Thursday, February 24, 2011

Malaysia Bawah - 23 lwn Pakistan Bawah - 23

Assalamu'alaikum,

Rasanya dah lama aku tidak menaip "posting" mengenai bolasepak. Jadi aku nak cerita sikit pasal perlawanan semalam. Aku rasa perlawanan semalam ada satu macam aura sedikit berbanding perlawanan skuad senior dengan Hong Kong dua minggu lepas. Mungkin kerana ini adalah perlawanan untuk sesuatu kejohanan manakalah bertemu Hong Kong sekadar persahabatan tetapi ianya akan melibatkan kedudukan Malaysia dalam tangga dunia, entahlah apa-apa pun perlawanan dengan Pakistan semalam terasa macam lebih sedikit aura dia.
Mula-mula nak cerita pasal pemain dahulu, mereka pada aku bermain dengan sangat baik dan sangat menghiburkan. Nampak semangat dan jiwa Malaysia pada setiap 11 pemain di dalam padang. Walaupun ada kepincangan sedikit di sana sini, namun itu boleh diperbaiki lagi. Apa-apa pun jangan berasa selesa kerana selepas ini lawan yang lebih kuat bakal menanti. Teruskan usaha wahai Harimau Muda!!

Sekarang ini aku nak cerita pasal pemain ke-12 pula. Sepanjang 90 minit perlawanan sebenarnya mata aku tertumpu pada pintu 15,16,17 dan sekejap-sekejap ke padang, kemudian ke arah pintu 10. Kenapa? Sebabnya Pintu 15,16,17 letaknya Ultras Malaya manakala di pintu 10 pula letaknya kumpulan penyokong paling otai dan paling banyak berjasa dalam sukan Malaysia terutama bolasepak dalam iaitu SSFC.
Mata aku tertumpu pada gerakan, sorakan Ultras Malaya di pintu 15,16,17 kemudian pada paluan gendang SSFC di pintu 10. Aku amat tertarik dengan gaya revolusi corak sokongan yang dibawa oleh Ultras Malaya. Mereka cuba menerapkan budaya menyokong di dalam stadium pada setiap pemain ke -12 yang hadir. Nampaknya semalam seperti ada pertambahan orang dalam kawasan pintu 15,16,17 kerana nampak lebih ramai dari perlawanan dengan Hong Kong. Pergerakan dan sorakan mereka lebih kedengaran semalam berbanding perlawanan dengan Hong Kong. Ada seorang rakan aku berkata "Bayangkan kalau satu stadium buat macam tu". Aku pun terfikir "Boleh ke terjadi?"

Manakala paluan gendang SSFC juga menarik perhatian aku, kerana mereka sudah lebih kerap memalu gendang berbanding sebelum ini. Syabas diucapkan. Walaupun gaya dan corak sokongan mereka ini boleh kita panggil "ol skool" namun apa ada hal? Yang penting jiwa dan hati mereka untuk Malaysia.
Tetapi di sini aku ingin meluahkan sedikit pendapat aku(aku harap tiada yang terasa hati, kerana ini adalah kebenaran dan hakikat yang sebenar berlaku). Semalam setiap kali sorakan Ultras Malaya berkumandang pastinya gendang SSFC akan berbunyi seolah-olah mahu menenggelamkan sorakan Ultras Malaya. Mengapa terjadi begitu? Bukan hendak marah atau menidakkan hak anda memalu gendang, tapi paluan kalau diiringi dengan perasaan hasad dan dengki bercampur dengan bau tidak ikhlas, maka akan kedengaran perasaan-perasaan negatif itu di seluruh pelusuk stadium walaupun kita tidak dapat melihatnya. Perkara ini sebenarnya aku dah perhati dalam banyak perlawanan sebelum ini baik di Liga Super mahupun yang melibatkan Malaysia. Perkara ini bukan aku seorang sahaja yang perasan, tetapi aku dengar orang-orang sekeliling pun berkata sedemikian rupa.

