Pasti anda menantikan sambungan dari "posting" aku yang berjudul "Dari Shah Alam ke Senayan".Ceh!! macam lah ada orang nak tau sangat..perasan ;-). Tak mengapa nak baca atau tidak tapi aku tetap aku menulis tentang satu peristiwa yang pada aku antara peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku.
Aku dan Kem terjaga dalam lebih kurang jam 3:30pm(waktu tempatan) dan kami terus bersiap-siap untuk ke Gelora Bung Karno, ya memang kami dah sepakat untuk ke sana walaupun tiada balas SMS dari Kelab Penyokong yang akan ke Bung Karno dengan harapan kami akan bertemu mereka di dalam stadium dan bersama-sama mereka untuk memberi sokongan kepada harimau yang bakal bertarung.
Setelah kami berdua siap, kami bergerak keluar dari bilik dengan pakaian biasa tanpa mengenakan jersi Malaysia atau apa-apa pakaian atau benda yang ada lambang Malaysia(macam perisik la plak..haha). Aku dengan t-shirt warna hitam serta jeans manakala Kem dengan t-shirt warna ungu dan jeans. Segala perkakas perang(bendera & jersi Malaysia) semua kami himpunkan dalam beg sandang aku. Kami melangkah dan keluar dari perkarangan Wisma Tirta dan mata meliar mencari ojek untuk ditunggangi ke Bung Karno. Setelah mendapatkan ojek, kami terus dipandu ke Gelora Bung Karno. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit(kerana sesak) aku dapat lihat ramai sekali rakyat Indonesia keluar untuk ke GBK bagi memberikan sokongan kepada Sang Garuda. Ada yang berjalan berbatu jauhnya, ada yang menaiki bemo(teksi sapu van) sehingga duduk di bumbung bemo bermain gendang dan berbagai lagi aksi yang menarik perhatian aku.
Pakaian perang aku (boxer mesti LOVE) |
Perkakas Perang dalam beg tu |
Dalam perjalanan ke GBK |
Suasana sesak di semua jalan ke GBK |
Aku di atas "OJEK" |
Gaya seorang Malaysia |
Gaya Seorang Malaysia |
Lautan tentera Merah Putih |
Kami terus melangkah meredah lautan merah yang dipenuhi garuda-garuda kelaparan untuk mencari Pintu XI seperti yang tertera di tiket kami dan kami difahamkan bahawa disitulah kesemua penyokong Malaysia akan ditempatkan. Dengan hati yang gembira kerana sangkaan kami akan bertemu dengan penyokong yang lain, kami percepatkan langkah namun setelah masuk ke kawasan tempat duduk kami melihat semuanya berwarna merah. "Mana penyokong Malaysia" bisik aku kepada Kem. "Mata kami terus meliar memerhati sekeliling stadium namun tiada kelibat warna kuning dan juga bendera Malaysia di Bung Karno. Kami keluar dan berlegar seketika di perkarangan Pintu XI, dan kami menghantar SMS kepada rombongan bertanyakan dimanakah mereka berada namun sehingga saat ini tiada balasnya. Aku dan Kem pergi menanyakan kepada "Pak Polisi" dimanakah tempat duduk bagi penyokong Malaysia, namun mereka juga tidak tahu, dan kami memohon untuk dibawa ke kawasan Sektor 1 kerana ianya berhampiran VIP dan masih kekosongan(kami lihat dari tempat duduk Pintu XI). Permintaan kami itu tak diendahkan malah mereka menyuruh kami terus duduk di Pintu XI walaupun tempat itu sebenarnya sudah dipenuhi oleh penyokong Indonesia. "Gila apa nak suruh kita duduk sini, aku tak nak" kata aku. Kami berdua pun merangka strategi baru, dan keputusannya ialah kami mahu keluar dari Pintu XI dan kami mahu mencari penyokong Malaysia yang lain.
Agak tegang juga keadaan ketika itu dengan pihak polis yang bertugas kerana mereka seolah-olah tidak mahu memberi kebenaran untuk kami keluar. Kami nekad untuk keluar walaupun kami tidak akan boleh masuk lagi kerana tiket kami sudah dikoyak. Setelah berjaya keluar, kami terus berjalan ke arah Sektor 1 berhampiran dengan Pintu VVIP namun tidak berjaya untuk masuk kerana dikawal serta tiket kami bukan untuk pintu tersebut. Kami berlegar di kawasan luar Sektor 1 dan Pintu VVIP dan masih lagi cuba menghubungi rombongan Kelab Penyokong namun tiada hasil. Aku semangat mahu menukar baju aku ke jersi Malaysia namun apakah dayaku dikelilingi ratusan ribu garuda. Kami berdiri di situ dan sempatlah kami melihat Wakil Presiden dan Presiden Indonesia tiba ke Gelora Bung Karno dengan kawalan yang sangat ketat.
