Monday, December 24, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 22-

Assalamu'alaikum,

Sempena Liga Malaysia yang akan bermula dalam tempoh  15 hari sahaja lagi(saingan liga bukan Piala Sumbangsih), saja aku nak kongsi-kongsi pendapat pasal "SUPPORT LOCAL FOOTBALL".

Bila sebut pasal "local football", ramai yang menganggap ianya adalah pasukan kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya. Mereka seolah-olah lupa yang kita sebenarnya ada liga domestik, kita ada pasukan tempatan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia dan kita sebenarnya ada pasukan bolasepak lain selain Harimau Malaya & Harimau Muda. Kita ada liga kita sendiri weyh!! ;-)

Rata-rata yang bercakap perihal "local football" ini akan bercerita mengenai pasukan Harimau Malaya. Kalau kita cakap "jom pegi stadium sokong bolasepak tempatan", mereka akan ingat yang mereka dah pergi stadium waktu Piala AFF 2012 tempoh hari.

Bercerita mengenai "Support Local Football" nih sebenarnya isu yang kalau kita cakap ramai yang akan terasa dan ramai yang akan datang dengan bermacam-macam bentuk pendapat mengenai cara sokongan, tetapi semuanya akan bertumpu pada Harimau Malaya, susah nak cari yang bila sebut "Support Local Football", orang itu bercakap pasal Melaka, Perlis, Kedah ke atau Pahang, T-Team ke, jarang sekali kerana mereka pasti akan tertumpu pada nama Harimau Malaya.

Satu lagi cabang topik yang menyentuh hati di bawah topik "Support Local Football" ialah bila kita berbicara mengenai sokongan terhadap bolasepak Eropah dan pasukan luar. Bab nih memang ramai yang akan terasa dan tersentuh hati. Kalau letak 10 orang, 10 orang tu akan terasa, kalau letak 20 orang mungkin 18 orang akan terasa, begitulah statistiknya secara kasar.

Aku sebenarnya pelik dengan situasi sokongan di Malaysia, di mana restoran dianggap seumpama stadium atas alasan ingin bersama pasukan kesayangan masing-masing dari Eropah walhal di Malaysia sendiri ada stadium dan pasukan tempatan. Jadi rasa pelik aku ini aku terjemahkan dalam satu status aku di Facebook;

menang lah 20 berbalas kosong sekalipun...tapi kalau bersorak depan "idiotbox" kata orang putih, berlari keliling restoran, bernyanyi sekuat mana pun tapi kalau yang dengar tu hanya mamak-mamak atau pelayan kedai atau jiran-jiran bukannya pemain-pemain kesayangan anda...itu style menyokong yang macam mana tuh?? cuba pegi bukak kamus check balik istilah dan makna menyokong..hehe..bukan dengki..cuma biar nampak logik sikit duduk kat negara maju nih..tengok boleh jek layan..cuma bila hang kata hang sokong tu yang datang pelik dan tak terjangkau dek akal fikiran..lebih baik salurkan tenaga sokongan dan kreativiti sokongan anda pada local football di stadium..baru real brader!! ;-) 

Aku letak status begitu sebab memang aku pernah saksikan sendiri kelibat orang-orang kita yang berada di restoran-restoran tapi lagak serta gaya mereka memberikan sokongan memang sebijik macam di stadium. Setiap minggu, apa yang dilakukan oleh penyokong di Eropah, mereka lakukan di sini, cuma bezanya di Eropah mereka terjemahkannya di stadium untuk pasukan tempatan mereka tetapi di Malaysia mereka terjemahkannya di restoran untuk pasukan luar walhal kita ada liga kita sendiri, kita ada pasukan tempatan kita sendiri, kita ada stadium kita sendiri.

Ada yang mengatakan di mana jua kita ada aura atau "viral" sorakan itu akan sampai dan melangkaui stadium, betul aku tahu pasal aura nih sebab tu lah kena ke stadium, bukankah lebih sampai aura itu pada pasukan jika stadium penuh berbanding 200-300 orang je yang pergi stadium(aku cakap berdasarkan statistik pasukan tempatan aku, Selangor). Kan lebih sampai auranya jika lebih dekat berbanding berjuta batu dan kilometer jauhnya.

Ada juga mengatakan lebih mudah untuk menguruskan urusan harian jika tengok bola di rumah, contoh kalau mereka yang ada bayi yang masih kecil dan sebagainya, dah kalau kau ada bayi kecil tak payah lah pegi stadium, tak kan bolasepak nih kejam sangat sampai ada hal-hal mustahak pun nak kena pergi stadium. Tapi tak kan lah tiap-tiap minggu hanya 200-300 orang je yang takde urusan harian dan anak-anak kecil(berdasarkan statistik Stadium Shah Alam). Maksud aku ialah kalau kau boleh pergi ke restoran setiap minggu untuk sokong pasukan jauh beribu kilometer dari tempat kau berdiri kenapa tidak kau turun ke stadium untuk sokong orang kau sendiri, pasukan tempatan kau. Kalau cakap pasal komitmen, kenapa kau boleh bagi komitmen setiap minggu untuk pasukan luar tetapi tidak pada pasukan tempatan yang majoriti mereka anak tempatan kau yang main. Apa beza kau luangkan masa ke restoran atau ke stadium?? walhal kedua-duanya pun pasal bola jugak.

Ada juga yang mengatakan mereka tengok bola di restoran dan menyokong pasukan luar itu kerana hiburan, lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya. Apa pegi stadium support local team tak boleh berhibur?? Apa pegi stadium tengok Liga Malaysia tak boleh lepak ngan kawan-kawan kat stadium??

