasepak dan untuk memajukan liga Malaysia sekaligus menaikkan martabat bolasepak Malaysia, jadi salah siapa?? ini bukan soal salah siapa lagi dah, ini soal 27 tahun tanpa sebarang kemajuan dalam bolasepak Malaysia, jadi sebagai orang yang memegang tampuk pemerintahan paling tinggi dalam carta organisasi pentadbiran bolasepak Malaysia, haruslah bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Kini kedengaran pula yang pasukan kelab dari Eropah akan datang ke Malaysia untuk bermain dalam perlawanan persembahan pada bulan Jun nanti dengan pasukan kebangsaan, nah terbukti satu lagi kebodohan FAM yang tidak memikirkan "ranking" bolasepak negara kita. Janji-janji perlawanan kelas A untuk pasukan Harimau Malaya mana????? Sudahlah liga kita berada pada tahap yang rendah dari segi taraf pengurusannya, penontonnya dan macam-macam lagi, mereka di Wisma FAM masih lagi selesa berehat. Jadi kerana itu saya katakan di sini bahawa Presiden FAM harus bertanggungjawab atas kegagalan sejak tahun 1984 sehingga hari ini dan harus berundur untuk memberi nafas baru dari pentadbiran yang baru.

Jadi sememangnya Presiden FAM harus meninggalkan Kelana Jaya jika kita ingin melihat transformasi dalam bolasepak Malaysia untuk kita lebih maju. Cukuplah salahkan jurulatih dan pemain, pengurusan harus diubah dulu baru kita boleh cerita pasal taktikal, jurulatih asing dan "first touch" pemain. Jika ini tidak berlaku maka bolasepak kita akan tetap berada pada tahap yang sama dan kita akan terus mengejar kegemilangan di Piala AFF dan Sukan SEA(yang tarafnya atas sikit dari SUKMA jek) sahaja.

Macam yang aku selalu cakap, jurulatih dah berapa kali tukar, lampu di Wisma FAM dah berapa kali tukar, exco-exco FAM juga dah berapa kali tukar, rumput di padang Wisma FAM juga dah berganti, pemain silih berganti, jersi dah tukar, cuma yang satu tu je yang kita belum tukar, jadi harap sedarlah dan rasa bertanggungjawablah demi kemajuan bolasepak Malaysia atau seharusnya rakyat bolasepak yang menolong untuk menukar???

Sekadar tulisan dan pendapat. 

6 comments:

  1. ini yang menyebabkan banyak syarikat-syarikat korporat tidak berminat untuk menaja sesebuah pasukan kerana hasilnya tetap sama. Penaja akan menaja sesebuah pasukan bagi tujuan memasarkan syarikat atau jenama melalui iklan yang dipaparkan di jersi. Namun, sesetengah persatuan negeri menggunakan duit tajaan itu untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk melahirkan bakat dan mempromosikan pasukan.

    ReplyDelete
  2. SATU hal lagi MEDIA ARUS PERDANA suka mengampu, langsung tidak berani nak kritik FAM,mungkin ini budaya WARTAWAN Masa kini.Terang terang FAM Mundur dan perlu TRANFORMASI,apa sebenarnya perancangan FAM untuk skuad kebangsaan,TOLONGLAH berundur KEPIMPINANAN FAM dan pegawai yang suka mengampu,KAMU mohon jasa baik anda,NYAH dari bolasepak MALAYSIA,termasuk media YANG KAMI pengampu,TIADA kritikan konstruktif untuk memajukan bolasepa Malaysia.

    ReplyDelete
  3. mungkin benar jugak gesaan tuan punya blog ni...mungkin dah sampai masanya pengurusan FAM dirombak sepenuhnya bermula dari presiden sampai la ke bawah..yg mana bagus kita kekalkan ..cth yg bagos-bagos x ramai cthnya arwah DS Ahmad Basri atau sekarang ni TS Anuar Musa...bukan kita tak iktiraf jasa Presiden FAM cuma untuk kebaikan bersama apa kata kita rombak besar besaran...lantik yg ada DNA bola dari kecil saja yg teraju badan...banyak apa X player malaysia yg educated yg boleh pegang jawatan tu

    lagi satu sbb apa politician suka sgt nak pegang jawatan dalam sukan ni..bukan bola saja boleh kata semua la...bagi la kat yg betul2 paham pasal sukan utk teraju badan sukan

    ReplyDelete
  4. Kita asyik terbawa2 dgn kegemilangan kita dulu.tp xsedar yg kita skrg dh jauh ketinggalan.pengurusan FAM umpama "tidak bekerja" dan mempropagandakan kegemilangn piala 2 yg bru dimenanagi..sllu dgr alasan sahaja.tanpa ada sebarang tindakan..
    Biarla Malaysia yg dlu power katanyer...
    Aku yg mahu bkn piala AFC yg lepas.aku mahu tgk kemajuan hari ini.RAKYAT mahu kemajuan bola sepak skrg..bkn bola sepak ckp2 tin kosong..
    Bawa kelab europ frenly dgn team malaysia??
    Brape harga tiket.???sebenarnya nak bagi pengalaman utk team negara ke atau nak cari keuntungan dr team luar??
    sudah la..klo boleh menang dgn semua taem liga super baru boleh lawan team luar la..xpayah nak susah2..
    Passing bola tahap darjah 5..hentikan menjawab soalan spm..passing pun kelaut..apa nak jadi dgn team negara..bukan mencemuh..tapi memperbaiki..

    ReplyDelete
  5. http://sokernet.blogspot.com/2011/02/sepakbolanet-revolusi-pssi.html

    ReplyDelete
  6. Saya sokong artikel diatas ini, berikan la jawatan president FAM kepada sesorang yg betul2 berkemampuan untuk memberikan transformasi kepada bola sepak negara kita secara keseluruhannya, kepada president FAM tolong la letak jawatan, rakyat Malaysia sd terlalu lama menunggu dah nak sampai berkulat dah entah bila baru negara kita mampu bersaing jangankan negara eropah cukup negara2 seperti jepun, korea kita terlalu jauh ketinggalan ... sy sangat kecewa... kecewa... kecewaa... FAM yg langsung tdk dapat menjalankan tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada bola sepak Malaysia.. sudah terlalu lama...sampai bila lagi RAKYAK MALAYSIA PERLU MENUNGGU.. TOLONG LAH TUAN PRESIDEN FAM LETAK LA JAWATAN.. TOLOOOOONGGG LAAA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...