Tuesday, April 16, 2013

Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos a.k.a. Stadium Larkin

Assalamu'alaikum,

Tajuk bukan lagi Presiden FAM Sila Letak Jawatan, kerana aku ingin memberi sedikit penghormatan kepada Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali dengan nama Stadium Larkin.

Pada 6hb April 2013 yang lalu aku ke Stadium Larkin untuk menyaksikan perlawanan Suku Akhir Piala FA antara JDT dan Selangor. Walaupun agak dah lama berlalu tapi aku saja nak kongsi pengalaman aku ke sana walaupun aku tahu bukan aku sorang je yang ada pengalaman ke sana. Aku bukan nak bercerita pasal taktikal atau game play. Aku ank cerita pasal suasana atau atmosfera di Stadium Larkin. 

Dalam masa 2-3 tahun ini aku dapat rasa suasana bolasepak yang sebenar hanya di Stadium Sultan Muhammad ke-IV tapi kini ada satu lagi stadium di Malaysia yang boleh memberikan anda atmosfera yang menaikkan bulu roma atau suasana bolasepak yang sebenar iaitu di Stadium Larkin. Seperti yang kita sedia maklum orang-orang Johor sudah mula keluar tengok bola di stadium sejak Presiden PBNJ melakukan perubahan yang drastik dalam bolasepak Johor. Tahun-tahun sebelum ini Stadium Larkin memang lengang dan adalah 40-50 orang yang datang tengok bola Johor di stadium sehingga lah tahun ini, tidak pernah lagi Larkin itu kosong tanpa penonton.

Satu perkembangan yang baik untuk bolasepak Malaysia dan bolasepak Johor khususnya. Memang aku sangat teruja di saat aku masuk sahaja ke kawasan Datin Halimah menuju ke Larkin, sudah kelihatan kereta dan motorsikal berpakaian seba merah dan biru memberitahu secara langsung yang mereka akan ke stadium. Masuk sahaja kawasan larkin dari Jalan Langkasuka sebelah Balai Polis Larkin, TU DIAAAAAAAAAAAAAAA!! dah beratur kereta tepi jalan sampai ke lampu isyarat balai polis. Hampir satu jam juga aku baru dapat tempat untuk letak kereta. Aku cakap "pergh!! 2-3 tahun lepas datang Larkin senang lenang nak cari parking". Deus yang pandu kereta dah membebel itu ini pasal susah nak cari tempat letak kereta. Satu perkembangan yang baik, aku mula dah teruja dengan suasana sebegitu, memang kelas A.

Aku berjalan dengan Adel(capo UltraSel), Kaede(TV Al-Hijrah) dan Deus(pemilik Lejen Press & Mr. On The Way) menuju ke stadium dan perasaan teruja aku semakin membuak-buak disebabkan oleh suasana dan keadaan persekitaran Stadium Larkin ketika itu. Tiket sudah "sold out" tetapi masih lagi ada orang yang mencari tiket. Susah nak dapat keadaan sebegitu selain dari di SSM ke-IV Kota Bharu. Semua dengan baju Harimau Selatan, Luaskan Kuasamu dan warna Merah Biru. Agak sukar untuk mencari warna lain selain merah dan biru. Jersi kelab-kelab luar kebanggaan Malaysia juga sukar ditemui walaupun ada seorang dua yang menyarungnya tetapi orang kata "tak bersepah" lah, yang bersepah hanya warna merah dan biru. Aku jumpa Tom a.k.a. Zulkifli Syabas untuk dapatkan tiket aku dan terima kasih banyak-banyak Tom sebab sanggup datang sehari awal hanya untuk belikan kami semua tiket. Lepas dapat tiket aku terus masuk ke dalam stadium, dan waktu tu dalam jam 8:00pm kalau tak silap aku, dah penuh seluruh, segenap pelusuk stadium.

