Thursday, January 10, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 23-

Assalamu'alaikum,

Kes perpindahan pemain yang menarik. Norsharul Idlan Talaha dan Affizie Faisal Mamat.

Kes Pertama 

Idlan Talaha ada kontrak ngan KAFA dan sijil perpindahan pemain ada pada KAFA. Idlan Talaha tandatangan kontrak dengan DTFC dan sudah bermain serta menjaringkan gol untuk DTFC bermakna KAFA telah release SIJIL PERPINDAHAN PEMAIN Idlan Talaha kepada DTFC walaupun katanya Idlan Talaha masih berhutang dengan KAFA sebab itu Idlan Talaha boleh main kalau tidak jadi macam kes;

Kes Kedua 

Affizie Faisal pemain milik Terengganu(mengikut peraturan FAM-pemain HM adalah milik pasukan dari mana dia diambil sebelum masuk Harimau Muda[ada ke tidak peraturan tu entah]) tetapi sudah tandatangan kontrak dengan ATM(sama macam Mat Yo dan tandatangan dengan DTFC) cuma bezanya, Affizie tidak dapat main untuk ATM lagi sebab PBSNT tak lepaskan SIJIL PERPINDAHAN PEMAIN kepada ATM lagi, kerana mereka nak tuntut hak mereka apa entah sebab katanya Affizie patut bermain dengan Terengganu.  

Persoalan 

Kenapa KAFA lepaskan sijil perpindahan pemain Idlan Talaha kepada DTFC kalau Idlan Talaha masih belum jelaskan hutang?? Kerana PBSNT tidak melepaskan sijil perpidahan Affizie kepada ATM walaupun dia dah ada kontrak dengan ATM sebab PBSNT nak tuntut hak mereka dahulu sebelum lepaskan Affizie.

Aku tak pasti macam mana perjanjian antara KAFA dan Idlan Talaha, macam mana proses pembayaran sebagainya dan adakah semua itu dibuat kontrak atau hanya sekadar "verbal agreement" sahaja antara KAFA dan Idlan Talaha.

Cuma yang aku pelik macam mana KAFA lepaskan sijil perpindahan pemain kepada DTFC sedangkan pembayaran belum selesai lagi. Sedangkan kes satu lagi, PBSNT tak lepaskan sijil perpindahan pemain Affizie kepada ATM kerana mereka kata itu pemain mereka.

Itu persoalan yang timbul dalam kepala otak aku.

Cerita aku 

Pemain adalah milik kelab/persatuan. Itu aku setuju benar. Pemain terikat dengan kontrak dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kelab dan juga FA. Itu pun aku setuju benar. Kelab/FA berhak menentukan yuran perpindahan kepada barang yang dimilikinya kepada pihak ketiga untuk beli(macam kita jual beli kereta, pemilik yang letak harga bukan yang nak beli letak harga). Ini memang aku setuju benar. Pemain boleh ditandatangan secara percuma dan kelab terlepas hak ke atas pemain apabila pemain memasuki bulan ke-6 terakhir dalam kontrak mereka di bawah peraturan Bosman Rule. Ini kita terpaksa setuju sebab undang-undang FIFA. Pemain boleh minta untuk disenaraikan dalam senarai "transfer list" tetapi itu hanya jika kelab/FA bersetuju, kalau tidak, mereka terpaksa akur dengan kontrak. Ini pun kena setuju sebab dah termaktub dalam undang-undang apabila berkontrak.

Contoh terbaik ialah kes Carlos Tevez dengan Manchester City. Walaupun Tevez ingin berpindah dan sudah ada kelab yang ingin membeli tetapi Man City tidak lepaskan selagi tidak memenuhi tuntutan mereka dari segi yuran perpindahan kerana Tevez masih mempunyai kontrak dengan kelab dan kes ini tidak terjatuh dalam undang-undang Bosman jadi Tevez sebagai pemain harus akur dengan kontrak dan kehendak kelabnya yang tidak mahu lepaskannya. Sudahnya Tevez masih lagi di Man City sehingga hari ini walaupun satu ketika dulu dia sudah tidak ada hati dengan Man City dan memang 100& hatinya ingin meninggalkan kelab tersebut. Bermakna di sini Man City tidak lepaskan milik mereka sehingga mereka dapat apa yang mereka kehendaki. 

Itu yang aku pelik dengan kes Idlan, dia ada kontrak berbaki 1 1/2 tahun lagi bermakna tidak jatuh di bawah Bosman Rule, dan KAFA ada hak mutlak ke atas Idlan walaupun Idlan mohon untuk dilepaskan(sama macam kes Tevez, dia mohon dilepaskan tetapi Man City tak benarkan). Dalam hal Idlan KAFA setuju lepaskan dan persetujuan KAFA dan Idlan Talaha itu yang menjadi masalah dan isu sampai sekarang.

Tapi masih pelik ialah kenapa KAFA lepaskan Idlan sebelum tuntutan dan kehendak mereka dipenuhi. Itu yang pelik sangat.