Ada pula kata lain orang lain cara, lain orang lain mentaliti. Betul, itu aku memang setuju, tapi kenapa kau sibuk suruh pemain ikut cara permainan Jepun lah, Barcelona lah. Kau suruh FAM tiru format liga Jepun lah, liga di Eropah lah. Kau cerita pasal kemajuan liga orang tapi kau sendiri tak nak tiru macam mana diaorang sokong liga tempatan diaorang. Diaorang pun ada anak kecil yang menyusu, ada juga urusan harian mereka di sana, tapi stadium penuh saban minggu walaupun untuk pasukan yang lemau dan bawahan. Itu korang semua tak tengok ke? tak nak ikut? tak nak contohi? 

Bila kita sebut pasal tu, mereka akan masuk pula bab kualiti permainan, katanya mereka sokong pasukan luar sebab kualiti permainan pasukan itu. Kalau nak ikut sokong sebab kualiti permainan, maka majoriti penduduk dunia akan menyokong Barcelona sebab main cantik, abis kosong lah stadium Persija, kosonglah stadium Persib, kosonglah stadium Galatasary, kosonglah stadium Urawa Reds, kosonglah stadium Sydney FC, kosonglah stadium Muangthong United, kosonglah stadium Chonburi FC, kosonglah stadium Boca Juniors, kosonglah stadium Corinthians, kosonglah stadium West Ham, kosonglah stadium Queens Park Rangers, kosonglah stadium Palermo kalau dah semua nak sokong sebab pasukan tu main cun katanya. Tapi peliknya bagaimana semua stadium yang aku sebut tu boleh penuh bagi setiap perlawanan dalam saingan liga tempatan mereka?? Pasukan mereka tak main cun macam Barcelona, macam Real Madrid tapi kenapa penuh?? Apa diaorang takde komitmen lain ke? apa diaorang tak faham maksud penyampaian aura atau viral sokongan ke? apa mereka takde TV 42" ke kat negara mereka??

Ada pulak yang kata mereka sokong sebab sokong dari kecik, yang nih paling buat aku jem. Sokong dari kecik????? kau kecik-kecik pun duduk mana dik non oii..?? ini semua tak lain tak bukan adalah trending, cuba tengok Johor sebagai contoh, bertahun-tahun main stadium kosong tapi bila TMJ jadikan bolasepak sebagai trending di sana, friendly pun penuh, hujan pun masih duduk tengok bola. Jadi sekarang nak cakap pergi stadium sebab kualiti permainan?? sebab takde anak kecik?? sebab urusan harian semua dah selesai?? ini bukan nak kutuk orang Johor tapi nak bagi contoh dan syabas warga Johor kerana telah kembali menyokong pasukan tempatan anda. ;-)

Ada pulak yang cakap, kita tak boleh cakap yang tengok bola kat restoran dan TV tu semua tak pegi stadium, mana tahu mereka lah yang memenuhi stadium masa Malaysia main. Kalau macam tu baguslah, syabas, tapi aku nak cakap bukan pasal pegi stadium masa Malaysia main sahaja, ini soal liga domestik kita, liga tempatan. Kita ada liga sendiri tau tak, tapi stadium jarang penuh, kesian kat pemain yang rata-rata orang kita nih terpaksa bersaing dengan orang Eropah untuk menambat hati orang sendiri.

Ada jugak yang cakap, aku tak kahwin lagi boleh lah pergi tengok bola setiap game, aku takde anak kecik jadi aku tak faham apa erti komitmen. Keliru kejap, berkecamuk otak memikirkan. Habis yang kat Eropah tu semua bujang-bujang ke tengok bola?? Yang tiap-tiap minggu penuhkan Stadium Sultan Muhammad ke-IV tu semua hok "buje-buje belako?" habis kenapa Stadium Shah Alam tak ramai datang adakah sebab ramai rakyat Selangor nih dah berkahwin dan ada anak kecik?? maknanya dalam seluruh negeri Selangor nih hanya ada dalam lingkungan 200-300 orang sahaja yang masih bujang dan tiada anak kecil?? sebab itu je ramainya setiap minggu.

Ada juga falsafah sokongannya begini, disebabkan syarikat Malaysia ada yang menaja pasukan di BPL contoh, Queens Park Rangers dan Cardiff City yang membawa nama Malaysia di jersi mereka jadi mereka kata mereka sokong sebab ada kena mengena dengan Malaysia. Aku pun pelik, apa yang Liga Malaysia tu takde nama Malaysia ke? Takde kena mengena dengan Malaysia?? Apa yang main dalam saingan liga tempatan nih semua takde kena mengena dengan Malaysia ke? semua orang luar ke yang main? ini kalau nak cakap pasal ada kena mengena dengan Malaysia lah kan kan kan.

Ada pula yang cakap itu pilihan masing-masing nak sokong mana nak sokong macam mana nak sokong depan TV ke nak sokong pasukan luar ke itu hak mereka, betul aku setuju, jadi nanti kita tak perlu lah bising-bising kalau coach pilih pemain yang dia suka sebab ikut suka dia lah hak dia. Ikut suka pemain lah nak passing ke laut ke, nak tahan bola sebatu ke, itu hak dia, ikut suka dia lah. Tapi itu jarang berlaku, sebab mesti ramai yang akan suruh pemain yang ada dalam liga tempatan nih ikut suka mereka, nak kena tahan bola cara yang mereka suka, nak kena passing ikut gameplay yang mereka tentukan tapi mereka tak pernah nak fikir apa yang pemain suka, apa yang jurulatih suka, pemain suka stadium penuh ada pernah kau fikir? jurulatih gembira dapat aura sokongan dari stadium yang penuh ada pernah kau fikir? Tapi bila borak, liga kita kena tiru liga Jepun lah, liga kita kena swastakan lah, kena itu lah ini lah. Dia sendiri pun tak berubah lagi suruh orang lain berubah.

