Monday, January 24, 2011

Apa Ada Hal...

Assalamu'alaikum,

Tiba-tiba terasa nak kongsi akan hal ini. Ianya mengenai bolasepak, tetapi bukan mengenai jurulatih, taktikal, FAM, FIFA, BPL, LA LIGA, SERIE A, Piala AFF Suzuki, Gelora Bung Karno tetapi aku nak kongsi mengenai pemain, pemain ke-12.

Seperti anda sedia maklum pemain ke-12 ini adalah penyokong untuk setiap pasukan yang sedang bertarung. Seperti 11 pemain yang sedang bertarung itu, mereka mempamerkan skil, teknik permainan, larian dan taktikal di atas padang, pemain ke-12 ini juga turut serta mempamerkan skil, teknik sokongan, sorakan, teriakan dan taktikal dari luar padang.

Mengapa aku kata pemain ke-12 ini juga ada skil, ada teknik, ada taktikal? Kerana sememangnya untuk memberikan sokongan terhadap pasukan kesayangan masing-masing perlu ada perkara-perkara di atas namun seperti pemain juga, ada yang mempunyai gaya permainan begini, ada yang gayanya begitu. Pemain ke-12 ini juga tiada bezanya, ada yang corak sokongannya begini, ada yang coraknya begitu.

Senario pemain ke-12 di Malaysia ini tidaklah begitu hebat dan besar bagi kita kerana BUDAYA MENYOKONG (ambil kata-kata dari Hafizal Hamad) kita tidak sekukuh tiang konkrit Menara Berkembar KLCC lagi. Namun tidak dinafikan kita ada berbagai-bagai kumpulan dari pelbagai lapisan masyarakat dimana mereka ini bergabung idea, tenaga dan semangat demi pasukan tercinta mereka.

Aku nak berkongsi mengenai pemain ke-12 bolasepak Malaysia bukan pemain ke-12 Malaysia yang diimport tanpa gaji ke BPL, La Liga, Serie A dan sebagainya.

Seperti yang aku katakan di atas tadi, mengenai wujudnya berbagai-bagai kumpulan ini yang menggelar diri mereka dengan bermacam bentuk gelaran namun objektif mereka tetap sama walaupun nama mereka, skil mereka, teknik dan taktikal mereka berlainan.

Nama seperti Terengganu Fans Club, Ganusoccer.net, Ultras Tranung, Selangor FC(SFC), Selangor Supporters Fans Club(SSFC), Selangor Footbal Fans(SFF), UltraSel, Hijaukuning.com(HKC), Ultras Kedah, Kelate.net, The Red Warriors, The Red Mania, Ultras Taming Sari, Silver State Ultras, N9Futbol.com, Ultras No9ori, Sabahrhinos, Kelab Penyokong Singa Utara, Jengking Fan Club, Johorfc.com, Southern Troops Ultras dan banyak lagi kumpulan ataupun kelab penyokong yang mungkin aku tak tahu(yang aku tulis ini adalah dari sumber "google" & mana yang aku dengar akan kewujudannya) adalah mereka-mereka yang setia bersama pasukan masing-masing.

Apa yang aku nak katakan di sini bahawa ANDA SEMUA HEBAT!! Aku tabik dengan sehormat-hormatnya kepada anda semua kerana semangat yang ada pada hati dan jiwa anda untuk menyokong tanpa berbelah bahagi terhadap ORANG KITA. 

Inilah yang aku nak kongsi, baik anda Kelab Penyokong, E-penyokong(penyokong siber), Ultras atau sekadar untuk menonton dan menyokong sedikit, kita semua tetap sama dengan satu objektif, iaitu menyokong bolasepak Malaysia, menyokong orang kita dan menyokong serta sayang pada pasukan kita. Tidak kira anda dari mana, kerja apa, geng siapa sekalipun, objektif kita adalah untuk sama-sama menjadi pemain ke-12 untuk pasukan kita.

Jadi persoalannya mengapa perlu ada perasaan iri hati, caci mencaci sesama kita, bertengkar sesama sendiri, rasa tidak puas hati dengan cara sokongan orang ini dan cara sokongan orang itu. Macam yang aku katakan tadi, kita ada variasi pemain ke-12 dengan skil, teknik, taktikal sokongan yang berbeza, jadi mengapa ada perasaan dan perkara negatif seperti yang aku sebutkan di atas.

