Sunday, March 20, 2011

Shah Alam - Lenggong - Ipoh - Shah Alam

Assalamu'alaikum,

Kali ini aku terasa nak kongsi mengenai perjalanan aku ke Lenggong, Perak pada 30 Rabiulawal 1432(5hb Mac 2011) tempoh hari. Walaupun sudah 2 minggu berlalu, namun aku nak juga kongsi.. :-)

Aku ke sana kerana ada perlawanan persahabatan antara pasukan aku Taman 11 dan MRSM Lenggong(cikgu & pekerja). Pasukan aku ini tidak lah hebat sangat, kami semua sekadar suka-suka buat persahabatan di luar sambil-sambil boleh makan angin sekali. Askar-askar yang ke sana adalah Hafizil Adzril(Jigon), Mohd Rizal(Tapa), Fauzan(Tengku Azrai), Alfazril(Del), Hilmi Amir Hamzah(Badol), Mohd Hadi(Adi Gem), Mohd Fariq(Kecik), Mohd Hafis(Apis), Azad(Pentagon), Kamarul Annuar(Kem, Khairulnizam(Buyong), Mohd Fuzaimi(Jujai) dan diri aku sendiri

Kami disambut dengan baiknya oleh cikgu MRSM Lenggong yang juga merupakan ketua warden iaitu Cikgu Akmal Ezati. Kami ditempatkan di bilik penginapan orang sakit yang begitu selesa dan terbaik sekali kerana sudah sekian lama tidak dapat bersama dengan rakan-rakan dalam keadaan sebegini, maklumlah tinggalkan sekolah pun dah hampir 12 tahun dan masing-masing sibut dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing, jadi dapat berkumpul begini sekali sekala memang seronok tambah pula semua diletakkan di "Sick Bay" yang keadaannya seperti bilik asrama sekolah dulu-dulu.. :-)

Keadaan "Sick Bay" bagai tongkang pecah..haha...ada yang main kad, ada yang terbungkang, ada yang melayan perasaan;




Pada hari Sabtu tersebut kami makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Tasek Raban yang terletak dalam lebih kurang 300M dari pintu utama MRSM Lenggong. Untuk pengetahuan semua MRSM Lenggong ini terletak di persisir Tasik Raban dan suasananya memang indah lagi permai dengan kedengaran burung-burung berkicauan, ada yang bekerja..ahh..mula nak mengarut lah tu.

Balik semula ke Restoran Tasek Raban, sebenarnya ini yang aku nak kongsi. Ikan bakar di restoran ini memang sungguh lazat dan saya memang mencadangkan kepada semua jika ada berada berdekatan dengan kawasan Lenggong, silalah singgah untuk makan di sini kerana saya jamin ada pasti tidak akan menyesal dan pasti ianya berbaloi-baloi.

Rupa Restoran Tasek Raban
Antara lauk-pauk untuk pilihan santapan

Ikan Bakar

Sambal ini memang terbaekk!!
Taman 11
Antara ikan talapia yang selesai diratah
Kalau anda semua ingin ke sini mudah sahaja. Dari Tol Kuala Kangsar pandu terus sehingga anda melepasi Jambatan Sultan Azlan Shah yang merentasi kawasan Tasik Raban. Dari jambatan itu anda perlahankan kenderaan kerana anda akan tiba di satu persimpangan lampu isyarat. Anda pandu terus jika lampu isyarat menunjukkan warna hijau dan pandang ke kanan kerana dalam lebih kurang 200M sahaja anda akan tiba ke restoran yang disebutkan.

Cukup dengan makan tengahari, kami ke pekan Lenggong untuk membeli beberapa keperluan seperti air minuman, keropok-keropok dan sebagainya. Selesai semuanya kami pulang ke "Sick Bay" untuk berehat sebelum berentap di padang pada petangnya. Jam menunjukkan pukul 4:30pm dan semua pun mula bersiap-siap untuk bermain bolasepak.


         Belakang(dari kiri):- Aku,Buyung,Barai,Badol,Tapa,Adi,Jigon,Jujai            Bawah(dari kiri):- Kem,Izat,Pentagon,Del,Apis,Kecik

Bersama pasukan Staf MRSM Lenggong
Dipendekkan cerita pasukan MRSM Lenggong ini memang hebat semuanya sehingga kami dibenam 7 gol dan hanya kami balas dengan 1 gol hasil jaringan Alfazril(Del). Namun walaupun kalah, keseronokan bermain di tempat orang amatlah kami rasai sehinggakan kepedihan bolos 7 gol tidak terasa sangat.

Untuk menghilangkan rasa kecewa, maka kami sulamkan kekalahan petang tadi BBQ pada malam harinya. Segala persiapan sebenarnya kami dah sediakan sebelum perlawanan oleh kerana kami sudah dapat hidu bahawa kami akan tewas teruk, makanya kami memilih untuk BBQ pada malam harinya supaya dapat menutupi perasaan sedih kami..haha.





Selesai makan dan berkemas, kami keluar ke "Kedai Kelantan" terletak berhampiran dengan MRSM Lenggong juga untuk minum teh sambil bebual dengan Ustaz dan Bob yang merupakan cikgu di MRSM Lenggong. Rupa-rupanya setiba di kedai, bukan setakat minum teh tarik, kami meneruskan aktiviti pemakanan sihat kami dengan memesan sup ekor bagi menampung kekurangan zat di dalam badan setelah berhempas pulas petang tadi di padang.

Aku juga nak syorkan bahawa masakan di "Kedai Kelantan" ini sangat sedap dan enak untuk di makan terutama sup ekornya. Untuk ke sini dari Tol Kuala Kangsar pandu terus sehingga anda melepasi Jambatan Sultan Azlan Shah yang merentasi kawasan Tasik Raban. Dari jambatan itu anda perlahankan kenderaan kerana anda akan tiba di satu persimpangan lampu isyarat. Anda belok ke kanan jika lampu isyarat menunjukkan warna hijau dan pandang ke kanan anda akan ternampak pintu masuk MRSM Lenggong, pandu terus sedikit sahaja lagi kerana dalam lebih kurang 100M sahaja anda akan tiba ke lokasi yang disebutkan. Kedai di buka dari 6pm hingga lewat malam dan tukang masaknya muka macam Safiq Rahim kapten pasukan bolasepak Malaysia. :-)



Ini rupa kedainya yang terletak betul-betul di tepi Tasik Raban
Pulang ke "Sick Bay", ingatkan semuanya nak berlayar dibuai mimpi rupanya tidak, hanya Jigon sahaja yang berlayar, yang lain ada yang dengan aktiviti kad, ada yang berkaraoke jamban di "Sick Bay" sehinggalah lebih kurang jam 4 pagi barulah aku rasa aku terlelap kerana apabila aku buka mata sudah terang benderang di luar.

Baiklah, aku rasa aku berhenti di sini dahulu, supaya anda semua boleh meneruskan dengan kerja-kerja yang lain.

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cikgu Izat, Ustaz dan Bob kerana begitu baik melayan kami sebagai tetamu. TE..RI..MA KA..SIH CIK..GU..!!!
Terima kasih atas kesudian anda menyinggah dan membelek blog Si Anak Memberontak ini.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...