Sebenarnya kalau tak nak sokong "local football" nih macam-macam alasan diciptakan demi untuk membela diri sendiri. Kita kata begini dia keluar alasan nih, kita kata begitu dia keluar alasan tu, sudahnya sampai bila pun stadium kita tak penuh dalam saingan liga tempatan kecuali perlawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA, maka muncul penyokong setia yang selama ini sembunyi kat mana tak tahu tapi tiba-tiba jadi setia.  

Aku kat sini bukan nak jatuhkan hukuman, nak cakap itu salah ini betul, tidak, cuma pokoknya di sini ialah kita sokong bolasepak tempatan kita, pasukan tempatan kita, pemain yang main pun orang tempatan kita(campur 1-2 import). Senang, "Support Local Footbal" bukan bererti membenci liga-liga lain di seluruh dunia, cumanya "Support your local teams, your local football scene, your local players".

Korang yang support pasukan luar nih pasukan eropah semua bagus-bagus, idea ada, cara sokongan menarik, semangat tu tinggi, cuma apa kata kalau korang cuma lencongkan semua tu kepada pasukan tempatan anda di stadium-stadium pasukan tempatan anda. Itu je, mudah je bukan aku suruh kau pegi benci pasukan eropah atau bakar semua jersi pasukan eropah yang kau dah beli selama nih, cuma aku ajak korang lontarkan tenaga sokongan korang dan kreativiti sokongan korang pada liga tempatan untuk pasukan tempatan anda. Ingat pasukan tempatan bukan pasukan Harimau Malaya ya.

Tapi kalau dah tak nak jugak tak boleh buat apa lah, cakap macam mana pun pasti akan ada alasan makanya terpaksa je lah pemain-pemain dan pasukan tempatan mengadap stadium kosong dan penuh di satu-satu masa dan situasi perlawanan sahaja.    

Akhir kata "Support Local Football" dan Presiden FAM Sila Letak Jawatan(tambah lauk sikit bagi cukup rasa) hehe.

Sekadar tulisan dan pendapat.       

51 comments:

  1. kalau rumah jauh cmne lak???cer citer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela, cmana ngan sabah/sarawak yg kebnyakan penyokong tinggal d pedalaman. lg 1 org2 sabah/sarawak terkilan jg apabila pasukan kebangsaan diberi nama Harimau Malaya. napa bukan Harimau Malaysia. perkataan Malaya setahu sy nama bagi tanah melayu sebelum merdeka. skang ni kita da merdeka n pembentukan Malaysia 16sept 1963 lagi(gabungan tanah melayu/sabah/sarawak). fikir-fikirkanla...HARIMAU MALAYA??...

      Delete
    2. kalau rumah jauh terpulang lah..tapi tak kan 90% orang duduk jauh dari stadium? apa semua stadium kat Malaysia nih buat dalam hutan ke?? contoh stadium Melaka, tak kan takde yang duduk dekat stadium?? stadium Perlis kat tengah bandar, tak kan semua rakyat Perlis duduk area Sungai Petani kot yang nak kira jauh tuh, tak kan setiap minggu 200-300 orang je yang duduk dekat ngan stadium walhal keliling stadium beribu-ribu buah rumah..cer cita pulak..

      Delete
    3. macam mana sekalipun kalau kita tak mahu pergi sokong akan ada seribu alasan menanti..kalau di Sabah/Sarawak tak kan semua duduk pedalaman?? yang duduk di KK atau Kuching takde ke? tak kan 200-300 orang saja yang duduk sekitar bandar?? pasal nama Harimau Malaya, itu adalah sejenis haiwan macam Harimau Bengal, Harimau Putih jadi gelaran itu diberi bukan atas nama Malaysia, tapi gelaran itu diberi sebab nama spesies haiwan itu, dan saya ramai kawan di Sabah & Sarawak yang masih "Support Local Football" iaitu pasukan tempatan mereka.. ;-)

      Delete
    4. Mangkuk betullah orang-orang yang masih mempertikaikan gelaran Harimau Malaya untuk pasukan negara. Itu nama sejenis haiwan yang dijadikan maskod pasukan, bak tonik untuk menaikkan sokongan sebab ketangkasan & kebijaksanaan haiwan menumpaskan musuh. Takkan nama haiwan itu kena bertukar pulak sebab politik, bola sepak atau ape-ape sebab lain. Tak logik langsung! Mangkuk betul asyik hal nama Harimau Malaya dipertikaikan.

      Delete
  2. Kalau rumah jauh? Awaydays la apa lagi! \m/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua mampu nak pegi awaydays..hehe..tapi ye lah nak seribu daya tak nak seribu alasan, kalau tak nak kita cakap macam mana pun ada punya alasan dia nak kona..hehe.. ;-)

      Delete
  3. kalau rumah jauh tu inisiatif laa..kumpul duit, ajak kawan2 naik kreta.. share duit minyak ke..kalau rasa jauh sgt rumah, tp nak sokong. sokong la dari jauh..tapi kalau rumah jauh tu dijadikan alasan utk tak pergi stadium, terpulang lah. aku duduk kl, kdg2 game kat paroi, aku turun..share duit tol n minyak..kalau rasa mcm hari yg xda budget, sekadar tgk dekat rumah and join forum2 pun dah cukup. :)

    ReplyDelete
  4. satu je sbb.sbb pasukan tu sendiri xde rebranding pasukan mcm pasukan Kelantan.cuba lihat pasukan kelantan pada era tahun 2000-2006.kat mana masa tu?lps TSAM ambik KAFA 2007,apa yg dh dia buat?ni masalah kita.nak harapkan penyokong,tapi pegurusan pasukan lemah.skrg ni sy tgok pasukan T-Team nampak bersemangat utk rebranding pasukan berbanding pasukan negeri.Dlm kes Johor,rebranding yg dilakukan adalah major overhaul oleh TMJ.syabas utk usaha itu.pasukan negeri lain???

