Thursday, June 30, 2011

Malaysia lwn Taiwan - Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014

Assalamu'alaikum,

Aku tak nak cerita mengenai perlawanan, pemain tetapi cuma aku nak cakap yang aku sangat bangga dengan sebegitu ramai penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan dan menyokong Harimau Malaya. Walaupun tidak penuh stadium namun aku rasa bulu roma aku naik sedikit semalam (tidak seperti perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010) namun memang aku sangatlah gembira melihat kehadiran yang sebegitu ramai pada hari bekerja.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENYOKONG YANG HADIR...TAHNIAH KEPADA DIRI KITA SENDIRI..!!!

TERUSKAN SOKONGAN KITA!! 

Aku masih lagi tersenyum dikala aku menaip, senyum sejak dari semalam..hahaha


WoooOOOooo...MA..LAY..SIA..!!!

Thursday, June 16, 2011

Makan Suap

Assalamu'alaikum,

Aku bangun pagi hari ini, kecoh pasal gejala makan suap dikalangan pemain skuad Malaysia dan Malaysia U-23. Huh!! Terkejut? Rasanya tidak, kerana gejalan makan suap ini tidak boleh dipisahkan sebenarnya dari dunia sukan baik bolasepak atau apa acara sekalipun. Klik Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk sedikit berita mengenai gejala ini.

Pendapat aku tentang ini, ada ke liga atau perlawanan yang bersih dari rasuah di dalam dunia ini? Aku rasa gejala ini ada di mana-mana dan terpulang kepada individu samaada mahu terlibat ataupun tidak.

Persoalannya di sini ialah, jika di BPL, La Liga, Serie A, Liga J atau skuad kebangsaan Sepanyol atau Brazil atau Korea Selatan mengamalkan atau terjebak dengan gejala makan suap ini, tapi lihat kemajuan liga mereka dan di manakah ranking Sepanyol, Brazil dan Korea Selatan?

Maksud aku di sini ialah, bukan menuduh yang mereka semua ini terbabit dengan rasuah tetapi jika ada sekalipun mereka terbabit namun bolasepak mereka maju, mereka bermain dalam Piala Dunia, pemain mereka bertaraf dunia. Kita di Malaysia? Sudahlah liga hambar, tiada kemajuan dalam bolasepak tempatan, "ranking" dunia mencapai 3 angka dan bila makan hendak bersuap pula.

hish!! makan suap!!
Aku menyokong usaha FAM untuk membanteras rasuah dan melancarkan kempen INTEGRITI bagi menangani gejala ini, tapi apa yang aku tidak berpuas hati, pandai pula pihak pengurusan FAM membuat kerja. Tetapi mengapa dan bagaimana pula dengan kerja-kerja mempromosikan Liga Malaysia, menaikkan martabat bolasepak Malaysia?

Pada aku isu rasuah ini adalah isu lapok dan isu ini ada dalam semua liga dan bolasepak di dalam dunia ini. FAM patut lebih fokus untuk naikkan taraf Liga Malaysia dan "ranking" Skuad Harimau Malaya dengan serius sebagaimana fokus dan seriusnya mereka menangani gejala rasuah ini.

Kesimpulannya mudah, "lu orang nak makan suap ke, nak atur perlawanan ke itu lu orang punya pasal. Nanti lu orang jawab sama DIA, gua tak campur tapi yang gua tau, gua nak LIGA-M maju dan meriah dan gua tau gua nak ranking Malaysia naik, dan gua nak Malaysia jadi juara Asia dan seterusnya dunia. Gua tegaskan di sini gua benci dengan orang yang dah besar panjang tapi masih nak makan suap, makan sendiri lah weyyy!! dah besar!!" 

Wednesday, June 15, 2011

OK ke TAK OK??

Assalamu'alaikum,

Aku cuma nak kongsi satu ruangan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15hb Jun 2011;


Apa pendapat anda tentang kartun di atas? Disaat anda membacanya apa yang terlintas dalam fikiran anda?

