Wednesday, July 13, 2011

Stesen Keretapi Tanjung Pagar

Assalamu'alaikum,

Tiba-tiba teringat kenangan di Tanjung Pagar 3 tahun lepas. Stesen Keretapi yang bersejarah milik Malaysia yang terletak di Singapura. Kenangan aku tidaklah begitu banyak di sini, cuma aku memang teringat dengan satu kedai di sini yang memang menyediakan makanan kegemaranku Sup Tulang Merah. Pada aku sup tulang merah dia adalah antara yang terbaik aku penah cuba. Memang menjilat pinggan.

Ini dia restorannya, Sakinah Railway Family Restaurant;


Inilah dia Sup Tulang Merah kegemaranku..terbaekk!!!!!



ditambah pula dengan Kacang Phool...lagi menyengattt..!!!!!



kesimpulannya;



betapa gembiranya Pak Tam..hahaha..



tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja...dan yang ini juga;






Keistimewaan stesen ini ialah, jika anda berada di Singapura kemudian anda memasuki kawasan stesen ini, anda akan rasa seperti anda berada di Malaysia walaupun hakikatnya anda berada di Singapura. Aku tidak tahu mengapa, tapi itulah yang aku rasa.

Ini merupakan kali pertama aku jejak kaki ke Stesen Keretapi Tanjung Pagar bersama dengan sahabat, Rostam dalam satu epik perjalanan yang sangat menarik..hehehe ;-) Tanpa kami sangka itu adalah kali terkahir kami dapat menikmat sup tulang merah di situ kerana selepas itu restoran itu ditutup.


Selamat Tinggal Tanjung Pagar!!!!

2 comments:

  1. pernah g jgk stesen tnjung pagar ni..tp bkn tgk bola..jln2x je..skng da jd milik singapore da kn stesen ni?

    ReplyDelete
  2. ramlee bin pawanchikOctober 16, 2015 at 3:54 PM

    aku pernah kerja kat stesen ni tahun 1989, sungguh sedih apabila stesen ini ditutup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...