Ini masa warm up pun dah rabak penuh


Ini Larkin
Itu buktinya, penuh sepenuh-penuhnya dengan orang-orang Johor yang datang mungkin ada dari Segamat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat, Benut dan lain-lain kawasan di Johor. Sepanjang pengalaman aku di Larkin ada satu benda yang paling buat aku gila menjerit ialah ini;

Ini namanya KEGILAAN..INI GILA!!
Selesai lagu negeri Johor, satu stadium dengan sehati sejiwa melontarkan resit ke dalam padang, masa kejadian ini, aku punya lah teruja, menjerit aku dan aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, tetapi memang terbaik, satu stadium betul-betul sehati sejiwa untuk pasukan mereka bukan untuk kumpulan atau kelompok masing-masing. Ini memang "RARE" dan ini adalah sejarah bagi aku.

Itu bukan saja satu-satunya benda yang RARE berlaku di Stadium Larkin, penyokong Selangor juga semuanya sehati sejiwa menyokong pasukan Merah Kuning di Larkin. Memang sesuatu yang gempak bila SSFC dan UltraSel bergabung tenaga untuk gergasi merah. Satu perkembangan yang baik juga untuk bolasepak Selangor dan harap ianya akan berterusan untuk kita lebih maju ke hadapan bukan ke belakang. Bila uS sorak SSFC ikut dengan pukulan gendang mereka, bila SSFC sorak uS ikut alunan sorakan mereka, tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, terbaik!! BERSATU KITA LEBIH TEGUH BERSENGKETA KITA AKAN ROBOH. Semua yang hadir ke Stadium Larkin pada malam itu Tip Top.

Ada satu ketika itu satu stadium bersorak dengan lagu Ale Ale Ale..Ayuh Johor, Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu Johor, Kami ada, Kami ada, Setia bersamu Johor..Ale Ale..Ale Ale..Ale Ale Ale Ale..SATU STADIUM sorak lagu tu, memang naik bulu roma bila dengar.

Aku cuma nak kongsi sedikit pendapat sahaja. Apa yang diusahakan oleh Presiden PBNJ itu memang terbaik dan berjaya mengubah lanskap bolasepak Johor serta menarik kembali minat warga Johor untuk ke stadium. Fasa pertama telah pun berjaya dengan cemerlang dan kini tibalah keadaan yang paling susah dan sukar iaitu bagaimana hendak mengekalkan keadaan, situasi serta atmosfera yang menaikkan bulu roma itu untuk tahun-tahun yang akan datang. Benda tengah baru dan panas semua orang akan suka dan teruja tetapi bila lama kelamaan nanti adakah atmosfera yang sama akan kekal di Larkin??

Pada aku untuk mengekalkan suasana dan atmosfera seperti di Larkin atau di SSMIV, setiap orang yang hadir ke stadium itu perlu ada PASSION atau semangat dalam jiwa untuk pasukan. Jangan datang sokong pasukan sebab individu, jangan datang sokong Johor sebab Presiden PBNJ, sokong Johor sebab anda anak Johor, Johor pasukan anda. 


FOOTBALL IS NOT A TREND OR FASHION..IT IS A PRIDE AND PASSION

Aku harap suasana dan atmosfera yang menaikkan bulu roma ini akan kekal di Larkin dan akan menular ke stadium-stadium lain di Malaysia ini. SUPPORT LOCAL FOOTBALL dan tahniah orang-orang Johor, KEKALKAN BOLASEPAK SEBENAR DI STADIUM MU!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

27 comments:

  1. You are an example of one who has pride and passion, someone who is passionate about football and proud of your team, state and country. You are passionate that you dare take the initiative to go against what you see wrong and you go out of your way as you want to make things right. You are proud of your team that you are willing to sacrifice time and money and to a certain extent yourself to show your loyalty. I believe you can make a difference.....I believe that Allah is with you,and those who support your cause....

    ReplyDelete
  2. SSA pun apa kurangnya...16 April penuh dengan merah kuning...VIVA Selangor.....hebat penyokong Selangor....

    ReplyDelete
  3. saya pon ada join trip ultrasel dan ada di stadium larkin waktu ini. saat membaca tulisan ini pon meremang bulu roma. masih terasa keadaan di sana! bersamalah kita menaikkan kegemilangan bola sepak negara!!

