Tuesday, September 18, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 12-

Assalamu'alaikum,

Lama sungguh tak menulis dan kali ini pun memang sengaja luangkan masa untuk kongsi satu benda nih.

Nasib pemain-pemain bolasepak di Malaysia, kesian sebenarnya bila tengok nasib pemain-pemain di Malaysia nih.

Ezmi Md Jan
Itu bekas pemain Selangor(1999) dan Perlis(2000) sebelum bermain untuk MPSJ dalam Liga FAM.


Ezmi Md Jan
Itu juga dia setelah berhenti bermain bolasepak kerana menghidapi kanser hidung dan kini berada pada tahap 4.

Kini tidak lagi bekerja di MSPJ kerana tidak berkemampuan untuk bekerja.

Apa yang aku nak kata kat sini ialah, nasib pemain-pemain kita di Malaysia nih apabila waktu mereka bermain mereka tidak dibayar dan dijaga sewajarnya jadi di masa hadapan mereka terpaksa menagih simpati orang ramai bagi meneruskan kehidupan apatah lagi bila ada yang mengalami nasib sebegini.

Ditempat lain pemain profesional menggunakan duit mereka untuk membantu masyarakat tetapi di Malaysia masyarakat terpaksa membantu pemain-pemain profesional ini bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Pengurusan??? Diaorang jarang susah, diaorang selalu senang lenang. Pernah kita dengar di Malaysia nih Presiden FA sakit kronik dan memerlukan bantuan untuk merawat sakit mereka?? Pernah tak?? Baik Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ahli Exco dan sebagainya semua dijaga dengan baik dan mereka ini boleh buat duit untuk masa depan mereka ketika menerajui FA. Tetapi berlainan dengan pemain-pemain yang dikerah, baik yang umur 12, 14, 15, 16, 18 hinggalah ke umur bersara. Yang mana bernasib baik, untunglah, yang mana kurang bernasib baik?? gaji tak dibayar, elaun bertahun-tahun tertunggak, insurans ntah ada ntah tidak, habis mereka semua nih nak makan apa?? anak bini nak di suap rumput padang??

Inilah nasib pemain-pemain bolasepak di Malaysia...

Untuk pengetahuan anda ex-Selangor akan menentang MPSJ dalam satu perlawanan amal bagi membantu meringankan beban keluarga Ezmi Md Jan.

Nak tunggu FAS, FAM, PFA?? hurmmm...YAKEB??? hurmm..katanya kalau YAKEB nak bantu sekurang-kurangnya perlu main kebangsaan untuk peringkat Sukan SEA...hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......

Jadi semua bekas pemain ini mengambil inisiatif sendiri untuk membantu rakan mereka dengan mengadakan perlawanan amal. Jadi bagi sesiapa yang kelapangan boleh lah ke Stadium MPSJ untuk menyokong dan membantu sekadar boleh. Butiran seperti di bawah;

ex-Selangor lwn MPSJ
Stadium MPSJ Subang Jaya
19hb September 2012(Rabu)
8:00pm

Antara pemain yang ada;

Aiman Firdaus Tan, Rauf Ahmad, Fareed Shah, Nazzab Hidzan, Zami Md Nor, Nazrul Erwan, Nidzam Jamil dll

Sekadar tulisan dan pendapat.

6 comments:

  1. yakeb ni da mcm sekadar bende politik je..nak bantu tp x menyeluruh...

    ReplyDelete
  2. Syabas atas initiatif ini. Semoga dapat sambutan & dapat kumpul seberapa banyak yang boleh. Don' worry people sesiapa yang diberi amanah tapi tak jalankan tanggungjawab dengan jujur dan beramanah maka mereka akan terima balasannya tidak di dunia nanti dinakhirat, insya'ALLAH. Orang- orang macam ni tak guna kita ingatkan , perli atau even marah, buang masa buang tenaga, dah memang dia orang yang berkuasa buta, tuli, bebal dan lupa diri. Hati mereka memang dah tak ingat lagi tentang tujuan mereka memegang jawatan mereka. Kita semua doa banyak-banyakmuntuk orang-orang yang ditimpa musibah, dugaan hebat dan mereka yang dianiaya.

    ReplyDelete
  3. salam tuan,

    apa kah ada cara untuk saya menyumbang kepada player yg di nyata kan di atas.
    subhanallah moga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan seberat ini.
    harap tuan dpt kongsikan number account bank player di atas.

    ReplyDelete
  4. Bagus cadangan di atas ini, sesiapa yang ingin menyumbang selepas membaca blog ini bolehlah berbuat demikian kalau ada number account bank. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. ACC : SITI MARIAM BT MD JAN (Adik kepada Ezmin Md Jan)
    162076594008 (MAYBANK)
    Alamat : 1332 KG SENTOSA BATANG KALI
    No. Telefon : 0360571804

    ReplyDelete
  6. salam. 21st oct 2012 kita ada buat charity drive utk ezmi. bole bagi email tak nak bagi flyers?

    boleh refer kat twitter #ezmicharitydrive

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...