Assalamu'alaikum,
Aku terfikir pasal perkara ini secara tiba-tiba, lalu aku nak kongsi dengan anda semua. Baca tajuk "posting" ini, itulah perkara yang tiba-tiba muncul di kepala otak aku ini.
Aku sedia maklum bahawa mencuri itu salah dari sisi undang-undang ALLAH dan juga undang-undang ciptaan manusia. Aku juga sedia maklum mengambil sesuatu yang bukan hak milik kita adalah salah dari segi undang-undang ALLAH dan undang-undang ciptaan manusia. Aku tidak arif akan hal-hal hukum-hakam ini baik hukum dari-NYA juga hukum-hakam ciptaan saudara-saudaraku. Jadi aku meminta bantuan jika ada sesiapa yang arif akan perkara hukum-hakam ini dapat menjelaskan dengan lebih jelas. :-)
1) Adalah salah untuk kita memiliki barang curi(e.g. memiliki
motosikal curi) di sisi undang-undang ciptaan manusia
walaupun kita membeli barangan itu tanpa mengetahui ianya
dicuri, berdosakah kita jika memiliki barangan curi(e.g.
motosikal curi) itu jika kita membelinya dari seseorang
tanpa mengetahui bahawa itu adalah barangan curi?
Dan...
Adalah salah untuk kita memiliki dan membeli barangan cetak
rompak disisi undang-undang ciptaan manusia, berdosakah kita memiliki barangan cetak rompak walaupun sewaktu membelinya
kita sudah tahu bahawa barangan itu adalah barangan cetak
rompak?
Jadi...
Bagaimana pula jika kita memiliki dan membeli barangan yang
diciplak atau barangan tiruan? Berdosakah kita?
Seperti yang semua sedia maklum, barangan tiruan dan cetak rompak ini adalah barangan yang dikeluarkan atau dihasilkan tanpa kebenaran dari pemilik asal atau pencipta asal atau pemegang hak barangan itu bermaksud kita mengambil hak atau milik seseorang itu tanpa kebenarannya dan kita cuba mengaut keuntungan daripadanya.
Rumit bukan? Hah..itulah persoalan yang tiba-tiba muncul di kepala otak aku ini. Kepada sesiapa yang arif untuk menjelaskan perkara ini dipersilakan... :-)
Sekadar tulisan dan pendapat.
seni itu satu peniruan...meniru alam yg dicipta oleh Yang Maha Esa...peniaga yg mengikut "matlamat menghalalkan cara" akan berbuat apa shj demi keuntungan...x kira cetak rompak.., atau tiruan...yg menjadi mangsa adalah kita...cuba dgr lagu2 dibawah ini dan cari liriknya skali sebagai pengajaran di ms hadapan...yeahhhh
ReplyDelete- kupu kupu by kembara -
"Yang benar tetap benar
Walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah
Walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu"
- balada osman tikus by kembara -
"Tak peduli aku tetap aku
Tak peduli apa katamu
Orang boleh kaya dengan menipu
Hey brother! Bagaimana aku?"
- masing masing by kembara -
"Inilah penghidupan manusia
Masing-masing berusaha mencari bahagia
Kuasa, harta dan kemasyuran
Menjadi punca utama
Banyak perkelahian"
- bukan senang nak senang by kembara -
- perjuangan by kembara -
"Tiada ku bina istana pasir
Yang akan musnah ditelan ombak
Perjuangan ku penuh pahit getir
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan"
- biarkan luncai terjun by m.nasir
"Kita, kita bukanlah mereka
Mereka, mereka bukanlah kita
Haruskah kita jadi mereka
Mereka jadi kita
Revolusi atau hanya nafsi-nafsi
Kita kata kita melamun
Kita kata kita jakun
Kuno pasif dan irihati
Malas pula boleh dibeli
Suka berpolitik
Kau dan aku, kita
Berdiri di persimpangan
Kau di di persimpangan
Kau dan aku, kita
Dalam kemelut dan kekalutan"
- dan byk lg...
klu nk koleksi ble kowtim...kita cetak rompak...hahaha...TIADA UNDANG2 DLM HUTAN BATU...ORG BOLE KAYA DENGAN MENIPU...BAGAIMANA AKU...EKEKEKE
Awesome blog youu have here
ReplyDelete