    Saya mmg sokong kyataan tuan berkaitan Support Local Football.ramai antara kita ni xde pun pasukan negeri/tempatan sendiri.Hanya mengharapkan Harimau Malaya je yg main. Sedikit berbeza drp Kelantan,pyokong2 negeri sprt Kedah,Perak,N9,Selangor dan Terengganu mempunyai sokongan yg agak kuat dan kehadiran ke stadium yg tidak mengecewakan..

    ReplyDelete
  5. Letak profile pic dgn cabron lah dkt twitter..katanya nnti dpt ticket free boleh la tgk bola kt stadium keh3..

    ReplyDelete
  6. Ini semua nie mentaliti...kita nak tgk berubah nyer bolasepak kita semua mesti merubah mentaliti kita...
    jgn hanya laungkan sokongan bila semua yg lain dah sokong.
    bila bolasepak dikuasai peminat bolasepak tu ckup indah
    hahaha

    ReplyDelete
  7. Statement "penyokong sabah/sarawak KEBANYAKAN tinggal di pedalaman"???....which pedalaman?..kch/sibu/miri/kk/sandakan/tawau dah makin kurang population ka?..statement taik palat!

    ReplyDelete
  8. kalau ada yg ada buat alasan gini macam mana pulak ye??

    bilik air rosak.. Kerusi rosak.. Kene duduk atas lantai.. Kau pergi mana2 stadium kat luar sana.. Paling2 pun bilik air kotor..

    ReplyDelete
  9. Buat alasan cmni lah..xnk datang stadium bwk anak2..kiri kanan bising..cakap carutzz2 nnti budak2 dgr x elok..mak x suka nokk~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah...yelah...ada 100,000 seats - maknanya seramai tu jugak manusia mencarut serentak dalam masa 90 minit. Hihihihi... :)

      Delete
    2. ye nokk..kalo diorang tak carutzz..mak sendiri yang carutzz nokk..

      Delete
  10. Rasa cinta tak kenal negara, mcm bini,kalau nak kahwin org luar nak buek mcm mano,mcm tu jugak bola,kalau dah syok tgk kelab favorite kita main memang susah nak alih anging,cinta la katakan,tapi kalau negara kita memang dah satu je ,tanah tumpah darah,buruk cantik memang kena support,sebab kita dah tak ada negara lain,nak alih cinta dari epl,la liga ke liga malaysia?kena la ada improvement dalam team liga malaysia,stadium bla bla bla...bottom line is,all we want is good football.Give the crowd a good football,they fan will come.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah alasan yang aku cakap masuk bawah kategori "kualiti permainan" hehe..nampak tak..mesti ada yang pakai alasan nih, tu aku dah terangkan kat atas tu..orang yang pakai alasan begini tak kan jawab soalan bila kita tanya kenapa stadium Queens Park Rangers penuh walaupun takde good football dan main tak kualiti.. dan falsafah "give the crowd good football, they fan will come" itu bermakna bukan sokong lah..bukan menyokong..itu kira dah masuk kategori hiburan lah..bagus sedap baru tengok..buruk tak sedap tak perlu tengok..itu ke maksud menyokong dalam kamus DBP?? apa beza tanah tumpah darah negara dengan negeri?? atau tempat kau dilahirkan atau tempah kau bermaustatin?? alasan akan direka selagi mana kita memang tak nak support..hehe..self of belonging takde..susah..alasan akan direka cipta sampai bila-bila pun kalau betul hati tu dah tak nak.. ;-)

      Delete
    2. Bola itu hanyalah hiburan bro,mcm sukan lain,a poetry in motion,dan selaku peminat sukan ni aku memang nak di hiburkan,the burden of attraction adalah di belah pihak yang mempersembahkan,bukan yang menonton,tak yah banding QPR bro,jauh sangat level die dgn kelab liga Malaysia,kite tgk jiran sudah,thailand,indonesia,kelas apa liga diorang compare dgn kelas liga kita?pernah tgk diorang main?tgk mcm mane publisiti media untuk liga diorang?ape yang aku cube cakap ialah,memang fitrah manusia ni nak dihiburkan,memang itulah manusia,kita tak suka benda yang jelek,ape pun aku salute sebab kesetiaan tak berbelah bagi lu pada Selangor,in other word,tapi thats it bro,there is nothing much you can do untuk ajak orang pegi stadium selagi takda "hidangan" yang menarik ,yang membolehkan orang, sanggup keluar peluh dan berhabis duit titik peluh ke stadium,lagi satu bro Loftus Road tu kapisiti die 18K aje,kalau shah alam tu 60K tak silap,memang la nampak sikit compare dgn QPR tu LoL I stand by my words, give em good football the fan will come,ingat selangor tahun 80an-90 an?personally maksud negeri dgn negara bagi aku ialah apabila kita gagal ke FIFA,AFC OLIMPIK , orang takkan sebut selangor tak layak,orang akan sebut MALAYSIA tak layak.

