Thursday, July 28, 2011

PATRIOTISME..HORMAT..HAK

Assalamu'alaikum,

Kecoh sekarang nih, tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil telah habis dijual..tu diaa...memang mengancam habis. Aku memang tak sangka perkara ni boleh berlaku. Apa-apa pun aku sangat gembira dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah membeli dan ianya bererti anda menyokong pasukan Harimau Malaya kita. 

Ok berbalik pada topik..aku rasa tragedi tiket habis yang berlaku sekarang nih ada kena mengena dengan perkataan P.A.T.R.I.O.T.I.S.M.E yang telah keluar dari mulut KingGobal sewaktu komen beliau tentang perlawanan persembahan dengan kelab dari BPL tempoh hari. Pada pandangan aku..mereka yang digelar tidak patriotik oleh KingGobal merasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa tak kira mereka sokong Arsenal, Liverpool atau Chelsea..mereka tetap patriotik dengan cara membanjiri Stadium Nasional untuk perlawanan penentuan malam nanti. Ini hanya pandangan aku lah..sebabnya dari pemerhatian aku, ramai yang kecoh-kecoh dekat FB masa perlawanan Arsenal, Liverpool dan Chelsea tempoh hari..kini tengah sibuk kecoh-kecoh pasal nak ke stadium malam nih..hehehe. Satu perkara yang baik dan positif aku boleh cakap..tahniah sekali lagi.

Yang kedua..H.O.R.M.A.T. Pada pandangan aku, komen Rajagobal dan Safee Sali itu ada salahnya jugak..kerana kenapa mereka nak kaitkan jaringan 3 gol itu dengan mereka sebagai peminat Manchester United. Tambah-tambah lagi cakap kat penyokong Liverpool..kan ke rival kedua-dua team nih..itu lah sebab aku cakap kena hormat..coach dan striker nih sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat statement selepas ini. Contoh..saya bagi contoh kat sini, kapten Singapura telah membuat isyarat "L" (LOSER) kepada penyokong Malaysia di Jalan Besar tempoh hari..itu kira tak hormat penyokong lah tuh..dan akibatnya depa kena baling ayaq oleh penyokong Malaysia..nampak tak kat situ..kalau tak hormat..apa boleh jadi..nampak tak?? Jadi untuk kes Rajagobal dan Safee nih pulak..akibatnya, timbul lah pelbagai page di FB yang meminta supaya Rajagobal dan Safee memohon maaf kepada penyokong Liverpool dan Pemain Malaysia Hilang Hormat Kami..tak ke busy dah tuh..tak pasal-pasal mereka dah dibenci oleh penyokong-penyokong kelab Inggeris nih..yang kebanyakkannya berIC biru..dah jadi hal pulak dibenci rakyat sendiri..peningg!!!

Itu satu hal lah..coach dan player kena hormat penyokong..tapi jangan lupa penyokong juga kena hormat player..apa perasaan Van Persie bila keluar dari terowong Stadium Emirates dan tengok keliling warna purple?? tiba jek kan?? bukan warna Arsenal tu kan..itu sebenarnya moral pemain tuh..warna dan baju anda di stadium adalah suntikan moral kepada pemain sebenarnya..lu nak cakap lu tak pakai baju Malaysia tapi jiwa lu Malaysia..memang lah betul..tapi pemain yang kat padang tu macam mana nak nampak jiwa lu yang Malaysia tuh?? cuba pikir?? jadi apa yang kita pakai dan warna yang kita bawa ke stadium untuk pasukan kita itu penting sebenarnya. Ini tidak..cam itu hari..Malaysia lwn Taiwan..satu group datang ngan baju Liverpool, ada yang baju Chelsea..ada yang baju Man Utd..ada yang Arsenal..apahal?? Liverpool main ke dek non oii?? Man U main ke?? Chelsea main ke?? Arsenal punya game ke?? tak relevan kan?? mesti lu orang akan jawab yang "itu hak kami lah nak pakai apa" hehe..takpe pasal hak nih nanti aku akan jawab kat bawah..tunggu jek..satu lagi kes..diaorang bengang bila Safee score tapi tak celebrate ngan penyokong..adoiiyai..macam yang aku cakap lah..bila dia score..dia lari tengok semua kaler pelik..apa ke jadahnya nak celebrate nok!! celebrate tengah padang je lah..HAK dia lah kan nak celebrate kat mana pun..kan?? haha..macam korang jugak ada hak nak pakai baju apa pun..nanti jap sikit lagi..aku nak masuk pasal hak kat bawah nanti..tapi kat sini aku nak pesan dan tegaskan..PENYOKONG perlu hormat PEMAIN...dan PEMAIN juga perlu hormat penyokong..faham??