Pendapat aku, SSFC adalah sebuah kelab penyokong yang dihormati ramai kerana jasa anda dan kehebatan anda, namun jangan kerana perasaan hasad dan dengki serta tidak ikhlas dalam menyokong akan menjatuhkan maruah anda. Anda semua sudah senior dan lama dalam dunia sokongan ini, jadi jangan kerana perasaan cemburu dan takut kehilangan kepentingan anda tidak akan dihormati lagi. Ilmu, pengalaman dan kenalan berkuasa yang ada pada anda bukanlah tiket untuk anda bersenang lenang dan boleh berbuat sesuka hati anda. Sepatutnya kerana anda lebih senior anda sepatutnya menunjukkan kematangan yang lebih dan sepatutnya menjadi penunjuk arah untuk generasi baru yang ingin merubah corak dan budaya menyokong di kalangan pemain ke-12 di stadium, bukannya mencaci mereka, menyekat mereka dan mengejek cara mereka.
Kepada Ultras Malaya, teruskan usaha anda dan semoga satu hari nanti sorakan dan budaya ini akan menyerap ke seluruh jiwa pemain ke-12 Malaysia. Mengapa pada awalnya aku bertanya "Boleh ke terjadi? adalah kerana sifat orang kita yang sesetengahnya ada perasaan hasad dan cemburu dengan kejayaan orang lain jadi jika ada sifat sebegitu dikalangan pemain ke-12 sudah pasti agak sukar bukan. Tetapi tidak mengapa, jika anda betul, pasti akan terpancar kebenarannya nanti. Cuma anda semua perlu ingat walaupun anda Ultras namun anda tetap orang Malaysia, jadi jangan lupa yang kita ini orang Malaysia dan buang perasaan-perasaan negatif(seperti gila kuasa, hasad dengki, cemburu, tidak jujur dan ikhlas, budaya mengampu dsbnya) dalam diri supaya budaya songsang orang Malaysia itu tidak menyerapi dalam diri anda semua :-). 


Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi ini adalah sekadar pandangan dari seseorang yang datang ke stadium tetapi tidak berbuat apa-apa, sekadar menonton perlawanan dan bersorak bila perlu.

Sekadar tulisan dan pendapat.

13 comments:

  1. As Salam

    Good entry as expected bro. Penghormatan kepada player di dalam padang dengan cara 90 minit berdiri bersorak tanpa henti adalah cara yang mudah untuk memahami penat lelah pemain.

    Revolusi bolasepak telahpun bermula. Biarkan anak muda dengan cara mereka. Like I said, there's a huge difference between passion and obsession.

    Pada yang senior, biarkanlah kami bernafas. Jangan dinafikan cara sokongan kami.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa budaya ultras mmberikan kesan positif dlm bolasepak negara. Penyokong mcm nie la yg bg semangat kat player atas padang bukan hanya duduk dan sesekali memaki hamun pemain. Budaya duduk dan maki dah terlalu lama sangat dlm peminat bolasepak kita. Mcm mana nak maju kalau penyokong dtg stadium sekadar nak maki hamun. Bila menang semua happy, tapi bile kalah kerusi stadium dan sampah sarap jd mangsa.
    Mungkin tak ramai yang mampu ikut rentak ultras. Tapi bagi la peluang kat diorang perform untuk pasukan. Jangan la setiap kali ultras beraksi bunyi gendang pun mula berbunyi. Kalau sama tune apa salahnya, nie lagu apa pun fans x tau. Macam bunyi orang kacau daun jer.
    Saya cadangkan wakil ultras dan wakil ssfc bergabung dan bincang cara terbaik untuk berikan sokongan. At the end of the day kite semua support malaysia. Tak salah kita bergabung antara idea lama dan baru. Kalau ssfc dan ultras sama2 berganding bahu, saya percaya fenomena baru bakal melanda negara. Lebih ramai anak2 muda akan datang n support negara kita. So tak perlu kita nak bersengketa demi bolasepak negara

    ReplyDelete
  3. Posting yg memang objective dan rational dari En Rambo; seperti selalunya.

    ReplyDelete
  4. We are Malaysian...

    Dimana bumi dipijak..
    Di situ bendera di junjung!!!

    ReplyDelete
  5. jgn main kat shah alam lagi.....nampak seperti org selangor tak bersatu!!!

