Wednesday, March 16, 2011

Johor FC lwn Selangor

Assalamu'alaikum,

Lama sungguh tak menjenguk ke blog sendiri, terlalu ketat masa sejak kebelakangan ini. Kisah ini sebenarnya aku nak kongsi sudah lama tapi baru sekarang ada kelapangan. Ceritanya mungkin sudah basi kerana ianya telah berlaku 3 minggu yang lalu pada 23 Rabiulawal 1432 bersamaan 26hb Februari 2011 yang lalu tapi aku tidak peduli, aku ingin juga berkongsi dengan sesiapa yang sudi nak jengok-jengok. :-)

Aku telah menuruti rombongan UltraSel ke Pasir Gudang bagi menyaksikan perlawanan antara Johor FC dan Selangor. Perlawanan berkesudahan seri 0-0 tapi itu bukanlah perkara yang ingin aku kongsi.
Sebenarnya aku ingin kongsi beberapa video sorakan dari mereka. Ada banyak lagu, tetapi aku tidak sempat merakamkannya kerana aku pun sibuk turut serta menyanyi(tapi tidak lah semua lagu) hingga terlupa hendak merakam...hehe.

Silakan;



Lepas ini kalau ada lagi video-video begini aku akan kongsi, bukan untuk apa, mana tahu anda semua nak menyanyi bersama nanti, terpulanglah kan. :-)
Maaf jika video aku tak sehebat video-video di Youtube atau video-video orang lain, ini sahaja kemampuan aku setakat ini. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

3 comments:

  1. bole ganti abbas saad kt ESPN neh ;)

    ReplyDelete
  2. bro musim depan klu selangor lwn johor fc roger aku k..leh tgk sesamer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...