Friday, March 22, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 26-

Assalamu'alaikum,

Sebentar sahaja lagi perlawanan ke-2 Kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia dan Yemen akan berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8:45pm

Secara statistiknya, Harimau Malaya dan Yemen ini boleh dikatakan lawan buku temu ruas, lebih kurang sama kekuatan kalau dinilai dari segi prestasi liga tempatan mereka dan juga ranking.

Malaysia berada di kedudukan ke-164 manakala Yemen di kedudukan ke-170 bermakna Malaysia lebih baik prestasi berdasarkan ranking. Liga Malaysia diletakkan di bawah kategori D oleh penilaian AFC Pro League Comittee manakala Liga Kebangsaan Yemen pula tidak dinilai langsung oleh AFC Pro League Comittee, bermakna di sini prestasi pemain-pemain kita sepatutnya lebih baik dari Yemen kerana kita bermain dalam liga yang lebih baik dari mereka. Pasukan dari liga Yemen juga tidak layak untuk beraksi dalam kejohanan ACL atau AFC Cup berbanding kita mempunyai 2 slot untuk beraksi di kejohanan Piala AFC. Jadi sepatutnya memang Harimau Malaya kita mempunyai banyak kelebihan dalam perlawanan malam ini.

Kredit :- Dunia Sukan
Namun dalam bolasepak, apa yang berlaku bukan bergantung pada apa yang tertulis di atas kertas atau apa yang terjadi di atas padang hijau, ia juga melibatkan faktor-faktor lain.  

Dari apa yang aku lihat kita ada peluang untuk menang malam ini sekaligus membuka ruang kembali untuk layak ke Piala Asia 2015. Berat hati aku mengatakan yang Malaysia akan memperolehi kemenangan malam ini dan kita semua yang ke stadium akan pulang dengan gembira. Namun jika berlaku sebaliknya, itu bukan aku yang tentukan.

Apa-apa pun jom kita ke stadium malam ini, esok pun cuti, aku rasa kita boleh malam ni, kita boleh menang insyaALLAH.

Kredit :- UM07
JOM KE STADIUM SOKONG MALAYSIA DAN MAKI HAMUN FAM!! 

Sekadar tulisan dan pendapat.  

P/S:- Terima kasih Norazman sahabat PFSLJ aku atas sedikit info yang diberikan pada hal yang aku tak pasti 

3 comments:

  1. In Shaa Allah kita pasti menang..Sedih tak dapat bersama komrad2 di stadium mlm ni...sorakan saya di rumah akan mengiringi sorakan komrad smua di stadium mlm ni. SELAMANYA!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah kita menang! Komrad2 terbaik, chant sampai lampu stadium padam!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...