Assalamu'alaikum,
Aku tak pasti ini adalah kebodohan atau kepandaian.FAM ingin pinda kod tatatertib. Mengikut artikel dari Berita Harian itu FAM akan memasukkan pindaan baru di mana pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan
Taufik berkata "antara pindaan yang akan dimasukkan dalam kod baru itu
ialah mengenai pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak
bersungguh-sungguh untuk menang dalam sesuatu perlawanan."
Aku terfikir macam mana nak tahu atau ukur kesungguhan pemain untuk memenangi sesuatu perlawanan?? Jawapannya;
“Contohnya, pemain bawa bola ke depan pintu gol tetapi tiba-tiba berpatah balik dan kemudian tidak menjaringkan gol,” katanya.
Aku terfikir lagi, maknanya selepas ini pemain tidak boleh memainkan bola ke belakang atau tidak boleh berpatah balik apabila berada di depan pintu gol dan bila berada di depan pintu gol dan tidak menjaringkan gol juga akan menjadi satu kesalahan tatatertib.
Aku pening memikirkan dan aku rasa selepas ini jurulatih lagi pening nak menyusun taktikal sebab kalau salah barangkali akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib. Pemain pula selepas ini tidak boleh membawa bola ke belakang semula apabila sudah berada di depan gol dan mesti jaringkan gol bila dah berada di depan gol ataupun akan menerima nasib digantung perlawanan.
Tapi sampai sekarang aku masih buntu memikirkan samaada ini satu pindaan yang bijak atau sebaliknya.
Tetapi apa yang jelas ialah pindaan ini adalah bertujuan bagi memastikan peraturan tatatertib yang diguna pakai lebih jelas serta mengikut perkembangan semasa.
Aku terfikir lagi, yang ada dalam FAM tu semua boleh diguna pakai dan ikut perkembangan semasa ke?? Kalau dah 28 tahun kat situ tak kira outdated ke?? kenapa tak pinda juga yang itu?? Korang takuuuutttt ekkkkkk??? hehehe.. :-)
Sekadar tulisan dan pendapat.