Friday, January 14, 2011

Laksa Jelapang Padi & Karipap Pusing "Mantop"

Assalamu'alaikum,

Hari ini aku dijemput ke satu kenduri doa selamat sempena pembukaan kedai makan seorang rakan dari utara tanahair. Aku ke sana selepas Maghrib tadi dan mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke Restoran Laksa Jelapang Padi yang terletak di 1138-3 Jalan Kedai Makan Besar, Kg Bahagia Bangi Lama, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Apa yang aku ingin kongsi di sini ialah tentang kelazatan dan kesedapan laksa utara di kedai ini. TUUUU DIAAAA!!! Memang Sempoi. Pertama kali aku makan laksa dengan sekoq ikan duk kat dalam mangkuk aku. TUUUU DIAAAA!!! Memang Sempoi. Kalau hangpa tak caya hangpa tengok lah gambaq kat bawah ni naa;

Ikan sekoq TUUU DIAAA!!

Hah!! Sekarang hangpa percaya dah?? Selain dari laksa, karipap pusing dia pun "mantop" gak. Restoran yang serba "sempoi" ini dimiliki oleh seorang jejaka berasal dari negeri jelapang padi yang berhijrah ke Bangi dan kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tahniah "tauke"..!! Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada anda, mungkin anda tiada pangkat dalam komuniti, mungkin anda tiada wang berguni, rumah berpintu-pintu, kereta bersusun namun anda punya hati & jiwa yang sangat kental dan besar serta lebih tinggi nilainya dari semua kemewahan di dunia ini. :-) sekali lagi "AKU KAGUM DENGAN KAU".

Kepada anda yang hendak ke sini, sila ambil Jalan Bangi Lama menghala ke Pekan Bangi dan selepas melepasi Agensi Nuklear Malaysia (MOSTI) di sebelah kiri jalan, anda perlahankan kenderaan dan perhatikan di sebelah kanan anda setelah anda memasuki kawan Kg Bahagia, cari satu kedai makan yang "sempoi" dengan kain rentang "Laksa Jelapang Pada" tergantung. Itulah kedai yang aku maksudkan dalam cerita ini.

Inilah kain rentang Laksa Jelapang Padi
Semoga makin dipermudahkan rezeki Encik Wahazir Wahabi..Amin. :-)

6 comments:

  1. waa besorr ikan..blom jmpe laksa sama ikan besarrr
    =.='

    ReplyDelete
  2. lu mesti suka makan kan...sama macam jiran sebelah rumah gua..kekekek...

    ReplyDelete
  3. haha. kat kedah kedai ikan sekoq tepi jalan. tapi laksa dia umph!! terangkat babe

    ReplyDelete
  4. Fad, harus st g ptg aku ajak buah hatiku singgah...dekat ngan umah aku ni. ari2 lalu...dan aku akan habaq kat buah hatiku " nanti kita kena singgah ni. Nak tgk kaw tak laksa dia . pas tu kena try cucuq udang dia sama, real utara punya tak?". Setelah bc blog ko ni, harus singgah serta merta....

    ReplyDelete
  5. Kalau nak makan Karipap Gergasi.ada 1 kt Bandar Baru Bangi saya dah rasa intinya FUHHH...terasa rempah ratusnya.Hari Jumaat dia berniaga depan Masjid AsSolihin Teras Jernang.Nak Call dia E-ONE KARIPAP GERGASI BANDAR BARU BANGI 017-3777013 (iwan) Budak ni hantar Karipap Gergasi kesemua Jabatan Kerajaan BBB, Sepang, UKM dan Hospital Kajang setiap hari.Saya dah x tahan kalu x kena karipap nihhh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...