    ReplyDelete
  4. Secara pendapat aku, bagi memastikan atmosfera sebegini dapat diteruskan. Amat penting bagi pemain2 JDT bermain bermati-matian bagi setiap perlawanan kerana penyokong,kerana johor,dan kerana pasukan. Dan dari situ akan menunjukkan bahawa penyokong sentiasa dibelakang pasukan JDT ataupun Johor FA. Go on! : )

    ReplyDelete
  5. First of all, terima kasih kepada owner blog ni atas komen & kata2 semanagt utk kami di Johor.

    Selain menyokong pasukan kami JFA, JDT mahupun Team Junior (Presiden), kami sedang mendidik diri kami dan penyokong2 Johor yang lain untuk menjadi lebih berdisiplin, professional dan lebih ber'tamadun'.
    Kami sendiri tidak menyokong tindakan liar dan agresif (kadangkala diluar batasan) sbgai contoh; membaling botol masuk ke tengah padang ataupun melakukan provokasi kepada pasukan pelawat..

    Itu misi untuk diri kami sendiri.

    Andaikata ada dikalangan supporter luar yang merasa kurang senang ketika di Larkin Stadium, sya mewakili penyokong Johor memohon maaf dan itu semua diluar kemampuan kami utk mengawal.

    Salam ukhwah!

    fb: ryn.tanpanama

    ReplyDelete
  6. aku pernah sekali ke stadium larkin masa game JDT vs ATM liga super..utk pengetahuan aku student UTM,skudai n asal kedah..1st time jejak stadium larkin mmg giler gempak suasana dia..setuju dgn pendapat bro pasal kekalkan atmosfera yg ada skrg..b4 kelantan n johor naik cm skrg dulu zaman kedah aku igt lagi cm mane sesaknye keadaan kat stadium masa game kedah even masa tu kedah main divisyen 2 (liga primier) saja masa tu!but now, segalanya da berubah...hopefully ape fenomena di larkin ni berterusan n dapat disemarakkan lagi ke seluruh negara! :)

    ReplyDelete
  7. semuanya terbaek...tak kira jdt atau slangor, atau lain2 pasukan,,yg pnting untuk kegemilangan bola sepak di malaysia dan martabatkan bola sepak di mata dunia!! sokong 100% pada admin!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum w.b t. ; saya berasal dari penang dan tidak pernah tertinggal satu game pun semasa team penang jadi juara suatu ketika dulu,masa tuu ahmad yusuf,syukur salleh,a.rukumaran,chen woi how,isa bakar,rahim robin,jelani wilastra,fadhil ismail,dzulkifli ali ,hasanuddin hassan dan lain2 yg sy dh lupa nama2 mereka,tapi kali nie selepas menetap dh lebih 15th d johor,anak2 jg semua lahir d johor,jd sy tidak pernah terlepas semua game d larkin,anak2 jg menjadi pendorong utk sy menjejak kaki d stadium larkin dan seterusnye menyokong pasukan johor dt dan jfa....memang terbaik to all peminat johor dan semua yg hadir........bergema satu stadium,satu hati....1 malaysia.dan sy akan pastikn tidak terlepas setiap game selepas nie...,dulu ke stadium bandaraya bersama ayah,tapi kali nie ke stadium bersama2 anak perempuan kesayangan yg jg meminati bolasepak...apatah lagi mereka semua lahir d johor ,sudah tentu sy jg jd penyokong setia johor...kekalkn dan Luaskn Kuasamu Johor.......

    ReplyDelete
  9. Salam..memg meremang time baca..dpt rasakan suasananya..

    ReplyDelete
  10. yeahhhhh...datang kerana johor bukan kerana presiden pbnj!!!

    ReplyDelete
  11. Keadaan mmg bnyk berubah...last season kuar pukul 8 pun sempat lagi,sekarang dtg pukul 6:30 pun dah xdpt tempat duduk..atmosphere sorakan larkin kembali bergema...suasana sekarang nie mmg membuatkan bulu roma meremang...rakyat johor dah kembali turun ke stadium..1 suasana yg baru bg landskap bolasepak johor yg hilang serinya sejak beberapa thn kebelakangan nie..just aku harap rakyat johor juga dapat turun ke stadium bg menyokong pasukan JOHOR FA..keadaan berlawanan jika johor fa yg bermain..JANGAN KETEPIKAN PASUKAN NEGERI..sokonglah kedua2 pasukan dengan penuh semangat...by the way bro, hari tue aku call ko nak bgtau port parking yg tak perlu redah jammed..next time turun larkin aku bgtau ko k...

