Wednesday, March 16, 2011

Negeri Sembilan lwn Selangor

Assalamu'alaikum,

Aku ke Paroi pada 7 Rabiulakhir 1432 bersamaan 12 Mac 2011 yang lalu untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan dan Selangor. Perlawanan berkesudahan 1-2 kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat hasil jaringan Amri Yahya dan Safiq Rahim.

Namun bukan itu yang ingin aku ceritakan, jika anda tidak faham apa yang bakal aku kongsi nanti sila klik di sini supaya anda akan lebih faham apa sebenarnya yang aku nukilkan.

Sebagai permulaan, aku ingin ucapkan SYABAS SSFC!!! SYABAS UltraSel!! Aku lihat sewaktu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tempoh hari sudah ada kemajuan yang positif dari kedua-dua pihak. Tiada lagi kedengaran gendang-gendang negatif dipalu tetapi gendang berirama positif berkumandang dari tempat duduk SSFC. Manakala UltraSel pula menyambut persahabatan SSFC dengan tangan terbuka, satu semangat yang baik dari kedua-dua belah pihak.

Sebenarnya dalam "posting" aku yang berjudul Johor FC lwn Selangor aku ingin menceritakan apa yang telah berlaku antara SSFC dan UltraSel di sana, tetapi aku batalkan hasrat itu kerana lebih baik untuk aku menceritakan perkara yang positif dari mereka ini. Biarlah apa yang berlaku di sana tersimpan dalam lubuk memori mereka-mereka yang ada sewaktu kejadian sahaja. Mungkin ada hikmahnya juga aku tidak menaip untuk sekian lama.

Setelah selesai perlawanan dan tiba masanya untuk pulang, SSFC melalui kawasan tempat duduk UltraSel untuk keluar dan mereka saling berjabat tangan dan bersama-sama bergembira meraikan kejayaan Gergasi Merah. UltraSel pula menurut paluan gendang keramat 3x Selangor dari SSFC secara spontan menunjukkan tiada rasa dengki atau iri hati antara mereka.

Cukuplah sampai di sini sahaja, aku harap perkara ini akan berterusan dan menjadi lebih baik, kerana objektif kita tetap sama, mahukan kemenangan dan kejuaraan dari pasukan kesayangan jadi APA ADA HAL??

Sekadar tulisan dan pendapat dari seseorang yang ke stadium tapi tak buat apa. 

2 comments:

  1. "Sekadar tulisan dan pendapat dari seseorang yang ke stadium tapi tak buat apa" - hanya jauhari mengenal manikam. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...