      Delete
    3. bro..stadium di indonesia(klub)..tiap kali game penuh..tak kira cantik ke tak dia main

      Delete
    4. mamat 24 dec 4.06 tu mmg delusional la. ko kata indon, thailand lg tinggi dr kita? bukan arema (club indon) kena kitai dgn kelantan kat tmpt sendiri ke ms afc cup tahun lepas? tp knp fans dia tetap byk jgk? kalo nak kata pengurusan, FAM yg hampeh ni pun jauh lg elok dr PSSI yg kena suspend league diorg. kesimpulannya. aku setuju dgn penulis ni.

      Delete
  11. Aku salah seorang penyokong negeri 9 dari zaman zami mohd nor sampai ke effendi julaihi sampai ke efendi malik dan sehingga zaman shakir ali jadi striker negeri 9 sekarang..aku tinggal di selayang, dan jarak aku dengan stadium paroi ada lebih kurang 1jam setengah..makna kata aku perlukan 3 jam untuk ulang alik dan 2 jam untuk perlawanan..dan, aku ada anak bini yang ditinggalkan di rumah.

    Kedai mamak yang paling berdekatan tak sampai 10 minit dari rumah aku..aku boleh balik bila bila masa yang aku nak.

    satu lagi persoalan aku, adakah menyokong itu dengan cara pergi stadium saja?..makna kata, kalau aku tak ke stadium aku tak menyokong dan tak sayang kepada bola sepak tempatan?..

    aku tak ke stadium, tapi aku tetap sokong bolasepak temppatan, walau dalam zaman gelap bola sepak kita sebelum kita menang AFF 2010..aku tetap sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah kau sokong..tahniah!! kalau kau dah sokong bolasepak tempatan..dah lah..apa isunya kat situ..dah kena lah tuh kau support local football..dah tu apa lagi yang nak dihebohkan?? kau tak pegi stadium?? tapi kau support tak local football?? kau support..so apa lagi?? kau tak pegi stadium?? kau pegi ke mamak tiap2 minggu bersorak depan TV untuk pasukan luar macam mana kau bersorak kat stadium?? kau support local football ok lah tuh..so apa masalahnya?? kat sini ialah aku mengajak orang untuk support local football..mana yang bersungguh support team luar tuh..apa kata lencongkan semangat tu kepada team tempatan..itu jek..dah kau support local football udah lah..ok lah tuh..walau kau tak ke stadium sekalipun takpe lah..dah kau duduk jauh nak buat cam mana ye dak..

      Delete
    2. Lepas kelas dr kl gerak balik jb.. lepas game balik kl smule.. syok beb.
      Haha

      Delete
  12. Terus terang aku kata masa Kelantan kat Liga FAM, masih ada penyokong yang sanggup menyokong. Walau orang kelantan ni suka marah marah kalau team main macam haram tapi tetap rasa ketagih nak pegi stadium.

    bagi aku cinta pada negeri itu penting!

    ReplyDelete
  13. Melayu sama Melayau bergaduh,mamak tepuk tangan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..selalu gaduh ke kat kedai mamak??

      Delete
  14. Kenapa perlu marah bro?...yes, aku sokong local football..tapi aku mempersoalkan statement kau tentang kepentingan menyokong di stadium..kau kena pandang dari semua sudut..mana boleh kau ambik kehidupan kau dan jadikan contoh untuk membantai orang lain..

    aku respek kau berani kibarkan jalur gemilang di bung karno..tapi itu cara kau..tak semua orang berkemampuan nak buat macam tu...

    jadi, kau pun kena faham dan terima setiap orang ada hak nak menyokong atau tidak..dan kau takde hak untuk menghentam cara diorang..

    chill bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik?? ada marah ke?? hehehe..siapa yang kena chill nih?? haha..ye ye aku faham..pemain je kena berubah..jurualtih kena berubah..penyokong tak payah berubah..diaorang hanya suruh orang berubah ikut selera diaorang..hehe..nih alasan antara yang favourite gak nih..hihi..ini bukan soal pegi Bung Karno atau nak tiru cara hidup aku..ini soalnya jom ramai-ramai support local football jek..itu jek..bukan marah bukan apa..hehe..kalau dah tak nak pegi memang beribu alasan..dah habaq dah..dah habaq dah..hehe..it's ok..semua ada cara sendiri takpe lah..kalau kau tak pegi stadium tapi kau sokong local football ok lah..cuma kat sini aku nak ajak yang tiap-tiap minggu pegi restoran tapi sokongan diaorang macam pegi stadium..aku cuma ajak diaorang turun stadium sokong liga tempatan jek..itu jek..tak nak sudah lah..bukan aku boleh paksa..aku cuma ajak dan bagi pendapat aku sahaja..dan pendapat aku itu adalah atas alasan-alasan yang diberikan oleh mereka..macam alasan kau nih..so aku komen jek lah..itu jek..nak marah buat apa?? nak bergaduh buat apa?? ajak pun kategori marah ke?? hehe..

      Delete
  15. stadium boleh pergi , harap masjid boleh pergi juga :)

    ReplyDelete
  16. umah jauh ek...cuba fikir...last season...ada 1 negeri..yg mana..home pun away...away lg la away..always away gamess...alhamdulillah ada gak penyokong berusaha menghabihkan masa dan duit turun every games...bukan la suruh pegi every games...kalau ada 10 games...dpt turun semua sgt bagus..dpt turun 5 kali..pun sgt bagus...hatta dpt turun sekali 2 pun sgt bagus..dr tak turun langsung..but mengutuk mcm turun every games...really "FCUK"-up...