Bila aku baca, aku faham yang disebelah kiri tu adalah berdasarkan undang-undang ALLAH dan disebelah kanan adalah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia yang diluluskan oleh manusia juga. Aku juga faham yang undang-undang disebelah kiri itu tidak dapat melindungi wanita yang dirogol itu manakala undang-undang sebelah kanan itu pula boleh melindungi wanita yang dirogol.


Persoalannya, apakah motif kartun ini? apakah yang cuba dibuktikan oleh sang penulis ini? Apa pendapat anda?


Sekadar tulisan dan pendapat.

Thursday, June 02, 2011

Kenapa...Mengapa??? -Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Aku tengah rajin nak menaip, jadi aku teruskan sahaja sambungannya walaupun sebenarnya tiada sambungan tetapi tiba-tiba ada benda berlegar-legar di kepala otak. 

Aku harap di sini semua penyokong dan peminat pasukan Arsenal, Chelsea ataupun Liverpool tidak salah anggap dengan aku. Aku sebenarnya bukan dengki jauh sekali hendak marah kepada anda semua. Pada aku terpulang kepada individu untuk menyokong sesiapa sahaja kerana itu adalah hak anda. Pendapat aku ini bukan bererti aku membenci BPL, La Liga, Serie A, Ligue 1 dan sebagainya tetapi ianya sekadar pendapat aku dan apa yang sedang aku fikirkan. 

Apa yang sedang aku fikirkan sebuah badan induk yang diiktiraf FIFA dan ditadbir oleh orang bijak pandai boleh membiarkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan tentang martabat dan kepentingan Skuad Harimau Malaya ini. KENAPA? MENGAPA?

Bukan aku hendak menghalang kedatangan pasukan gergasi dari Eropah dan membenci mereka, tidak sama sekali, cuma kedatangan mereka kali ini tidak kena pada waktunya. Kebencian aku sebenarnya adalah kepada juragan-juragan yang mempersetujui agar Skuad Harimau Malaya kesayangan kita semua ini dibabitkan dalam kegiatan pelacuran. Rakyat bolasepak dipaksa secara sukarela untuk melanggan pelacur dari Eropah untuk dilacurkan bersama secara terbuka di sebuah gelanggang nasional.

YA!!! Sememangnya aku tidak berpuashati dengan FAM yang telah merelakan perkara ini berlaku atas dasar dan sebab wang ringgit dengan alasan ianya akan digunakan untuk pembangunan sukan. Cuba kita semua fikir, tidak kiralah anda penyokong Chelsea ke, Liverpool ke, Arsenal ke, Perak ke, Kelantan ke, Selangor ke, Persija ke, Pelita Jaya ke, Nagoya Grampus Eight ke, Werder Bremen ke, Santos ke, Riverplate ke, fikirkan, ini bukan kali pertama kelab dari Eropah datang ke Malaysia untuk menentang Malaysia secara paksa. Arsenal pernah ke sini dahulu, Boca Juniors juga pernah hadir, begitu juga Dundee United, Manchester United, mereka semua dibayar untuk datang atas alasan pemain boleh menimba pengalaman dan demi kemajuan bolasepak negara. Tapi fikir dan renungkan, sejak dari dulu sampai sekarang dekat mana kita berada dalam "ranking" FIFA? Apa kemajuan yang telah diperolehi dari perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab gergasi dari luar? Tiada bukan, jadi bagi aku, semua ini adalah untuk keuntungan sesetengah pihak sahaja. Yang untung hanya syarikat penganjur yang bertindak menganjurkan perlawanan persahabatan ini serta FAM. Bolasepak kita? Liga kita? masih di tahap yang sama malah lebih merudum jatuh.

Walaupun anda ini semua penyokong tegar Arsenal, Chelsea dan Liverpool, tidakkah anda terasa yang anda ini telah dipergunakan oleh mereka-mereka ini untuk mengaut keuntungan. Anda membayar harga tiket yang tinggi dengan alasan untuk melihat pemain-pemain kesayangan anda beraksi dengan mutu permainan yang ditahap tinggi tetapi sedarkah anda bahawa mereka tidak akan mempamerkan aksi 100% atau 200% sebagaimana mereka beraksi saban minggu dikaca televisyen. Jadi mutu permainan apa yang anda nak tengok? Kehebatan apa yang anda nak tonton? Kalau anda ke Anfield atau Stamford Bridge atau ke Emirates Stadium barulah anda boleh katakan yang anda ingin melihat kehebatan Torres ataupun Van Persie ataupun Gerrard kerana mereka akan memberikan 100% malah lebih daripada itu.

