Monday, April 23, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 8-

Assalamu'alaikum,

Berkisar tentang perlawanan Malaysia dengan Sri Lanka pada 28hb April ini. Kedengaran ramai yang tak puas hati sebab kena lawan Sri Lanka, kata mereka apa "apa standard lawan Sri lanka", "perlawanan Kelas A apa lawan Sri Lanka".

Inilah yang aku tekankan supaya kita sebagai penyokong jangan ikut bebal macam FAM dan perlu jadi lebih bijak dari FAM. Kita dah sedia maklum orang-orang dalam FAM itu bebal, tapi kenapa harus kita sebagai penyokong ikut bebal macam diaorang?? Itu yang aku tak faham??

Kita pung pang "Judin & Midin" bodoh lah, bangang lah, tapi kita?? Apa bezanya kita dengan FAM, Judin dan Midin kalau kita pun bebal macam diaorang jugak??

Pertama sekali FAHAMKAN APA ITU PERLAWANAN KELAS A BARU KITA BOLEH LAWAN. Perlawanan persahabatan kelas A adalah perlawanan yang membabitkan pasukan satu negara dengan satu negara yang lain dan pasukan ini mestilah berdaftar dibawah FIFA. Jadi dari Sepanyol hingga ke Turks & Caicos Islands semua itu adalah negara yang berdaftar dengan FIFA dan kesemua 205 negara itu jika berlawan sesama mereka dalam satu perlawanan persahabatan akan dikira sebagai perlawanan persahabatan Kelas A dan mata untuk "ranking" akan diambil kira. Tidak kira lah Sepanyol (1) lwn Turks & Caicos Islands (205) sekalipun, ianya akan tetap dianggap sebagai perlawanan kelas A walaupun satu negara berada di tangga teratas dan satu negara berada di tangga paling bawah.

Sekarang kita ke persoalan kenapa lawan Sri Lanka? Apa kelas?? Sri Lanka berada pada "ranking" 181 dunia manakala kita di 156 dunia. Aku ada baca satu artikel kawan aku bawak balik semalam, dia dapat masa dia pegi EPL Masters kat Stadium Malawati katanya. Aku tertarik dengan satu perenggan dalam artikel itu;

-   FIFA Calendar dikeluarkan 4 tahun sekali di mana segala tarikh kejohanan, persahabatan, acara undian, mesyuarat dsbnya ditetapkan tarikhnya 4 tahun lebih awal dan dimaklumkan kepada semua negara-negara yang berdaftar di bawah FIFA.
- Semua negara sudah boleh menyusun jadual untuk liga tempatan dan perlawanan antarabangsa bagi skuad kebangsaan 4 tahun lebih awal dari tarikh sebenar supaya tidak bertembung. Jadi timbul persoalan, mengapa FAM tidak boleh mendapatkan perlawanan kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan jadual telah pun dikeluarkan 4 tahun lebih awal??
-  Alasan FAM selama ini bahawa tiada pasukan yang ingin berlawan dengan Malaysia betul dan mereka tidak menipu, tetapi kenapa?? walaupun surat rasmi telah dihantar oleh FAM adalah kerana negara lain telah memenuhi jadual persahabatan mereka 4 tahun lebih awal, manakala FAM hanya menghantar surat jemputan 3-4 bulan sebelum tarikh perlawanan, jadi mana mungkin mereka menerima kerana mereka sudah mempunyai perlawanan dengan pasukan lain. Jadi FAM memang tidak berbohong tapi FAM tidak buat kerja dengan efisyen.

Jadi dari situ pemahaman aku dan setelah diselidiki di laman web rasmi FIFA memang benar apa yang terkandung dalam artikel itu. Jadi di sini kenapa lawan Sri Lanka ialah kerana hanya pasukan itu sahaja yang "available" untuk menentang Malaysia pada tarikh 28hb ini kerana pasukan di tangga 155 ke atas mungkin sudah menyusun jadual perlawanan mereka 4 tahun lebih awal manakala FAM hanya 4-5 bulan sebelum tarikh perlawanan. Jadi Sri Lanka pun Sri Lanka lah..janji ROCK!!!

Jadi mengapa kita harus menghukum Harimau Malaya, sedangkan yang bebal dalam hal ini ialah persatuan?? Apa salah pemain?? Kalau dah persatuan induk mengatakan "ranking" tidak penting maka pemain dan jurulatih nak kata apa?? kalau cakap lebih kena gantung, jadi mengapa perlu hukum pasukan sedangkan yang salah ialah persatuan yang diterajui oleh presiden yang menggelapkan bolasepak Malaysia selama 28 tahun.