    -SMH-

    ReplyDelete
  17. Nice article. Terpanggil nak membaca artikel nieh dan disuruh oleh tuan tweethandle utk terasa - malangnya aku tak terasa sebab aku dah memang support football.

    Aku tak kata local football ke international football ke, aku kata football. Itu termasuklah dengan perlawanan di antara Rumah Merah vs. Rumah Biru,Kg Boboi vs. Kg. Jambu, mahupon Ah Beng Sdn. Bhd vs. Thambi United Sdn. Bhd.

    Ini sukan. Local ke international atau liga antara parit - yang kita cinta adalah sukan itu sendiri. Kalo ko memang dah suka tengok bola, tengah2 bawak kereta pon kalo ko lalu padang, sure akan terpanggil nak tengok bola jugak. Tak kiralah ko kenal player atau tidak, masih nak tengok juga sebab kau cinta sukan tu. Bukan rambut pacak player tu:)

    Jadi...dalam minda aku selalu bertanya, sejak bila pulak cinta kita nieh pandai memilih2? Dalam mana cinta kita bila pengorbanan yang kita buat tu ala kadar je? Yes...rumah jauh, ada anak kecik dan sebagainya tapi takkanlah setiap minggu, setiap game, dan entah kenapa tiba2 pulak asal ada game local baru segala masalah tu timbul? Masalah Service Not Available kat Astro tu boleh pulak kita selesaikan dgn start enjin kereta cari tv di kawasan tak berhujan kan? So cinta tu atas apa? :)

    Bila kau kata org ni banyak alasan, yes...aku setuju sebab aku nampak football itu sendiri sebagai cinta. Kita cinta apa? Sukan? Liga? Ataupon players? Ataupon rasa glamer disebalik cinta kita tu? Maklumlah, zaman sekarang ada juga org yang rasa cintakan bola sepak itu bahan di Instagram, Twitter atau FB...so, kalau tayang pix gambar tgk AFF atau terbang ke Old Trafford, nampak sikit unsur2 cinta yang tak berbelah bagi. Kawan2 pon ternganga tengok cinta bermusim tu - "Waahh...kelas kau Jah, ada Mancs merchandise, ada pix chanting dengan Ultras Malaya." Itu glamer.

    Tapi apa glamernya bercinta dengan team negeri sendiri? Kalau Melaka masih bermain di Stadium Kubu, mungkin pix Instagram tu tak glamer sbb comrade nya hanya ada 5 orang paling ramai. Satu bendera besar dah boleh tutup satu stadium kenit:)(I heart Melaka!)

    Cinta pon ada yang plastik, ada yang perlukan material, ada yang perlukan publisiti - untuk dimegah2kan. Baru glamer, baru cun nak masuk social media. Baru boleh diterima sebagai satu benda yang cool agaknya. Macam dpt boyfriend juga, macam dapat awek juga - yang cun dan glamer tu rajin kita post pixnya di Wall, rajin kita retweet kata2nya "hikmahnya", sanggup kita sandang Guccinya. Kita manusia, tak terlepas dr bermegah2 - lagi2 dalam dunia social media:)

    Zaman aku mula tgk bola tak ada social media. Tak glamer langsung, hanya ada seorang budak perempuan yang diletakkan di bahu seorang ayah selama 90 minit. Dalam hujan, dalam panas - ayah dan ibu bercinta sambil bermulut puaka. Aku sendiri hairan macam mana bila anak2 bertambah, kami jarang sangat missed game. Usia kami baru berapa tahun dah habis jelajah stadium negeri satu Semenanjung. Dah penat makan burger stadium:)

    Sebab apa? Itulah percutian keluarga. Itulah destinasi bercinta ibu bapa. Itu juga escapism ibu dan ayah yg belajar di sekolah Inggeris utk tak menonton bola bersama2 di tv - atas alasan masing2 sokong team yg berbeza (MU & Liverpool, ntah macam mana mereka boleh jd pasangan hidup aku pon masih tak pasti).

    Mereka cari persamaan yg ada:
    Cinta mereka pada permainan, pada sukan. Pada Football itu sendiri.

    Tak kisah team apa. Tp...of course, local football, bila bercinta, dr segala segi lebih byk advantage kan?

    Dah macam blog post sendiri pulak rasanya. Aku setiap hari mencari rezeki di Kuala Lumpur walau menetap di Seremban. Alhamdulillah - masih sempat ke STAR of Paroi. AFF home game semua ditonton di stadium walau kalah dan menang! Mungkin masalah away sekali sekala...itu aje.

    Kalau tak sempat aku bantai jelah semua game hujung minggu. Bawak mak ayah sekali sbb cinta mereka di situ :)

    *tp dr kecik presiden tak tukau2...hawau betul*

    Aku: Masih menggedik walau N9 kalah semalam dan insyaAllah akan menemui cinta Ahad nanti utk perlawanan timbal balik. Sehati sejiwa:)

    ReplyDelete
  18. aku sokong n9..tak pernah tak pergi stadium paroi melainkan ada hal penting..game away pun kalau mampu aku pergi..tapi bila malaysia main aku tak pernah pergi..sebab aku kecewa dengan pengurusan..jurulatih semua..pemain yang diambil..takpa ke camtu bro..ada nasihat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ingat aku Datuk Dr. Fadzilatalilatamplom?? hahaha...pendapat aku pasal kecewa dengan pengurusan & jurulatih nih kan, kalau aku lebih baik kau pegi stadium kau suarakan kat diaorang..buat banner lagi diaorang nampak..kalau kau tak pegi stadium boikot game, diaorang bukan tahu & ambil peduli pun..tapi ikut suka kau lah..yang penting kita Support Local Football..opening game turun Shah Alam tak??