Pernah kita dengar England menentang Real Madrid, atau Jepun menentang Barcelona? Kenapa tidak? Sedangkan kelab-kelab tersebut mempunyai peminat yang ramai di negara-negara yang disebutkan. Ini kerana FA of England dan Jepun menjaga prestij dan martabat bolasepak negara mereka serta skuad negara mereka, lihat di mana mereka berada sekarang, tahap sukan bolasepak negara mereka berada di mana, liga mereka bagaimana. Jadi dengan membawa pasukan-pasukan ternama dari Eropah mahupun dari mana-mana sekalipun tidak akan membantu dalam pembangunan sukan bolasepak sesebuah negara. Jadi mengapa perlu kita sebagai rakyat Malaysia membelanjakan wang yang banyak hanya untuk merosakkan negara sendiri dan juga merosakkan orang kita sendiri dan selepas itu bercerita dan bersungut di kedai-kedai mamak mengenai mutu bolasepak Malaysia, mengenai liga kita yang hambar, tapi sedarkah anda, apa sumbangan anda terhadap kemajuannya? dengan memberikan wang hasil titik peluh anda, jerih payah anda ke pejabat setiap hari dirampas sebahagiannya untuk kesenangan dan kekayaan sesetengah dan setengah pihak lagi kerugian.

Aku tidak ingin menghalang hak anda semua jauh sekali bermusuh dan mencaci anda semua hanya kerana anda penyokong Arsenal atau Chelsea atau Liverpool. Itu terpulang kepada anda semua, kerana ianya adalah wang anda dan hak anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas. Tapi apa yang aku nak kongsi ialah supaya semua berfikir sejenak;

1. Siapa sebenarnya yang untung?
2. Tidakkah anda rasa seperti dipermain-mainkan, membayar tiket 
   yang mahal hanya untuk menyaksikan pemain-pemain kesayangan anda 
   bermain sambil lewa tidak 100%.
3. Seringkali kita membebel dan merungut tentang kemunduran dan 
   kesuraman bolasepak serta liga kita, apakah yang anda telah 
   lakukan untuk sama-sama menaikkan martabat bolasepak Malaysia 
   atau anda hanyalah "kaki sembang pung pang pung pang".
4. Alasan anda untuk ke sana pasti "Aku nak tengok kehebatan 
   Arsenal/Chelsea/Liverpool main" tapi mana yang hebatnya? mana 
   mutu permainan yang tingginya? jika mereka datang sekadar 
   membuat persembahan.
5. Tidakkah "True Fans" Arsenal atau Liverpool atau Chelsea di 
   Malaysia fikir yang masa yang bernilai itu lebih baik digunakan  
   oleh Daglish, Wenger atau pengurus Chelsea yang baru untuk 
   mengatur skuad dan membina kesefahaman serta meningkatkan mutu 
   taktikal Arsenal, Liverpool dan Chelsea untuk merampas kejuaraan 
   liga dari tangan Manchester United dari masa itu terbuang untuk 
   perlawanan persembahan yang tidak menguntung pemain serta 
   jurulatih Liverpool, Arsenal dan Chelsea. 

Cuba duduk sejenak fikir. Kepada penyokong Arsenal, Chelsea dan Liverpool harap anda semua terhibur oleh persembahan mereka tetapi anda lebih The Gunners atau The Reds atau The Blues jika anda ke Anfield, Stamford Bridge ataupun Emirates Stadium untuk bersama-sama pasukan tanah tumpah darah anda. Orang-orang mereka sendiri pun tidak pergi tengok dan menolak perlawanan persembahan seumpama ini.

Apa yang aku nak katakan di sini adalah aku tidak gemar dengan pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari orang lain tanpa memikirkan apakah kerugian yang bakal dihadapi oleh yang lain kemudian hari.


Sekadar tulisan dan pendapat.

Kenapa...Mengapa???