Ok..benda nih memang aku nak highlight..korang usha dulu video kat bawah nih;


ini jugak...




Part 2 nye..siap ada sambungan..


Aku tak tahu lah jika benda nih sebenarnya diaorang dah setting..berlakon jek untuk suka-suka ke..aku tak tau lah kan..tapi apa yang aku nak persoalkan di sini ialah..APA HAK LU ORANG NAK SURUH MAMAT YANG PAKAI BAJU MAN UTD NIH BUKAK BAJU DIAORANG???? Diaorang tak pakai baju nih dekat Anfield mahupun Stamford Bridge. Aku salute semangat korang untuk pertahankan HOME GROUND korang tapi meh sini aku nak sekolahkan korang sikit mengenai HOME GROUND. Liverpool punya HOME letak sana ANFIELD...Chelsea pulak ada sana STAMFORD BRIDGE..makanya kalau itu bangang Man U fans masuk kandang lu orang dekat sana..gua tak kisah lu orang nak bogel sama dia ka..lu orang nak letup ka..nak lauk ka..tapi sekarang nih..apa alasan lu orang buat dua mamat Man U tu macam tu dekat STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL iaitu HOME OF HARIMAU MALAYA..MALAYSIA NATIONAL TEAM..apa alasan lu orang??? cuba cita sama gua sikit?? Itu stadium semua rakyat Malaysia punya..dia mau masuk ikut suka dia lah mau pakai apa..lu apasal mau paksa dia bukak baju dia plak?? apa hak lu?? mak bapak diaorang bayar cukai jugak..lu orang pun sama jugak..jadi apa HAK lu orang nak buat cam tu kat diaorang???

Senang cita macam nih lah kan..sebab lu orang gila-gila nya nak pertahankan lu orang punya ground kan..gua pun rasanya nak pertahankan gua punya ground. Gua punya HOME GROUND adalah STADIUM SHAH ALAM & STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL sebab dua pasukan kesayangan gua punya rumah. Jadi gua mau kasi pesan KHAS sama semua LIVERPOOL FANS dan CHELSEA FANS..lu orang jangan masuk HOME GROUND gua dengan baju yang melambangkan kelab lu orang..pasal lu orang sudah mula dan lu orang boleh buat..kenapa gua tak boleh buat?? gua pun nak pertahankan maruah HOME GROUND gua jugak!! so apa kata lu orang??? ada berani sahut cabaran gua nih??? ke kecut?? gua cakap serius nih..gua nampak..gua akan buat seperti mana yang lu orang buat dekat mamat berdua tuh..kalau lu orang rasa tak puas hati dengan gua..lu orang tak payah lah busy-busy pegi buat page..lu orang ada telur..lu orang cari gua..kita cerita tengok macam mana boleh setel..FACE TO FACE..jangan jadi bacul nak create-create page apa bagai..lu berani suruh dia bukak baju..mesti lu orang berani nak datang gegar gua jugak kan?? 

