Monday, July 25, 2011

Stadium Jalan Besar ditawan?????

Assalamu'alaikum,

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan perlawanan antara Singapura dan Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Ke-2 yang dimenangi Singapura dengan 5 gol berbalas 3. Jaringan Malaysia disempurnakan oleh Safee Sali (2 gol) dan Hadi Yahya. 

Aku sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dikongsikan mengenai pengalam aku di Stadium Jalan Besar, Singapura. Aku tidak reti untuk meletakkan pengalaman yang indah itu dalam perkataan untuk bacaan anda semua kerana mungkin ianya adalah pengalaman yang memang yang anda hanya dapat rasai jika anda berada di sana. Tiada perkataan yang boleh ditukar ganti dengan pengalaman aku di Stadium Jalan Besar.

Keghairahan untuk ke Singapura telah pun timbul sebaik sahaja wisel penamat ditiup di Stadium Perbandaran Taipei. Ianya berterusan walaupun dalam tempoh itu berbagai-bagai dugaan datang sehinggalah ke subuh 21 Syaaban 1432. Keghairahan itu meningkat dikala aku menghidupkan enjin KRISS 110 aku sehinggalah ke Bukit Jalil dan berlarutan disepanjang Lebuhraya Utara Selatan sehinggahlah tiba di Jalan Besar.

Peristiwa ini telah termasuk ke dalam kategori "Peristiwa Yang Tidak Akan Dilupakan" dalam diari hidup aku. Aku tidak membawa kamera tempoh hari, jadi aku kongsikan apa yang aku perolehi dari orang lain di sini ok;

Saat tiba di Jalan Besar;



brader nih langgar Jalan Besar ngan Supra dia weyy!!

semua dah separuh gila nih

yang ni pun tengah separuh gila

antara benda yang aku suka buat..

kalau anda nak tahu..berat sebenarnya bendera gergasi ni..
 
Keghairahan seterusnya, menunggu pintu masuk dibuka;

beratuq!!

yang ni semua dah 3 suku gila dah..lagi suku nak gila penuh

Sesudah masuk ke dalam dan menanti waktu sepak mula;

Ultras Malaya

antara penyokong yang duduk di Grandstand

rombongan SSFC

100% gila dan 100% Malaysia..tiada import

melepaskan nafsu serakah mereka sebelum perlawanan

bersatu dibawah satu bendera
Saat sepak mula;

menanti saat keluarnya Harimau Malaya

inilah dia yang digeruni sang singa

Harimau Malaya dengan Negaraku
Ketika perlawanan;

kasi panas sang singa..biasalah

insiden kecil...

biasalah lah masalah problem kecil sikit..
Selesai perlawanan;

macam kat Malaysia dah...

perselisihan kecil sahaja...

Polis Bantuan acah-acah je..

Jadi macam mana?? Adakah Stadium Jalan Besar ditawan oleh ekor-ekor Harimau Malaya?? kesian sang singa, terkejut mereka dengan kehadiran ekor-ekor Harimau Malaya temph hari. Sila klik "Today Online" untuk laporan sebuah portal internet Singapura mengenai kehadiran penyokong-penyokong Malaysia. Ini pula luahan hati dari "Lions All The Way"

Jadi telah sah dan diiktiraf bahawasanya Stadium Jalan Besar telah ditawan oleh rakyat Malaysia yang hadir pada petang itu.

28hb Julai 2011, Khamis di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:45pm...AYUH PENUHKAN STADIUM..!! :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.



 

2 comments:

  1. menarik la rambo...rentetan cerita yg teratur...
    honey pun nak upload gak gamba2 time tu tp cam xde masa jer...hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...