    ReplyDelete
  6. emm... kiranya berjuta rakyat malaysia yang tak sarung nama ultra bukan peminat bolasepak setia lah fad?... kalau macamtu saya bukanlah peminat setia ...
    -seperti mana orang kebanyakan hormat cara ultra, so rasanya ultra pun kena lah hormat cara orang lain.. saya pun nak tengok satu stadium bersorak macam geng ultra, tapi kalau selalu sangat sebut Ultra je yang best.. makin lambat jalan perjuangan geng ultra.. jalan terbaik untuk taknak kasi orang dengki, jangan kasi jalan untuk dengki.. bawak mereka sekali, bukan tinggalkan mereka.

    pasal ssfc ngan ultra saya taknak komen.. ada berbelas pintu kat stadium, duduklah lagi setempat.. biarkan group lain tak paham apa korang buat, camne nak support? .. orang kebanyakan lagi ramai dari geng ultra dan ssfc.. bawak mereka~! tunjukkan jalan~! diorang pun nak join jugak~! jangan sampai kena label syok sendiri..

    Orang kebanyakan mungkin takkan join ultra. tapi mereka akan ikut cara ultra, jika ultra memimpin sorakan dengan baik dan berjaya buat orang kebanyakan pikir mereka bersorak untuk wira di padang dan bukan kerana nama ultra.. pergi dekati mereka, bukan mereka kena dekati ultra!

    -saya orang tak pandai, kalau salah tolong tunjukkan...

    ReplyDelete
  7. sudah lah rambo..orang2 tua tu bukan reti nak bagi tunjuk ajar kat kiter orang muda nih..selama nih pun kiter berdiri atas kaki kiter sendiri jer...ajak berdamai pun tak nak lagi mau tunjuk langsi...aku bukan emo ngan pemukul gendang,cuma ni jer cara naka bagitau diorang yang diorang tu akan pupus kalau terus ber'Phd' ngan ultras...bak kata otai pengumpul mafla kita ..."if u can't beat em,join em"...

    sangat bersetuju ngan durianmaankau,ultras perlu lebih mendekati kuachi munchers,bukan mereka mendekati kiter...

    *this iz our curva-gate15-*

    ReplyDelete
  8. gua dok kat SSFC....

    bagi gua ok je...takde pon istilah tenggelamkan sape sape pon..

    satu team geng sorak satu team pukul gendang...

    satu je nak tanya pernah tak kedua dua kumpulan ini buat aktiviti bersama atau berhubungan?

    kalau tak kenal maka tak cinta....

    ****orang melayu selalu nak gaduh pasal hal yang remeh.... poor melayu

    ReplyDelete
  9. durianmangkau :- saya pun takde sarung mana-mana nama.. :-) dan saya tidak mempersoalkan tentang kesetian langsung dalam "posting" di atas :-). tapi idea awak agak bernas, mungkin pihak Ultras Malaya boleh ambil idea awak dan laksanakan.

    Gafaro :- betul jugak tu, tak kenal maka tak cinta..ada betulnya..harap-harap kedua-dua belah pihak dapat ambil cadangan Gafaro nih mungkin boleh dijadikan titik permulaan untuk kebaikan.. :-)

    ReplyDelete
  10. aku dapat peluang dok dengan kedua-dua ultras n ssfc..from ape yg aku tgk, sorie to say kepada siape yg sokong ssfc, dari gelagat diorang, aku nmpk diorang memperlekehkan Ultras..baik dr chant or movement..n gendang yg dipalu ade kadang kalanya memang bertujuan untuk mengganggu Ultras..Aku xnafikan jasa diorang dalam memeriahkan stadium, tapi kedua-dua Ultras dan SSFC patut belajar untuk wujud bersama kerana apa yang penting adalah sokongan untuk Harima Malaya kita..

    ReplyDelete
  11. hijaukuning.com lembah kelang boleh join ultra.. selamber je aku tgk hkc lk jon ngan kfs, ultra kedah ultra malaya.. kat bukit jalil masa piala aff... ada yang siap jadi kawan baik lagi dah.. . JOM bersatu semua..ULtra Malaya is extremely best...

    ReplyDelete
  12. SSFC tu memang macam tu perangai..

    bukan game pakistan je

    game2 sebelom ni pon same je perangai..

    sape p stadium n duduk di antara ultras n SSFC paham la ape maksud artikel ni...

    tak percaya p la alami sendiri...

    harap otai tapi PHD kuat..

    ape pon tak dapat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...