Gua pun malas nak pening kepala..kesimpulan dari cerita di atas ialah RAKYAT MALAYSIA SANGGUP BENCI MEMBENCI, BERGADUH SESAMA SENDIRI DEMI MEMPERTAHANKAN ORANG LUAR..BUKANNYA ANAK BANGSA MALAYSIA SENDIRI..TAPI SINI GUA NAK ISYTIHAR;

MULAI DENGAN PERLAWANAN MALAYSIA & SINGAPURA PADA 28hb JULAI 2011 DI STADIUM BUKIT JALIL, GUA AKAN PERTAHANKAN HOME GROUND GUA DARI ANASIR-ANASIR YANG TAK RELEVAN DENGAN PASUKAN KESAYANGAN GUA!!
PENGUMUMAN INI KHAS DAN HANYA UNTUK SEMUA PENYOKONG LIVERPOOL & CHELSEA DI MALAYSIA INI...LU ORANG MASUK RUMAH GUA DENGAN BAJU LIVERPOOL ATAU CHELSEA LU ORANG..GUA AKAN KASI LU ORANG RASA MACAM MANA LU ORANG BUAT SAMA ITU DUA BUDAK!! KASI INGAT RUMAH GUA STADIUM SHAH ALAM & STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL..ADA MASA SINGGAH LAH!!

Mesti yang lain akan cakap.."Eh yang buat tu bukan kitaorang lah..kitaorang takde kene mengena pun"..gua nak jawab "Kerana Nila Setitik..Rosak Susu Sebelanga"...

KALAU LU ORANG NAK ORANG HORMAT LU ORANG..PASTIKAN LU ORANG HORMAT ORANG DULU..JADI SILA SALING HORMAT MENGHORMATI..

Selama nih gua hormat je lu orang datang stadium tengok Selangor main Malaysia main tapi pakai baju team luar..walaupun gua sakit hati tengok..tapi gua hormati hak lu orang dan kebebasan lu orang..tapi lu orang yang kasi mula dan melampaui batas..macam gua cakap..kalau di Anfield atau Stamford Bridge gua tak kisah..itu lu orang punya suka..tapi ini rumah gua..

AYUH SEMUA PENYOKONG MALAYSIA..KITA KE STADIUM NASIONAL MALAM INI DENGAN WARNA KERAMAT KITA...KUNING..HITAM..AYUH SEMUA..!!

Monday, July 25, 2011

Stadium Jalan Besar ditawan?????

Assalamu'alaikum,

Semua sudah sedia maklum dengan keputusan perlawanan antara Singapura dan Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Ke-2 yang dimenangi Singapura dengan 5 gol berbalas 3. Jaringan Malaysia disempurnakan oleh Safee Sali (2 gol) dan Hadi Yahya. 

Aku sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dikongsikan mengenai pengalam aku di Stadium Jalan Besar, Singapura. Aku tidak reti untuk meletakkan pengalaman yang indah itu dalam perkataan untuk bacaan anda semua kerana mungkin ianya adalah pengalaman yang memang yang anda hanya dapat rasai jika anda berada di sana. Tiada perkataan yang boleh ditukar ganti dengan pengalaman aku di Stadium Jalan Besar.

Keghairahan untuk ke Singapura telah pun timbul sebaik sahaja wisel penamat ditiup di Stadium Perbandaran Taipei. Ianya berterusan walaupun dalam tempoh itu berbagai-bagai dugaan datang sehinggalah ke subuh 21 Syaaban 1432. Keghairahan itu meningkat dikala aku menghidupkan enjin KRISS 110 aku sehinggalah ke Bukit Jalil dan berlarutan disepanjang Lebuhraya Utara Selatan sehinggahlah tiba di Jalan Besar.

Peristiwa ini telah termasuk ke dalam kategori "Peristiwa Yang Tidak Akan Dilupakan" dalam diari hidup aku. Aku tidak membawa kamera tempoh hari, jadi aku kongsikan apa yang aku perolehi dari orang lain di sini ok;

Saat tiba di Jalan Besar;



brader nih langgar Jalan Besar ngan Supra dia weyy!!

semua dah separuh gila nih

yang ni pun tengah separuh gila

antara benda yang aku suka buat..

kalau anda nak tahu..berat sebenarnya bendera gergasi ni..
 