Tak mengapa, moga-moga selesai lah kes nih, saranan aku ialah kalau betul ada kes dan ada bukti "in writing" pelanggaran syarat-syarat dalam kontrak boleh bawa kes kepada FIFA. Banyak kes-kes perpindahan pemain yang diadukan kepada FIFA dan diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kes tidak akan selesai di Mahkamah Facebook jadi bawa ke mahkamah, atau bawa kepada FIFA supaya kes ini boleh dijadikan "benchmark" atau punca perubahan dalam perpindahan pemain dalam Liga Malaysia di masa hadapan. Macam kes Affizie juga, adakah ada peraturan jelas mengenai pemain Harimau Muda adalah milik pasukan di mana mereka diambil sebelum ke Harimau Muda, ada kontrak atau sekadar perjanjian mulut atau ada termaktub dalam peraturan FAM. Perkara dan isu seperti ini tidak akan berlaku sekiranya ada "guideline" yang jelas dalam perpindahan pemain.

Kes ini bagaimanapun menunjukkan kenapa liga kita berada pada kategori D. Tiada peraturan yang jelas dalam perpindahan pemain dalam Liga Malaysia bermakna pengurusan Liga-M masih belum menepati ciri-ciri atau kriteria "PROFESIONALISM" yang telah ditetapkan oleh AFC PRO League Committee. Selain dari "PROFESIONALISM" kriteria lain yang turut diambil kira dalam menentukan gred sesebuah liga ialah "FOOTBALL COMPETETIVENESS", "MARKETABILITY" dan "FINANCIAL STATUS OF THE LEAGUE & CLUBS". 

Liga Malaysia liga kategori D, terpaksalah kita terima walau sakit hati ini. 

Pesanan aku, sesiapa yang nak jual tanah, rumah atau kereta atau motor, jangan tukar nama dulu pada geran selagi pembeli tak bayar duit mengikut harga perjanjian yang telah dituntut oleh anda penjual dan pemilik.

MASIH PELIK......

Sekadar tulisan dan pendapat.   

9 comments:

  1. Tak bayar lagi tak bermakna tak boleh keluarkan sijil perpindahan tu.

    Kemungkinan yang paling mungkin sekali, KAFA dgn Matyo dah setuju dengan kaedah pembayaran 30 hari selepas tandatangan dengan DTFC.

    Kalau anda perasan, TSAM bising-bising Matyo tak bayar hutang selepas 30 hari yang dipersetujui.

    Entah le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pasal saya cakap kalau ada "in writing" pelanggaran janji, boleh bawa ke mahkhamah atau FIFA..kalau sekadar 30 hari itu hanya "verbal agreement" payah lah..itu lah jatuhnya kriteria "profesionalism" dalam istilah "PRO" tiada benda yang dibuat secara verbal agreement..semuanya mesti in writing and stamp..kalau apa-apa kita ada kes boleh bawa ke muka pengadilan..kalau saya..saya tak bising, saya terus lapor kat FIFA jek..tapi kalau nak lapor mesti ada agreement lah yang mengatakan pembayaran akan dibuat dalam masa 30 hari..sekali lagi saya nasihat, jika nak jual tanah, rumah, kereta atau motor, jangan tukar nama pada geran selagi pembeli tak langsaikan semua pembayaran..sijil perpindahan pemain itu ibarat geran tanah, geran kereta lah kiranya ;-)

      Delete
  2. setakat yang aku tau, FAM membenarkan matyo sain kontrak dan berpindah ke kelab baru tanpa melunaskan hutang2 dahulu (30 hari), dan FAM tanpa merujuk kelab asal memberikan sijil perpindahan sementara kepada matyo. sijil perpindahan original masih ada pada pihak kafa.

    yess, better lapor pada FIFA!!

    ReplyDelete
  3. kes matyo
    petikan dr fb TSAM:

    "SEBELUM INI JK YG SAMA (Jawatan Kuasa Status Pemain) DLM MASA YG SINGKAT DAN TANPA MEMINTA AFIDAVIT TELAH MEMBENARKAN MAT YO MENDAFTAR DGN PASUKAN BARU TANPA perlu TERLEBIH DAHULUKAN MELUNASKAN TEBUS KONTRAK..FAM JUGA MEMBERI SPN TANPA PERLU MERUJUK KELAB ASAL"

    maksudnya di sini, FAM lebih sudu dari kuah.

