Wednesday, September 07, 2011

MISI 33

Assalamu'alaikum,

Selangor kalah perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2011..apooo lahhh..hahaha..MISI 33??? Ke mana arah tujunya?? 

Aku bukan nak jadi bijak pandai atau nak jadi jurulatih, cuma perlawanan dengan T-Team itu tidak menunjukkan bahawa Selangor sedang menuju ke arah MISI 33 itu jauh sekali mereka berjuang untuk misi yang telah dilancarkan pada Syawal yang ke-6 tempoh hari.

Aku cuma nak jadi realistik di sini, memang kita perlu sokong walau menang atau kalah sekalipun, namun sokongan yang tidak berbelah bagi itu mestilah disertakan dengan akal dan fikiran, jangan sokong membabi buta sahaja sedangkan pihak yang lain tidak ada langsung sekelumit dalam hati untuk bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi. 

Permainan, taktikal dan semangat pemain tersangatlah hambar bukan bermaksud mereka tidak memberikan 100% apabila di dalam padang, mereka telah memberikan lebih dari 100% tetapi dalam cara yang hambar lagi membosankan.

Taktikal K.Devan adalah perkara yang paling aku tidak fahami sejak dari Liga Super sehinggalah perlawanan semalam, aku cukup tidak faham apakah sebenarnya yang K.Devan ingin buktikan. Kita semua sudah tahu bahawa serangan Selangor amat tumpul, tetapi tiada langsung tindakan untuk menajamkannya.  

Masalah penjaga gawang aku kira sudah diperbaiki sedikit dengan kehadiran G.Jeevanathan, boleh dianggap lebih baik dari Iqbal dan Saiful Amar walaupun baru hanya 1 perlawanan kompetitif jadi masih tidak boleh mengatakan bahawa dia adalah yang terbaik tetapi setakat ini YA, dialah orangnya.

Pertahan juga aku kira "boleh pegi lah" kata orang dengan Nasriq kembali berganding dengan Yosri serta Razman dan Gunalan di kanan dan kiri. Harapan cuma mereka ini semua betul-betul bermain bolasepak, bukan sekadar masuk ke padang memenuhi kehendak kontrak. 

Tengah pula tidak seimbang dengan Hardi Jaafar berganding bersama Fadzli Saari. Hardi aku kira bermain dengan baik seperti biasa sebagai "Defensive Midfielder" tetapi peranan Fadzli Saari, aku tidak nampak peranan dia dibahagian enjin pasukan itu. Ini adalah tempat yang memang ada kerosakan besar, jadi sebab itu kita lihat tiada "gameplay" dalam setiap perlawanan Selangor. Pihak lawan sudah boleh membaca taktikal Selangor iaitu dengan cuba menembusi kubu lawan menerusi kanan dan kiri kemudian hantaran ke dalam petak penalti untuk  Amri & Co menyudahkan, yang setakat ini tidak langsung nampak keberhasilannya. Telalu banyak ruang diantara "Attacking Department" & "Defensive Department" bermakna tengah selalunya kosong apabila pasukan lawan melakukan "Counter Attack". Kelemahan inilah yang selalunya digunakan oleh pihak lawan untuk menembusi benteng Selangor terutama bagi pasukan seperti Kelantan dan Terengganu yang memiliki "Attacking Department" yang sangat agresif.

Penyerang, tiada kata untuk menilai bahagian ini. Safiq Rahim kali ini diletakkan di belakang Amri sebagai "back-up" dan Amri bermain sebagai "top"(ini apa yang aku nampak) tetapi sebenarnya Safiq & Amri masing-masing cuba menjadi "back-up" atau "free role" jadi setiap kali serangan dijana, tiada penyerang yang menanti di hadapan untuk melakukan penyudah, ataupun mungkin taktik K.Devan bermain tiada "striker" bermakna "Midfield" dan "Attacker" itulah "Striker", boleh jadi juga. Sebab itulah aku cakap aku sampai sekarang tak faham apa yang cuba diterapkan oleh K.Devan dalam permainan Selangor. Tetapi yang aku nampak adalah permainan dan taktikal stereotaip sejak dari dulu hinggalah hari ini, yang hasilnya memang telah terbukti tiada hasil :-)

Seperti biasa selepas kekalahan, maka kedengaran suara-suara kritikan dan sokongan yang tidak berbelah bagi di sana sini. Pada aku untuk kes Selangor ini, memang perlu dikritik secara keras supaya mereka semua sedar yang sebenarnya penyokong-penyokong bukan tidak mahu sokong, tetapi muak dengan gaya persembahan 110% di dalam padang tetapi dengan cara yang membosankan. Sokong tetap sokong, tapi jangan membabi buta. :-)

Sampai bila pemain, jurulatih dan pengurusan mahu penyokong-penyokong setia Gergasi Merah hidup dengan bayangan sejarah masa lampau, dan terpaksa mengagung-agungkan kenangan lalu untuk kebanggaan. Sedangkan pasukan yang dahulunya kerdil dan baru memenangi kurang dari 10 trofi secara keseluruhan sejak mula ditubuhkan telah mendahului kita yang kononnya "King Of Malaya" dari semua sudut permainan, taktikal, pembangunan remaja, pengurusan, promosi, penjualan tiket, budaya penyokongnya, visi dan juga misi pasukan.

Nak kami sokong, kami dah sokong, macam-macam kami dah bantu, tetapi...hurmmm :-)

Apa sudah jadi FAS???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...