Keghairahan seterusnya, menunggu pintu masuk dibuka;

beratuq!!

yang ni semua dah 3 suku gila dah..lagi suku nak gila penuh

Sesudah masuk ke dalam dan menanti waktu sepak mula;

Ultras Malaya

antara penyokong yang duduk di Grandstand

rombongan SSFC

100% gila dan 100% Malaysia..tiada import

melepaskan nafsu serakah mereka sebelum perlawanan

bersatu dibawah satu bendera
Saat sepak mula;

menanti saat keluarnya Harimau Malaya

inilah dia yang digeruni sang singa

Harimau Malaya dengan Negaraku
Ketika perlawanan;

kasi panas sang singa..biasalah

insiden kecil...

biasalah lah masalah problem kecil sikit..
Selesai perlawanan;

macam kat Malaysia dah...

perselisihan kecil sahaja...

Polis Bantuan acah-acah je..

Jadi macam mana?? Adakah Stadium Jalan Besar ditawan oleh ekor-ekor Harimau Malaya?? kesian sang singa, terkejut mereka dengan kehadiran ekor-ekor Harimau Malaya temph hari. Sila klik "Today Online" untuk laporan sebuah portal internet Singapura mengenai kehadiran penyokong-penyokong Malaysia. Ini pula luahan hati dari "Lions All The Way"

Jadi telah sah dan diiktiraf bahawasanya Stadium Jalan Besar telah ditawan oleh rakyat Malaysia yang hadir pada petang itu.

28hb Julai 2011, Khamis di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:45pm...AYUH PENUHKAN STADIUM..!! :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.



 

Wednesday, July 13, 2011

Stesen Keretapi Tanjung Pagar

Assalamu'alaikum,

Tiba-tiba teringat kenangan di Tanjung Pagar 3 tahun lepas. Stesen Keretapi yang bersejarah milik Malaysia yang terletak di Singapura. Kenangan aku tidaklah begitu banyak di sini, cuma aku memang teringat dengan satu kedai di sini yang memang menyediakan makanan kegemaranku Sup Tulang Merah. Pada aku sup tulang merah dia adalah antara yang terbaik aku penah cuba. Memang menjilat pinggan.

Ini dia restorannya, Sakinah Railway Family Restaurant;


Inilah dia Sup Tulang Merah kegemaranku..terbaekk!!!!!



ditambah pula dengan Kacang Phool...lagi menyengattt..!!!!!



kesimpulannya;



betapa gembiranya Pak Tam..hahaha..



tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja...dan yang ini juga;






Keistimewaan stesen ini ialah, jika anda berada di Singapura kemudian anda memasuki kawasan stesen ini, anda akan rasa seperti anda berada di Malaysia walaupun hakikatnya anda berada di Singapura. Aku tidak tahu mengapa, tapi itulah yang aku rasa.

Ini merupakan kali pertama aku jejak kaki ke Stesen Keretapi Tanjung Pagar bersama dengan sahabat, Rostam dalam satu epik perjalanan yang sangat menarik..hehehe ;-) Tanpa kami sangka itu adalah kali terkahir kami dapat menikmat sup tulang merah di situ kerana selepas itu restoran itu ditutup.


Selamat Tinggal Tanjung Pagar!!!!

Monday, July 04, 2011

Bersih Ke Kotor?

Assalamu'alaikum,

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa, cuma aku nak kongsi dengan anda semua satu video ini;


Jadi selepas ini bila kita makan atau membeli makanan beringat-ingat lah... ;-)

Sekadar tulisan dan pendapat

Malaysia lwn Taiwan - Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 (Bahagian 2)

Assalamu'alaikum,

Aku tak nak berbicara tentang perlawanan kerana pastinya ramai diluar sana yang lebih arif tentang taktikal dan sebagainya. 