      Delete
    2. turun turun..tak sabar nak menganjing kt fans selangor masa kalah 3-1 kt shah alam aritu..hahaha

      Delete
  19. Kami Support KUALITI, bukan KUANTITI. Buat apa sampai datang penuhkan stadium semata-mata melihat KUALITI permainan yang berlapuk. Datang stadium bermakna melabur, duit, bukannya murah. Kalau team main x best, tapi sering menunjukkan peningkatan pada game2 berikutnya,saya rela sokong. Friendly match pun pegi lagi. Tapi jika sebaliknya, tiket RM5 pun rasa amat mahal & menjengkelkan. Ibarat kau beli kereta BMW,tapi prestasi macam kereta Kancil.HM, kami sokong tapi bukan pengurusannya maupun FAM. Kita tidak perlu sikap BODOH SOMBONG dalam pengurusan. Yang cerdik dicantas, yang bodoh diangkat, yang berkuasa dikipas.

    ReplyDelete
  20. - senang cite ramai orang malaysia tak minat liga tempatan!! TAK MINAT!!
    - x payah dolak dalih kate itu ini, kualiti gsme lah, jauh lah, liga swasta x swasta, baby lah, sume tu bohong belake je punce utama sebab x minat.
    - imo punce yg x minat mngkin sebab x kenal player. lain dgn liga luar, ramai yg main PES, FIFA, FM tu sebab deorang tau player dan minat (statistik dalam game tu yg buat best, sbb boleh compare2 antara player)
    - ade yg snggup tdo lewat, bgn tgh2 mlm nk tgk chempen lig, bola tempatan main wktu normal tayang kat tv pon tak mau tgk
    - kalau x minat, mmg susah
    - aku berani cakap sebab pon same

    ReplyDelete
  21. THIS IS MALAYSIA..ONLY IN MALAYSIA.SEBAB TU LA CURVA SETAKAT TU JE TIME AFF ARITU,START SINCE 2007 SAING AHLAWY,DIORANG DAH PENUH SATU STADIUM,KELAB BEB,BUKAN NEGARA,AHLAWY..KITA???? KEPALA BUTOH SEMUA BERLAGAK,EGO NAK MAMPOS

    ReplyDelete
  22. Even orang indonesia yang malaysia hina-hina tu,dapat bangunkan bola sepak diorang,jakarta boleh bangga dengan the jakmania,bandung dengan viking bobotoh,malang dengan aremania,surabaya dengan bonek dan padang dengan spartacks..kenapa kita ni yang selalu mengaku maju boleh kalah dari diorang?? sebabtu aku cakap THIS IS MALAYSIA...aku rasa artikel ni dah bercakap semua apa yang terbuku kat hati aku,pegi la tengok vietnam ke,thailand ke..tengok stadium diorang lah...nak ubah orang,diri sendiri tak ubah,betol lah,rakyat malaysia semua lalang,sokong team kuat,Sebabtu majoriti MAN U,tiba2 muncul City fans..tengok kelantan? kat mana diorang time 1998,2003?? asal aku tak dengar red warriors?? and time johor tengah kaya ni tiba2 stadium pack macam sardin,sebab apa? hahahaha...butoh lalang,pengecut sokong time power,THIS IS MALAYSIA..YES..is it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape Kata xada penyokong kelantan '98-'03.. Ko Penah datang SSMIV ke time tu.Soal 'Red Warriors' adalah re-branding team KelantanFA time kemuncak prestasi bermula daripada TSAM memegang mandat sebagai Presidennya. Bola & Rakyat Kelantan adalah SEJIWA, Sejak dulu lagi hatta sebelum '98 yang ko katakan tu. Kamu tidak faham erti BOLASEPAK & KELANTAN. Jangan jadi BODOH SOMBONG mcm typical Malaysian yg lain. Mungkin Kelantan tidak STAR dimata orang2 luar mahupun kacaTV, tapi tetap STAR dihati setiap lapisan warga Kelantan dari dulu hingga sekarang.

      Delete
    2. Hek eleh..lu ni abe,owh kira dari dul TRW memang dah ada la sejak zaman http://4.bp.blogspot.com/_ig52DhX3Cg0/TRLHR3UkZTI/AAAAAAAABWo/_UPQVzPZG_U/s1600/Kelantan-%2BSkuad%2BJuara%2BPiala%2BEmas%2B2010.JPG.hahahaha,aku bukan pembenci pengkutuk bola2 negeri lain macam natural fans kat luar tu,aku cakap orang kita ni trendy! aku sendiri as johor meluat dengan apa yang ada sekarang dekat larkin,sebab dulu stadium kosong,boleh main lari-lari,lepastu bila dah ada guiza dah branding semula...ramai lah dtg,aku tak kisah datang ramai-ramai its ok takpe,ni ada yang kutuk ultras..menyemak la apa la...kau nak cakap aku typical malaysia?? kau kenal aku ke?? kalau kau pegi stadium ok ar..aku cuma menyampah dengan orang2 yang konon true,tengok kedah sekarang,dulu penuh,sekarang stadium dah tak macam dulu,nak cakap pasal kualiti permainan,kualiti sokongan diri sendiri tak nak tengok..