Assalamu'alaikum,

WOOOO!! Lama sekali aku tak menjenguk ke ruangan ini, sebabnya aku sibuk dengan perkara-perkara lain dan aku tidak ada idea untuk menaip walaupun sebenarnya aku ada perkara untuk dikongsi. Idea tidak hadir mungkin kepala otak ini telah dipenuhi oleh perkara-perkara lain barangkali. Ketika ini persoalan muncul "Kenapa? dan Mengapa?". Mengenai apa? Sini aku jelaskan. 

Kita semua pasti sudah tahu akan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dengan Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Jadi aku tertanya-tanya kenapa? mengapa?

KENAPA lawan Arsenal? MENGAPA tidak menentang England? KENAPA lawan Liverpool? MENGAPA tidak lawan Trinidad & Tobago? KENAPA lawan Chelsea? MENGAPA tidak jemput Republik Ireland?

Jawapannya kalau kita tanya pada pihak yang bertanggungjawab di dalam sebuah persatuan yang menjaga pasukan kebangsaan ialah, 
1. peluang yang baik untuk pemain-pemain kebangsaan menimba  
   pengalaman dan ilmu dengan bermain bersama bintang-bintang hebat 
   seperti Van Persie, Fabregas, Torres, Drogba, Suarez, Reina, 
   Cech dan sebagainya.

2. peluang untuk peminat-peminat Arsenal, Liverpool dan Chelsea 
   untuk melihat kelab tanah tumpah darah mereka dari dekat kerana 
   selama ini ada yang tidak berkemampuan kerana kos untuk menonton 
   perlawanan pasukan di stadium agak tinggi kerana ianya melebihi 
   RM20. 

Dua alasan di atas adalah alasan yang aku baca di akhbar tempatan apabila orang yang dipertangungjawabkan untuk menaikkan martabat bolasepak tempatan diajukan soalan tentang kedatangan tiga pasukan gergasi dari tanah Ratu Elizabeth ke tanah bekas jajahan nenek moyang beliau. Tetapi apa yang aku pelik ialah, MENGAPA tiada jawapan seperti di bawah;

1. Kita membawa 3 pasukan ini ke Malaysia adalah semata-mata untuk 
   mengaut keuntungan dari rakyat Malaysia yang pasti sanggup untuk 
   berbelanja dan berkorban apa sahaja untuk bersama pasukan tanah 
   tumpah darah mereka dan harga tiket yang tinggi bukanlah alasan 
   atau halangan bagi penyokong tegar 3 pasukan tanah tumpah darah 
   mereka ini untuk bersama pasukan mereka. 

Satu lagi persoalan berjalan dalam fikiran aku, KENAPA perlawanan ini dijadualkan disaat skuad Harimau Malaya kita akan bersaing dalam Kelayakan Piala Dunia 2011(jika menang dengan Taiwan) beberapa hari selepas perlawanan dengan kelab gergasi Eropah itu. MENGAPA perlawanan kelayakan itu tidak dianggap penting? 

KENAPA sanggup menghambakan pemain-pemain tempatan dalam saingan Liga Super dengan 3 perlawanan dalam seminggu demi untuk menghabiskan liga sebelum kedatangan bintang-bintang terhandal itu. 

MENGAPA liga paling elit di Malaysia ini tidak diberikan keutamaan berbanding dengan kedatangan 3 pasukan itu yang bukan datang untuk memanas badan, jauh sekali untuk persediaan pasukan mereka bagi menghadapi musim baru tetapi mereka datang kerana telah dibayar untuk datang umpama pelacur yang telah dilanggan terpaksa melayan pelanggannya itu walaupun dia sebenarnya tidak mahu. Kerana hakikatnya Arsene Wenger, Kenny Daglish mahupun siapa sahaja pengurus Chelsea pasti tidak akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk mereka membuat persediaan bagi pasukan mereka tetapi kerana mereka sudah dilanggan, mereka terpaksa melayan pelanggan mereka yang telah membuat langganan di kaunter-kaunter yang sudah dibuka sejak 2 minggu lepas.

Masih terpinga-pinga memikirkan KENAPA? dan MENGAPA?

Sekadar tulisan dan pendapat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...