    ReplyDelete
  12. Kepada sesiapa yg menonton perlawanan kedua Suku Akhir Piala FA di Stadium Shah Alam pada 16/4/2013 lepas....anda dapat rasakan sorakan gema Setia Bersamamu Johor selepas kedudukan terikat 1-1.Bergema satu stadium menenggelamkan sorakan di Stadium Shah Alam dan meremangkan bulu roma kita.Aku yakin Harimau Selatan akan membaham Tok Gajah selepas ini.

    Dari : Scoreboard Brotherhood Stadium Larkin

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...thanks pd owner blog nie...mnitis aimata nie bile bce ape yg pnulis blog nie luahkn kt ats.. thats true!! This is Larkin!! kami xbling b0t0l tp kami baling resit je...

    ReplyDelete
  14. bersama keluarga tersayang merasai sorakan Setia Bersamamu Johor di Stadium Larkin
    Johor DT lwn Selangor 16/4/2013

    http://www.youtube.com/watch?v=vT_-uQySmJo

    ReplyDelete
  15. saya pun pernah merasai suasana yang sama ketika berkunjung ke stadium larkin utk menyaksikan perlawanan antara JDT vs T-TEAM pd 16hb febuari 2013..pd mula nye just nk melayan minat suami..coz dia salah seorang fanatic fans JDT..tp perasaan teruja dan bsemangat nk bersorak utk JDT start dr tmpt parking lg coz tgk pnyokong2 JDT dgn penuh semangat nye b'jalan kaki b'ramai2 menuju ke stadium larkin..aura nye dpt sy rasa kn ketika itu..mmg tabikk springgg utk pnyokong2 JDT..Alhamdulillah sy dan suami serta anak2 tidak perlu b'sesak2 masuk ke stadium krn kami mggunakan pas masuk percuma..abg sy seorg askar timbalan setia negeri johor(JMF)..so kami dpt lh duduk dlm petak khas JMF..abg sy jg pnyokong dan b'main kompang utk pasukan JDT..bile tgk bdk2 JMF main kompang utk menaikkan smangat player2 JDT makin b'semangat lh sy utk b'sorak..lps drpd tu sy x pernah miss utk tgk game yg melibat kn JDT/JOHOR FA..walaupun cuma dpt tgk kt astro je..pun boleh lah..harap kita sebagai rakyat johor dpt mengekal kan suasana ini smpi bile..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  16. saya mengalami perasaan yang lagi menaikkan bulu roma dan mengencangkan darah sebab saya ambil gambar untuk game2 JDT di belakang tiang gol sewaktu perlawanan... suasana atas padang mendengar sorakkan dan jeritan penyokong membuatkan saya yang berada di atas padang walaupun sebagai jurugambar sahaja pun sudah amat hebat..

    ReplyDelete
  17. Salam 1 Malaysia,

    Terima Kasih kerana hadir di Stadium Larkin.. sememangnya apa yg diperkatakan dalam entri tuan mmg benar! last season saya sering dpt parking betul2 di depan grandstand! tp kini sy bermotosikal ke stadium! Jam 5 petang pun sudah ada penyokong yg duduk di dalam stadium.. saya sendiri rasa kagum dan happy akan perkembangan ini..

    kini Stadium Larkin benar2 berubah.. suasana skang lbh hebat ketika era 90an.. zaman Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Salehan Md Som dan trio import Ervin Boban, Abbas Saad & Alistair Edwards.. yang mana pada masa itu saya berjalan kaki ke stadium.. agak jauh bila sy susur kembali jalan yg sy ikut masa zaman remaja dulu bersama kawan2..

    pada tahun 2004 saya menetap di Seri Kembangan, Selangor untuk beberapa tahun dan sering juga follow kwn2 yg mmg org Selangor ke stadium Shah Alam. masa tu di fikiran saya bila laa Larkin nk happening blk mcm ni? ternyata tahun ni Larkin kembali meriah!mmg benar kata saudara penyokong yg hadir kali ini dtg dari seluruh pelusuk daerah..

    betul kata saudara ryn matt.. di akui masih ada segelintir penyokong yg agresif.. kami di Johor cuba mengingatkan antara satu sama lain sekiranya berlaku perkara2 seperti baling botol dsb..