Memang benar permainan skuad kendalian KingGobal itu tadi tidak berada pada tahap yang sepatutnya tetapi perkara itu kadangkala memang berlaku dalam sesebuah perlawanan. Sedangkan juara dunia 2010 pun tewas dalam perlawanan pembukaan, tapi mereka bangkit dan terus menang Piala Dunia selepas itu. 

Yang aku tak faham, sikap sesetengah "Freelance Coach" di Malaysia ni. Ada saja yang tak kena dengan permainan Malaysia. Pelik aku dengan sikap sesetengah orang Malaysia ni. Apa yang diaorang nak pun aku tak tahu lah.

Aku rasa para pemain semua pun sedar kesilapan mereka sebenarnya, ini dapat kita lihat dari reaksi mereka selepas perlawanan tadi, mereka memang nampak kurang gembira walaupun layak ke pusingan seterusnya. Jadi pada aku ianya satu perkembangan yang bagus, bermakna pemain sedar yang mereka sepatutnya berkemampuan untuk membuat lebih baik dari itu, jadi apa kata kita biarkan KingGobal dengan konco-konconya serta anak buahnya membuat kerja mereka dan kita buat sahaja kerja kita. 

Skuad Malaysia telah pun membuatkan penantian kita selama 20 tahun untuk satu Pingat Emas di Sukan SEA berakhir, kemudian penantian selama 14 tahun untuk menjadi Juara ASEAN juga berakhir dan kali ini penantian selama 34 tahun untuk melepasi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia juga telah berakhir. Jadi apa lagi yang anda semua inginkan? "Rileks lah brader and sister" nak sampai puncak gunung bukan senang, perlu mendaki dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kita yang kat kaki gunung melihat ni perlulah memberikan semangat dan sokongan, jangan asyik tahu nak memaki hamun dan memberikan semangat negatif sahaja. Yang kat atas padang tu bukan orang lain, orang kita juga, warna kad pengenalan semua sama dengan kita jadi apa salahnya kalau kita bagi semangat positif pada mereka.

Sekarang nih sejarah telah pun terlakar walau anda cakap "alaa menang away goal boleh lah", atau nak maki ke, nak cakap Malaysia main teruk ke, aku tak peduli, aku tahu Malaysia telah melepasi pusingan pertama dan sejarah telah dicipta ketika aku masih bernyawa.
Akhir kata; 

TAK PEDULI APA ORANG NAK KATA...
TAK PEDULI WALAU BUKAN JUARA...
AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA...
AKU RELA MATI PERTAHANKANNYA... 

SYABAS KEPADA SEMUA PENYOKONG MALAYSIA YANG TELAH BESUSAH PAYAH KE TAIWAN UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN HARIMAU MALAYA KITA DI SANA..DAN TAHNIAH UNTUK SEMUA PENYOKONG MALAYSIA TAK KIRA DI MANA!!KALAU KITA SELALU BERSAMA DENGAN MEREKA YANG SAMA WARNA KAD PENGENALAN DENGAN KITA..LEBIH DARI INI KITA BOLEH CAPAI!! AuuUUUmmMMM!!! AuuUUUmmMMM!!! AuuUUUmmMMM!!!

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

Friday, July 01, 2011

Malaysia lwn Myanmar - Persahabatan

Assalamu'alaikum,

Dua minggu yang lalu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV telah berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara pasukan Malaysia dan Myanmar dalam persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014.

Aku berangkat dengan bas pada Jumaat malam bersama rombongan ke-3 Ultras Malaya dari Shah Alam. Dua rombongan telah bergerak dahulu pada Khamis malam. 

Hujan sangat lebat menemani semua penyokong-penyokong Malaysia di Kota Bharu. Aku pun malas nak menaip panjang(Shah Amirul cakap suruh kongsi gambar sahaja)walaupun benda ni dah nak basi tetapi silakan;

mereka-mereka...









menggila...














hasil kegilaan itu...

dan kegirangan...





dan video;




itu sahaja yang aku nak kongsi...


Sekadar tulisan dan pendapat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...