Jadi aku nak tanya kat sini, kat mana bijaknya kita sebagai penyokong nih kalau kita boikot pasukan kebangsaan atau liga Malaysia, kat mana bijaknya??

Apa korang ingat FAM kisah ke stadium penuh ke stadium kosong ke? Selama nih diaorang kisah ke ada penyokong ke takde penyokong ke? jadi kalau korang boikot tak nak datang stadium, korang ingat diaorang nak sedar?? kalau diaorang amik kisah pasal stadium kosong dalam 28 tahun nih diaorang dah majukan bolasepak Malaysia nih dengan macam-macam cara. Tapi apa diaorang buat?? stadium masih tidak penuh?? Jadi BIJAKNYA di mana kalau kita boikot?? 

Jadi sebab itu semua penyokong perlu jadi lebih bijak dari FAM, tak puas hati dengan FAM pegi stadium bagitau, kalau boikot duduk rumah ingat FAM peduli ke?? tapi kalau ramai-ramai turun stadium bawak banner desak FAM di rombak, Presiden FAM Sila Letak Jawatan dsbnya, nyanyi desak presiden FAM supaya letak jawatan tak ke diaorang akan tak senang duduk, baru diaorang amik kisah, nampak tak beza kat situ?? Bila nak lawan orang bebal kita kena jangan jadi bebal macam diaorang.

Ini hanya pendapat aku sahaja, kalau korang rasa dengan boikot tu boleh majukan bolasepak Malaysia teruskan, tapi dari hasil pemerhatian dan fakta-fakta apa yang telah berlaku dalam bolasepak Malaysia selama 28 tahun ini, aku tak rasa FAM akan ambil peduli kalau stadium kosong.

Satu lagi nak kongsi gambar dan video dari acara EPL Masters di Stadium Malawati, Shah Alam.



Jadi fikir-fikirkanlah, ini hanya pendapat aku sahaja, tak semestinya korang setuju. Apa-apa pun yang kita buat aku yakin objektif kita sama iaitu mahukan PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN!! YEAH!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

9 comments:

  1. harap2 28hb ni lawan sri lanka 90 minit nyanyi lagu ni. yeahh

    ReplyDelete
  2. gantung banner PFSLJ keliling stadium..atleast ble la btahan 5minit b4 FRU rampas...

    ReplyDelete
  3. aku igt buat baju pfslj tu banyak2 la

    ReplyDelete
  4. nyanyi ramai2 biar masuk tv.. publisiti di situ!!

    ReplyDelete
  5. ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR bagi aku yang kerdil di bumi aku merasa sangat takut dengan ALLAH dan aku heran kenapa mereka ini semua tidak takut pada NYA. Akar umbinya masaalah bolasepak Negara kita dan juga sukan-sukan yang lain adalah kerana mereka-mereka yang diberi tanggungjawab tidak menjalankan tugas dan amanah masing-masing dengan jujur dan betul, they are the root cause....ingatlah ini bukan hanya pasal bolasepak tetapi pasal bagaimana rakyat negara kita telah ditipu oleh mereka-mereka ini. Mereka sebenarnya bukan bodol atau 'bebal' seperti yang dikata penulis tetapi mereka membuat atau tidak membuat semuanya dengan akal fikiran dan dalam keadaan sedar maka ini tidak 'bebal' tetapi pengkhianat kepada bangsa agama dan negara. Yang menjadi mangsa adalah pemain, coach/crew yang tidak berpakat dengan mereka dan penyokong........ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....doalah banyak-banyak agar negara kita bangsa kita agama kita diselamatkan dari mereka-mereka ini...

    ReplyDelete
  6. basri akil,azraai khor,anuar musa > apa persamaan antara mereka??? nasib yg sama tetap akan menimpa kepada individu seterusnya yg cuba menegakkan keadilan...haisshh...pelik aih org malaysia nih...heran aku..tak tringin ka nk tgk malaysia dlm list pasukan world cup???

    ReplyDelete
  7. Malangnya mereka tak teringin saudara Alang Khoma....apa mereka peduli...yang penting bagi mereka ialah habuan bagi mereka...hidup senang, kereta rumah mewah, holiday sana sini, pergi balik ke sana ke mari semua ditanggung beres....so apa mereka peduli......mereka diberi kuasa dan mereka salah guna kuasa untuk kepentingan mereka sendiri. Habis duit rakyat duit subsidi duit sponsor mana pergi.....tidak diguna untuk pembangunan sukan.....

    ReplyDelete
  8. A CLASS friendly substitution tak boleh lebih 6

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...