Aku buntu, Kem juga buntu, lalu kami merencana strategi yang terbaru, iaitu tunggu dan terjah bila keadaan tenang dan tiada kawalan. Saat itu pun tiba dan kami terus masuk ke kawasan VIP dan naik ke Sektor 1 melalui pintu di sebelah pintu VIP. Setelah berjaya masuk kerana kami memberitahu kepada pengawal pintu yang kami dari Malaysia berdua sahaja dan dia membenarkan kami masuk di situ. Waktu ketika itu sekitar jam 6:45pm waktu tempatan dan dalam masa 15 minit lagi perlawanan akan disepak mula. Keadaan di Gelora Bung Karno sangat gamat dengan jeritan, laungan, nyanyian oleh penyokong-penyokong Indonesia. Semua tempat duduk sudah penuh jadi bagaimana mungkin aku dan Kem untuk menyelit, ketika berjalan mencari tempat duduk yang boleh kami selit, kedengaran lagu Negaraku dimainkan dan penyokong Indonesia mem"boooo" dengan sekuat-kuat dan segamat-gamatnya(kita juga melakukan perkara yang sama di SNBJ terhadap lagu Indonesia Raya). Aku dan Kem berhenti dan berdiri seperti biasa sahaja kerana takut mereka perasan yang kami penyokong Malaysia.
Perasaan aku ketika itu bercampur, ada cuak, ada bengang, ada semangat yang membara....
...bersambung
ala sambung la lagi..
ReplyDeletebtw di forum CARI..nama korang berdua dh mula popular
aku dengar cerita ko kat sinarfm online tadi.
ReplyDeleteyou r d man.
tengah menantikan cerita2 selanjutnya.
moga bolasepak malaysia bertambah maju dan meningkat mutu.
saspen betul ...
ReplyDeletewahhh mmg berani lah!
ReplyDelete:D
anak rimau ka depa dua org ni..caiya lah... :D
ReplyDeletesambung lagi ye.... mmg dgr kat sinar td tue trus buka...lg..lg..
ReplyDeletemcm harry potter la plak nak tunggu sambungan. aduuhh...cepat la fad!!!waduh waduh :)
ReplyDeleteyup same lah dgr sinar.fm tadi trs bukak.. tgu sambungan....
ReplyDeleteu hero la... hebat! HEBAT!
ReplyDeleteAssalamualaikum WBRT.. anda berdua adalah anak jati malaysia dan berhati waja.. moga mutu bolasepak Malaysia terus meningkat. Tahniah jug kepada pasukan Harimau Malaya yang menang Aggt 4-2. MALAYSIA BOLEH.
ReplyDeletegoyang lah jugak, tak bolehlah kata hero Malaysia, goyang lah bro, pakailah jersi Malaysia..barulah pejuang harimau Malaya
ReplyDeletetgh best2 baca bersambung plak adoi...huhu...
ReplyDeletedpt tahu blog ni dekat sinar pagi...
Caya la bro! semangat Malaysia boleh dan cintakan negara kamu berdua memang hebat..
ReplyDeleteSalam kenal Bro...dengar kat sinar pagi tadi dlm kete...Best gile la ko Bro...Aku tunggu next story...aku dah follow..kalau sudi follow balik...k
ReplyDeletecinta.. Kalau pakai jersi, itu bukan hero Malaysia. Itu nak bunuh diri namanya... Player pun naik kereta perisai pergi sana..
ReplyDeletesalam..dgr sinar.fm pagi tadi..terus i followwwwwwww..bila nak sambung crita ni..isshhh suspen..apapun anda berdua memang berani..
ReplyDeletecinta... goyang goyang pon dia masuk gelora bung karno... ko kat mana masa tuh...?
ReplyDeletenakkkkkkkkk nombor hppppppppp~ !!!!!!!!!
ReplyDeleteHebatlah korang. Sempat dengar sekerat je pagi tadi kat sinar fm. Memang Hero lah kamu. Jangan lupa sambung cepat...iskhhh aku yang over excited..heheh
ReplyDeleteTahniah..!
Nice la bro..keep the spirit..too cinta..kalau pakaibaja malaysia,memang cri nahas la..berpuluh ribu kot pynkong fanatik diorang...atleast bro diatas snggup ke bung karno..=_= dah follow anda..
ReplyDeletejenguk belog nih..
ReplyDeletegilalaaa~
ReplyDeletekagum2!!!
like ah! tunggu sambungan ni!
ReplyDeletedemi negara,apa ada hal kan? tabik la weh!
ReplyDeletekagum giler ngan korang... Gud Job.. Patutnyer korang pn bleh dikira wira jugaks.. ahaks...
ReplyDeleteakhirnya baca kat blog obefiend baru tau apa yang terjadi...mmg hebat lah . Dalam paper detiksport pun ada gambar kamu 'diamankan' .Salute!
ReplyDeletebleh buat filem nih ahaks
ReplyDeletebeg burgerkill mantap bro!
ReplyDeleteade video x bro?? share la sini..
ReplyDeletepehhh korang mmg pejuang sejati..tak payah naik perisai2...cayalah..
ReplyDeleteala smbung benci tol cepat tk sabar nak bce lg ni gimik betol la bro ni
ReplyDelete...hang mmg Super Hero bro!
ReplyDeleteni mesti pakai tangkal keliling pinggang nih...