      Delete
  23. Orang kita ni leceh! kadang-kadang nak nasionalisme orang cakap aku nazi,aku nak ikut sekali joint ultras,orang cakap poyo,kampung sokong bola sepak negeri,ape kelas...bosan aku hidup dengan masyarakat yang macam ni,nak hidup sebagai johor,kena dengki,nak hidup sebagai malaysia kena dengki,susah nak hidup kat malaysia,kau akan kena gaduh dulu nak tegakkan benda yang baru..Buat UM..aku harap 5 tahun lagi mulut2 cilaka ni sendiri yang jadi capo,meramaikan curva...

    ReplyDelete
  24. nak pergi stadium support 'local football' slalu kena periksa dompet ler gayanyer da ler tiap bulan asyik baki jer....ooo neh! Teh Tarik Satu ! Roti Kosong Satu Kasi Banjir!!!
    #$%@^RM1.80

    ReplyDelete
  25. Hi Bro,

    Great article.. Saya setuju. Mmg ramai yg tak faham. Puncanya senang, apabila ramai tidak puas hati FAM dan FAM sendiri tiada usaha menarik peminat, tiadalah peminat yg akan dtg. Ia umpama memancing tanpa umpan..

    ReplyDelete
  26. FAM couldn't care a damn. FAM hanya tahu menghancurkan bolasepak negara. Next target will be SEA Games 2013 and AFF 2014...Ha..Ha..Ha..bila kita nak bergerak ke hadapan..asyik-asyik tang tu aje.. Orang lain dah target world cup dah tahu 20XX. Tak pe kita tak payah tunggu FAM...dia orang memang tak boleh diharap...tak payah juga salahkan coach seorang kerana yang pasti salahnya adalah FAM. So we do our part to support our local footballs..we go to the stadium..kalau tak dapat hadir then tune in to TV Channel yang tunjuk live telecast football kita then barulah rating naik then barulah sponsors nak masuk...then barulah kita create 'support local football' fever. Mainkan peranan..kita boleh make a difference...

    ReplyDelete
  27. Menatliti majoriti tidak akan dpt di ubah! Percayalah!! Sebarkan lah di akhbar tiap2 hari frontpage pun! Xkan berjaya!!!Pandangan aku budaya menyokong dan memenuhkan stadium ni pun dah sampai tahap melentur buluh biarlah dari rebung nya!!!kalau presiden mungkin kita boleh jatuhkan!tp mentaliti manusia.. Hmmmm..masyaAllah.. Walau apa pun,Stadium boleh penuh, tapi 20-25 tahun dari skrg! Mungkin cik rambo tertanya tanya. Tapi renungkan sejenak. Kenapa cik rambo ada di stadium skrg? Mungkin cik rambo telah diperkenalkan budaya menyokong di stadium dari kecil lagi oleh org tua cik rambo bukan? Sama juga kepada saya! Aku baru berumur 22 tahun dan 16 tahun yg lepas, aku menangis meronta ronta sbb xdpt ikut pak cik aku pg tgk game semi final FA cup antara n9 mnntang terengganu di atas alasan aku ada tadika yg perlu dihadiri keesokan pg. Walaupun game di paroi, kira2 8 mnt berjalan kaki dr rumah aku! So?? Tugas ini bermula kpada bakal2 bapak atau bapak yg mempunyai anak kecil utk sentiasa membawa mereka merasai penangan matchday di tempat masing2! Untuk ubah mentaliti pemuda buat masa ini, dari 10. Tak kn ada. Dari 20.. Hanya 2 shj yg lut nya.

    -genggajah.cuk4c-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..aku nak citer bagi pihak yg dah berumahtangga pulak..dulu masa S'gor vs Kelantan,anak member aku kena mercun,tu belum cite lagi pasal kena balingan air dan mcm2 lagi.Kadang2 time balik pulak ada yang bergaduh kat luar.Seperti semua maklum bukan semua yg dtg stadium org bujang/solo.Ada anak2 kecil,anak dara,pak mak cik pun ada.Rata2 fans yg bila dah jumpa geng2 satu kepala ni memang buat hal dia sendiri,peduli apa dengan orang lain.Hajat dihati bawak family gi stadium nak bagi minat kat diaorg tapi sanggup ke anak anda disogok dengan kata2 mencarut..BABI/BODOH/PUKIMAK dan sebagainya dari fans sekeliling.Akibat dari fans yang takde otak/ tak bertamadun ni kami yg ada family yg jadi mangsa..mcm mana nak semai minat anak dari kecil?Jadi kenapa perlu buang duit beli tiket semata2 dtg stadium lepastu terpaksa duduk kat sepital kena mercun..berbaloikah!Belum keluar stadium fans dah bergaduh,sampai parking keta,keta pulak kena dajal..malas nak cite banyak2.Pendek kata disebabkan terlalu ramai fans yang takde otak,fans yg ada otak yg jadi mangsa,boleh je dtg solo tapi anak bini pun perlukan hiburan.So kat sini aku nak cakap bagi fans yg takde otak tu,ubahlah mentaliti agar sukan bolasepak ni jadi kegemaran semua lapisan umur.Memang betul stadium tempat nak lepas tension tapi hormatlah org lain jugak!Anyway aku tetap dtg stadium setiap kali ada game,memang tak miss,friendly pun aku dtg siap bawak family sejak azali lagi walaupun selalu menempuhi cabaran bila dtg stadium sebab kami penyokong setia Selangor/Harimau Malaya.Lain2 league memang aku tak boleh masuk..sorry ek!

      Delete
    2. Thats why kita ada Ultras bro.No racist,dengan ultras kita jadi satu,Ultras negeri lain macam adik beradik,itu budaya kita dari dulu,mercun,buang botol ke padang..Without ultras..Malaysian football is " kampung "

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...