    Kes Affizie
    FAM menetapkan. bagi pemain Harimau Muda yg telah tidak bermain dgn Skuad H,Muda. Secara automatik akan menjadi milik negeri.
    persoalan aku, mcm mana kalau pemain tu tak setuju dgn tawaran kontrak dari FA Negeri?
    pemain digantung tak bertali la jawab nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya kata Mahkamah Facebook tak boleh selesaikan..pergi kepada AFC atau FIFA, tunjuk bukti-bukti kontrak yang ada, tunjuk bukti pelanggaran kontrak jika ada, kes macam nih bukan tak pernah berlaku, ada je berlaku dalam liga-liga lain, rujuk pada lawyer, pergi adu kepada FIFA bukan adu pada Mark Zuckerberg, kena bawa pada FIFA kes ini supaya dapat dijadikan benchmark untuk masa hadapan..yang penting ada semua in paper, in writing, apa nak takut, pergi buat aduan..

      pasal peraturan tu, yang tak jelas, ada yang kata ianya hanya perjanjian mulut, ada yang kata termaktub dalam peraturan FAM, jadi nak takut apa, kalau rasa dianiaya, lapor pada FIFA, yang penting kena ada bukti-bukti yang cukup bukan sekadar "verbal agreement"

      Delete
  4. aritu baca metro, anuar musa ckp yg sijil perpindahan negeri matyo still ada dgn kelantan.. betul ke? kalau betul lagi la pelik.. player dah sign kontrak, main, and score.. tp sijil perpindahan belum berpindah hak milik.. malaysia malaysia..

    "Kelab/FA berhak menentukan yuran perpindahan kepada barang yang dimilikinya kepada pihak ketiga untuk beli(macam kita jual beli kereta, pemilik yang letak harga bukan yang nak beli letak harga" --> agak tak paham cemana plak dah seakan2 fam yg set harga utk transfer matyo... jdt just tinggal tunggu nk manipulate keputusan fam... or ke sebenarnya keputusan fam tu yg dipengaruhi pengurusan jdt??

    ni kalau kt europe, if betul la klub mainkan player yg tak settle transfer documents lg, conifrm kena denda.. silap2 deduct points lg...
    fifa kn ke dah ada peraturan complete pasal transfer.. asal tak ikut je bulat2?? fam bijak lg kot....

    ReplyDelete
  5. setuju. Jadikan kis Nat Yo sebagai benchmark. KAFA, MATYO & PBNJ ada hak masing masing. Peminat tak usahlah hina sana hina sini, fitnah san fitnah sini. Yg pasti Matyo tak nak main dgn Kelantan. Kala utak dgn Johor, mungkin dgn negeri /Kelab lain , jadi tak usahlah kutuk JOhor bukan bukan....

    ReplyDelete
  6. Banyak main Football Manager sgt nih!!

    ReplyDelete
  7. Contract kan kena ada element Offer & Acceptance.

    Mungkin dlm hal ni Offer dah keluar, Acceptance dah dinyatakan tapi di sudut satu lagi ada Breach of Contract.

    Maaf kalau aku rujuk kes ini sebagai satu fenomena biasa dalam bidang pekerjaan di Malaysia. Bkn hanya dlm bola sepak tp kerja2 lain juga. Kita selalu pandang mudah pd kontrak. Dpt offer letter kita sign tanpa baca. Bila cuti tahunan sikit kita mengamuk macam apa. Padahal dlm kontrak dah ada.

    Bila dah bosan, kita cr kerja lain. Dpt offer, kita sign lagi tanpa baca. Kita lupa apa cerita kerja lama. Notis 2 bln tp kita pandai2 keluarkan 24 jam notis - peraturan kita. Surat Acceptance of Resignation blm sempat keluar, kita dah bawak anak bini pindah tpt baru.

    Sudahnya, keluar Letter of Demand. Kalo tak ada tindakan mahkamah, buat bodoh ajelah...bukan ada apa. Kita sibuk bila dah dicari dan dicanang sini sana.

    Kita selalu lupa. Referral itu perlu. Hari ini org ambil kita kerja tanpa reference check sbb kita ada harga. Tp dah tua sikit besok takkan tak ada yg mengungkit. Time itu tiba2 resume kita dibuka. Hah! Bermasalah rupanya kita.

    Idlan Talaha. Satu contoh anak Malaysia yg tipikal. Macam kerani yg x baca kontrak td. Apa beza dia dgn Tevez? Ada. Tevez ada agent yg menyelamatkan dia dr segi perundangan. Sblm keluar tv dgn no. jersi baru, terms dah bincang. Gaji ikut appearance ke...kahwin tak dpt sponsor semua dah cerita siap2;-)

    Tapi kita? Idlan Talaha? Kita jrg dptkan khidmat perundangan sblm sign kontrak. Dan kita x serius pasal kontrak. Dlm kerja apa pon kita begitu sbb ini negara kita, kita x serius benda2 begitu.Itu sbb isu mcm Surat Pelepasan kita anggap remeh macam surat Acceptance of Resignation/Letter of Demand td.

    Aku setuju ko kata kena ada guideline. Aku setuju ko kata ini sbb kita x maju. Tp aku harap...disebabkan kerapuhan dan kebangangan peraturan sedia ada, kita lebih berhati2. Mungkin dlm sibuk usha artis, simpan sikit duit lawyer kaji kontrak.

    Who knows, player kita ramai. Semua mintak khidmat guaman. Semua kaji kontrak. Player berhati2, walau x educated tp dptkan khidmat yg lebih bijak. Akhirnya nak taknak mereka kena set juga guideline tu kan? ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...