Monday, July 04, 2011

Malaysia lwn Taiwan - Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 (Bahagian 2)

Assalamu'alaikum,

Aku tak nak berbicara tentang perlawanan kerana pastinya ramai diluar sana yang lebih arif tentang taktikal dan sebagainya. 

Memang benar permainan skuad kendalian KingGobal itu tadi tidak berada pada tahap yang sepatutnya tetapi perkara itu kadangkala memang berlaku dalam sesebuah perlawanan. Sedangkan juara dunia 2010 pun tewas dalam perlawanan pembukaan, tapi mereka bangkit dan terus menang Piala Dunia selepas itu. 

Yang aku tak faham, sikap sesetengah "Freelance Coach" di Malaysia ni. Ada saja yang tak kena dengan permainan Malaysia. Pelik aku dengan sikap sesetengah orang Malaysia ni. Apa yang diaorang nak pun aku tak tahu lah.

Aku rasa para pemain semua pun sedar kesilapan mereka sebenarnya, ini dapat kita lihat dari reaksi mereka selepas perlawanan tadi, mereka memang nampak kurang gembira walaupun layak ke pusingan seterusnya. Jadi pada aku ianya satu perkembangan yang bagus, bermakna pemain sedar yang mereka sepatutnya berkemampuan untuk membuat lebih baik dari itu, jadi apa kata kita biarkan KingGobal dengan konco-konconya serta anak buahnya membuat kerja mereka dan kita buat sahaja kerja kita. 

Skuad Malaysia telah pun membuatkan penantian kita selama 20 tahun untuk satu Pingat Emas di Sukan SEA berakhir, kemudian penantian selama 14 tahun untuk menjadi Juara ASEAN juga berakhir dan kali ini penantian selama 34 tahun untuk melepasi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia juga telah berakhir. Jadi apa lagi yang anda semua inginkan? "Rileks lah brader and sister" nak sampai puncak gunung bukan senang, perlu mendaki dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kita yang kat kaki gunung melihat ni perlulah memberikan semangat dan sokongan, jangan asyik tahu nak memaki hamun dan memberikan semangat negatif sahaja. Yang kat atas padang tu bukan orang lain, orang kita juga, warna kad pengenalan semua sama dengan kita jadi apa salahnya kalau kita bagi semangat positif pada mereka.

Sekarang nih sejarah telah pun terlakar walau anda cakap "alaa menang away goal boleh lah", atau nak maki ke, nak cakap Malaysia main teruk ke, aku tak peduli, aku tahu Malaysia telah melepasi pusingan pertama dan sejarah telah dicipta ketika aku masih bernyawa.
Akhir kata; 

TAK PEDULI APA ORANG NAK KATA...
TAK PEDULI WALAU BUKAN JUARA...
AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA...
AKU RELA MATI PERTAHANKANNYA... 

SYABAS KEPADA SEMUA PENYOKONG MALAYSIA YANG TELAH BESUSAH PAYAH KE TAIWAN UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN HARIMAU MALAYA KITA DI SANA..DAN TAHNIAH UNTUK SEMUA PENYOKONG MALAYSIA TAK KIRA DI MANA!!KALAU KITA SELALU BERSAMA DENGAN MEREKA YANG SAMA WARNA KAD PENGENALAN DENGAN KITA..LEBIH DARI INI KITA BOLEH CAPAI!! AuuUUUmmMMM!!! AuuUUUmmMMM!!! AuuUUUmmMMM!!!

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. Yup, setuju dengan pendapat dlam entry nie..kita sebagai rakyat Malaysia kena lah soong pasukan kita sendiri tak gitue..?
    ~Saya sentiasa akan doakan kejaayaan pasukan bola sepak malaysia~

    ReplyDelete
  2. betul2...setuju...jom g Singapore lagi!!!!!! Auuummmmmmmm!!! =))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...