Kali ini aku ingin berkongsi mengenai kos perbelanjaan aku sewaktu aku ke Jakarta. Saja aku nak kongsi supaya senang untuk mereka nak ke sana nanti untuk perlawanan-perlawanan akan datang. Boleh sedia kumpul duit siap-siap terutama untuk Sukan SEA 2011 November nanti. Aku berkongsi ini bukan untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk menyinggung perasaan orang.
KOS PERBELANJAAN
Kos Penerbangan termasuk insurans(pergi-balik) RM480.00 -AIR ASIA-
Kos Penginapan(hostel sahaja) untuk 2 orang/malam RM 50.00
Kota dsbnya) RM150.00
Makan dan minum RM 50.00
Duit kecemasan RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM830.00
Bajet di atas adalah kiraan untuk 2 hari 1 Malam di Jakarta kerana pengiraan diambil dari ketibaan aku pada 29hb Disember 2010 & 30hb Disember 2010 setelah selesai perlawanan. Perlu diingat juga kos tiket penerbangan bergantung pada harga naik turun dari Air Asia. Harga yang aku bayar adalah tempahan saat akhir. Pembelian dibuat secara online 11 jam sebelum waktu berlepas.
Namun aku di Indonesia selama 4 hari 3 Malam tetapi aku tidak memasukkan kos selama aku di sana kerana ianya tidak berkaitan dengan objektif aku ke sana untuk menonton perlawanan akhir. Pengiraan di atas adalah sangat minimum di mana ia merangkumi keperluan asas untuk ke sana sahaja, tidak termasuk perkara-perkara dan keperluan-keperluan peribadi mengikut individu seperti mahu berjimba-jimba, hotel ada kolam renang + sarapan, bilik tidur dilengkapi WiFi dan lain-lain keperluan-keperluan lain yang mungkin anda memilikinya di Malaysia tetapi di Jakarta anda perlu membayar untuk perkhidmatan atau keperluan itu. Pengiraan sangat asas dimana Terbang-Tiba-Bilik-Makan-BOLA-Makan-Bilik-Makan-Terbang.
Ayuh kita mula kumpul duit untuk Sukan SEA 2011, semoga Harimau Malaya akan menggegarkan sangkar garuda sekali lagi.
cayalah bro..siap kirakan bajet lg.hihi
ReplyDeletegood :)at lis ada guidance utk sape2 nak pegi nanti..
ReplyDelete