Thursday, September 27, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 13-

Assalamu'alaikum,

Aku tak pasti ini adalah kebodohan atau kepandaian.FAM ingin pinda kod tatatertib. Mengikut artikel dari Berita Harian itu FAM akan memasukkan pindaan baru di mana pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan

Taufik berkata "antara pindaan yang akan dimasukkan dalam kod baru itu ialah mengenai pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk menang dalam sesuatu perlawanan."

Aku terfikir macam mana nak tahu atau ukur kesungguhan pemain untuk memenangi sesuatu perlawanan?? Jawapannya;

“Contohnya, pemain bawa bola ke depan pintu gol tetapi tiba-tiba berpatah balik dan kemudian tidak menjaringkan gol,” katanya.

Aku terfikir lagi, maknanya selepas ini pemain tidak boleh memainkan bola ke belakang atau tidak boleh berpatah balik apabila berada di depan pintu gol dan bila berada di depan pintu gol dan tidak menjaringkan gol juga akan menjadi satu kesalahan tatatertib.  

Aku pening memikirkan dan aku rasa selepas ini jurulatih lagi pening nak menyusun taktikal sebab kalau salah barangkali akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib. Pemain pula selepas ini tidak boleh membawa bola ke belakang semula apabila sudah berada di depan gol dan mesti jaringkan gol bila dah berada di depan gol ataupun akan menerima nasib digantung perlawanan.

Tapi sampai sekarang aku masih buntu memikirkan samaada ini satu pindaan yang bijak atau sebaliknya.

Tetapi apa yang jelas ialah pindaan ini adalah bertujuan bagi memastikan peraturan tatatertib yang diguna pakai lebih jelas serta mengikut perkembangan semasa.

Aku terfikir lagi, yang ada dalam FAM tu semua boleh diguna pakai dan ikut perkembangan semasa ke?? Kalau dah 28 tahun kat situ tak kira outdated ke?? kenapa tak pinda juga yang itu?? Korang takuuuutttt ekkkkkk??? hehehe.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. Hehehe..jurulatih boleh tengok dan faham cara permainan pemain sama ada ikut arahan atau tidak...sbgai jurulatih akan faham corak pemain so boleh tahu bersungguh2 atau kena beli/rasuah hari2 training taktikal dan sbgainya kalau tak ikut strategi dan arahan jurulatih something wrong dgn pemain tersebut...hari2 training tumbuk bola keatas bukan dalam gol...kalau amatur bulehlaa maafkan ni profesional hari2 training

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dan faham itu subjektif...saya tengok kamu macam seorang perompak pada pendapat saya tapi sebenarnya kamu bukan perompak, jadi bolehkah polis menangkap kamu dan tuduh kamu dimahkamah atas tuduhan merompak Bank Simpanan Nasional dan mahkamah sabitkan kamu atas kesalahan itu hanya dengan bukti yang saya nampak kamu macam seorang perompak..boleh ke begitu??

      jadi boleh ke seorang pemain dituduh mengambil rasuah/kena beli dan dijatuhkan hukuman hanya dengan bukti dari fahaman jurulatih yang dia tidak ikut arahan jurulatih??? terlalu subjektif..jurulatih boleh syak mengesyaki seseorang pemain tetapi nak tuduh dan hukum pemain itu bersalah tidak cukup hanya dengan bukti dan fahaman dari seorang jurulatih, pergi mahkamah mana kat dunia nih pun tak kan menang kes..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...