    Terima Kasih pada fan Selangor yg hadir di Larkin malam tu.. ternyata kamu semua juga antara yg menghidupkan suasana di Larkin! kami juga berharap suasana seperti ini akan berlaku di semua stadium di Malaysia ni. dan moga ianya kekal..

    THIS IS LARKIN!!
    LUASKAN KUASAMU JOHOR

    ReplyDelete
  18. emm..ade surau ke kt stadium..korg sume magrib ktne ae...emm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam.. kalau Bro tgk dkt grand stand, surau dia kat ground floor, tapi kalau tgk kat open, dekat dengan pintu masuk utama.. pintu C tak silap, mereka menyediakan kawasan lapang di luar stadium(court berbumbung) yg beralas utk solat berjemaah seawal waktu magrib.. tempat ambil wuduk juga disediakan.. so dun worry kalau dtg awal, insyallah dpt solat ramai2..

      Diingatkan jugak kalau sapa2 yg dh msk stadium awal, pastikan tiket jgn buang, sbb nt kena keluar balik pintu utama tadi utk solat. Nt yg jaga tiket akan cop dkt tiket, bagitau nk keluar gi solat. Kadang diorang cop kat lengan atas (kalau cop kat lengan bwh, bila basuh hilang la cop kan?)sbb ada kes yg tiket dh cop dia passing kt member yg belum masuk.

      Bottom line.. anda nak solat atau tidak.. hehe.. (sedih jgk bila tgk ramai yg selambaer jer x solat magrib).. Bola2 jugak, solat tu wajib jgn tinggal.. Dosa besar kalau tak solat!!-- nasihat utk diri saya :)

      Delete
  19. congratulations to all johorean kt maner pun berada.

    ReplyDelete
  20. Syabas Bro....kita perlukan lebih ramai orang begini...bersikap terbuka, bermentaliti kelas pertama, sangat objektif, tidak bersifat kenegerian (walaupun amat menyayangi and taat kepada Selangor) dan sangat dewasa (matang) dalam berfikir/berhujan/menulis. Yang baik katakan baik, yang patut dipuji diberi pujian yang sewajarnya, yang tak elok ditegur dan diberi peransang untuk berubah menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  21. You're a good leader.......

    ReplyDelete
  22. salam admin,
    apa yang admin tulis itu mmg benar..dan sebenarnya tahun 2013 ni sorakkan Larkin lebih "gila" jika dibandingkan 20 tahun yg lalu. terima kasih admin kerana jujur dan mengakui "kegilaan" Larkin sekarang.
    Kami sgt berbesar hati fans lain utk dtg ke Larkin bagi merasai atmosfera menakjubkan ini..

    ReplyDelete
  23. Congrats for blogger because share ur real situaton about JDT...i hope for next season TMJ will be one of BOD FAM...insyaallah...Luaskan kuasamu..

    ReplyDelete
  24. Semuanya telah diputuskan untuk dinaiktaraf di Stadium Larkin..kapasiti 40k..balapan akan dibuang..para penonton lebih dekat lagi dengan padang..dan yg paling penting,berbumbung penuh....


    Luaskan Kuasamu~Harimau Selatan~
    6,176 likes · 3,656 talking about this

    ReplyDelete
  25. Harap PBNJ dan TMJ kerap melakukan sesuatu untuk mengekalkan sentiasa suasana larkin ini... biarlah ia berterusan... harapan saya agar semua stadium dlm malaysia pun dapat menghadirkan suasana brgini... saya sering terfikir.. kenapa stadium larkin best, selain usaha tmj, dan pemain2 bintang ini.. adkah disebabkan B.O.S.. akhirnya saya mendapat jawapan... jika anda hadir ke stadium. dan melihat B.O.S ataupun mana mana ultras .. bersorak.. anda cuma dapat rasa kan suasana "best' sahaja.. tp untuk menjadikan suasana di stadium itu "best giler segiler gilernya".. anda perlu bersorak bersama sama..... hidup johor.. hidup bola sepak malaysia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...