Kita ada Kelab Penyokong dengan sokongan gaya "ol skool" bersama paluan gendang dan sorakan, kita ada kelab e-penyokong yang majoritinya memberikan sokongan hebat di alam siber dan kita ada ULTRAS yang gaya sokongannya lebih agresif iaini sorakan, teriakan diberikan tanpa henti selama 90 minit diselitkan dengan acara nyalaan "flare" dan sebagainya, kita juga ada golongan yang sekadar datang menonton sambil makan kuaci tetapi turut memberikan sokongan sekadar seminima yang mungkin.

Jadi perlukah kita berasa iri hati atau tidak puas hati dengan satu sama lain hanya kerana skil, teknik dan taktik sokongan yang dibawa berlainan dengan kita? Perlukah ada caci maki antara satu sama lain hanya kerana gaya dan corak sokongan mereka berbeza dengan kita? Tidak bolehkan kita biarkan mereka yang datang dengan teknik "ol skool" dengan taktik sokongan mereka? Tidak bolehkan kita biarkan e-penyokong dengan skil menyokong mereka di alam siber? dan tidak bolehkah kita membiarkan ULTRAS dengan revolusi gaya dan corak sokongan mereka? Apa pun gaya dan corak sokongan anda bukankah objektif kita semua adalah sama iaitu ingin melihat pasukan kita berjaya dan kemajuan bolasepak tempatan?

Jadi kepada semua pemain-pemain ke-12 dari setiap negeri dan kelab yang akan memulakan musim 2011 pada Sabtu ini 25 Safar 1432(29hb Januari 2011) diharap anda dapat mengubah pemikiran dan minda anda terhadap satu sama lain. Tiada gunanya bertelagah sesama kita kerana jika semangat yang ada pada setiap pemain ke-12  itu jika digabungkan akan bisa menjadi satu kuasa besar dalam bolasepak Malaysia. Jadi tidak kira anda dari mana Kelantan, Kedah, Selangor, Terengganu, Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Felda United, MP Muar, Sime Darby, Selangor PKNS atau mana sahaja, gunakan kuasa dan semangat anda untuk kemajuan bolasepak tempatan bukannya untuk kejayaan dan kepentingan peribadi atau sesetengah individu.


Pentingnya kita sebagai pemain ke-12 ini adalah kerana, kitalah yang akan mencorakkan suasana dan ke mana arah liga dan pasukan kita akan berada kelak. Jadi jangan kita sia-siakan tanggungjawab yang kita telah amanahkan kepada diri kita sendiri. 

Untuk aku, aku adalah seorang penggemar bolasepak, penonton bolasepak dan dalam pada itu penyokong pasukan Selangor dan Malaysia. Walaupun aku tidak tergolong dalam mana-mana persatuan atau kelab penyokong, ataupun kelab e-penyokong, ataupun Ultras namun apa ada hal?? Semangat aku akan sentiasa ada bersama anda semua kerana bagi aku yang penting hanya satu, pasukan kita berjaya dan bolasepak Malaysia maju. Aku bukanlah seorang yang mampu untuk bersorak selama 90 minit, tiada skil untuk memukul gendang tetapi apa ada hal?? Aku dan rakan-rakan aku tetap akan hadir ke stadium(InsyaALLAH) untuk bersama-sama dengan anda-anda semua dalam memberikan sokongan. Aku tidak pernah berasa iri hati, caci mencaci akan penyokong-penyokong lain kecuali mereka telah melakukan sesuatu yang patut untuk aku memberontakkan akan isu itu ;-). APA ADA HAL KAN?????? teruskan sokongan anda!!

Sekadar tulisan dan pendapat.


SELAMAT MENYOKONG KEPADA SEMUA!!!

"YANG BERJUANG BUKAN ORANG LAIN...TAPI ORANG KITA"

3 comments:

  1. Setuju 110%!! bersama bersatu hati. salam 1 ultras dari Ultras Kedah!

    ReplyDelete
  2. pandangan yng bernas....sy ambil contoh ape yg berlaku sesame final AFF kemarin.sy menyokong bersama ultras malaya tetpi di bahagian blakang sbb dtg agak lmbat kerana mengikuti konvoi suzuki ketika itu...ketika sy berdiri dan menyanyi utk memberi sokongan sebilangn senior citizen marah dn mnyuruh sy utk duduk dan diam....jadi mcmne nk sokongn jika ade golongn sebegini rupe????

    ReplyDelete
  3. Muiz :- tu lah maksud aku, sebilangan nih kena faham lah..kalau dah tak suka bising-bising cari lah pintu yang ramai family, ini pegi duduk "port" Ultras apa bikin..bukan kita nak marah dia..tapi sepatutnya dia lebih tua dia patut faham akan peribahasa "masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang rimau mengaum!!" kalau tak nak mengembek jangan masuk kandang kambing dan kalau tak nak mengaum jangan masuk kandang rimau.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...