Thursday, January 06, 2011

...Tahanan Yang Aman...

Assalamu'alaikum,

Tatkala aku mempunyai masa hari ini kerana cuti berniaga, aku mempunyai urusan yang harus aku selesaikan di MBSA berkenaan permit pasar malam.

Jalur merah putih, bulan dan bintang 14 segi serta warna biru kemegahan kita berkibar di Gelora Bung Karno sehingga semua mata tertumpu padanya termasuk pengawal-pengawal keselamatan dan juga anggota polis yang bertugas. Agak gawat ketika itu penyokong-penyokong Indonesia kerana tidak dijangkakan akan ada bendera Malaysia dikibarkan di gelanggang keramat mereka, begitu juga pihak keselamatan yang bertugas, mereka seolah-olah tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bagi tentera merah putih pula, hanya caci maki dan balingan objek ditujukan kepada aku.

Seterusnya, ada seseorang yang berteriak dan menyuruh pengawal yang bertugas menarik aku, dan kelam kelibut mereka semua menarik aku membawa aku pergi dari tempat aku berdiri. Bendera masih teguh di genggaman namun aku tidak dibenarkan mengibarkannya atas alasan keselamatan. Aku berkata kepada mereka "Aku hanya mahu celebrate dengan team aku" dalam loghat Bahasa Indonesia. "Kata kami dijaga" teriak aku lagi. "Aku mahu bersama pasukan aku" tambah aku lagi. Namun tanpa diendahkan aku terus ditarik ke bawah laluan bilik persalinan dan ketika di situ datang pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam marah-marah kepada aku "Kami sudah aman di sini, ngapain kamu bikin provokasi terhadap kami? Rupanya bukan penyokong Indonesia yang merusuh, penyokong Malaysia yang merusuh". Aku menjawab "Saya tidak merusuh, saya cuma mahu celebrate kemenangan pasukan saya". Lalu dia mengangkat tangan seolah mahu melempang aku namun dileraikan anggota keselamatan yang dekat 20 orang semuanya mengawal aku. Bendera Malaysia masih di tangan ketika mereka memegang aku dengan kawalan ketat seolah-olah aku menimbulkan kekacauan.

Seorang pegawai keselamatan yang aku kenal dengan panggilan Glenn datang dan menyuruh aku dibawa ke pintu kuning, lalu aku pun di bawa berjalan di hadapan ribuan penyokong Indonesia dengan bendera Malaysia masih aku genggam walaupun tidak dibenarkan berkibar dan setibanya aku di sebuah bilik di pintu kuning aku di letakkan bersama dengan tahanan-tahanan lain yang ditahan atas kesalahan menyeluk saku, mencuri dan sebagainya. Di bilik itu juga merupakan tempat pesakit-pesakit yang pengsan dan sebagainya dirawat.Kemudian datang seorang pegawai dan dia merupakan Ketua Keselamatan AFF untuk perlawanan malam itu dan aku berjabat tangan dengannya tetapi aku lupa namanya siapa. Dia berkata kepada aku "You are not a criminal, so you don't have to stay in this room, you can sit at the front desk. We need to assure your safety" dan aku menyahut "Terima kasih bapak". Aku duduk di sebuah meja berhampiran pintu masuk ke bilik rawatan dan bilik tahanan itu. Aku memberitahu mereka bahawa aku ada seorang rakan bersama dan meminta mereka mencari teman aku dan pastikan keselamatannya. Lalu Glenn menanyakan namanya dan aku menunjukkan foto rakan aku kepadanya kerana disaat ini aku sudah terpisah dari rakan aku Kem.

Sepanjang aku berada di meja itu ramai yang datang bertanyakan kepada aku, kenapa aku buat begitu? Tidak takut dipukulkah? Aku hanya senyum kerana tidak terjawab aku waktu itu, adakah mereka akan faham bahawa aku ingin meraikan kejayaan pasukan aku? Jadi jawapan aku kepada mereka hanyalah satu senyuman dengan harapan mereka faham yang aku ke sini bukan untuk membuat provokasi. Pihak polis Jakarta memang baik layanan mereka terhadap aku dan mereka juga memberikan aku makanan nasi bungkus tetapi aku menolak. Kemudian masuk Kapten Siregar dengan satu bendera Malaysia yang telah dibakar oleh penyokong Indonesia. Dia menunjukkan bendera itu kepada aku, namun apa yang aku boleh lakukan, aku hanya membuat mimik muka sambil mengangkat kedua-dua bahu aku menandakan aku tidak bersetuju dengan angkara penyokong Indonesia.


Hampir 2 jam aku berada di dalam bilik itu, kemudian barulah aku disuruh mengikut Kapten Siregar ke Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat untuk diambil keterangan. Aku di bawa menaiki Trak Tahanan Polis bersama tahanan yang lain tetapi Pak Siregar telah membenarkan aku duduk disebelahnya lalu aku pun menurut.

Pada ketika ini rakan aku Kem telah diletakkan bersama dengan pasukan Malaysia untuk keselamatan kerana penyokong Indonesia selepas selesai penyampaian trofi, mereka memasuki padang dan cuba untuk masuk ke kawasan bilik persalinan pemain. Syukur rakan aku selamat dan dia dapat bergembira bersama dengan pasukan Malaysia. Banyak foto-foto hasil bidikannya membuatkan aku cemburu..haha ;-).





Kejuaraan milik kita

Kita gergasi Asia Tenggara

Tahniah Harimau Malaya!!

Perjalanan masih jauh...

Kita adalah juara!!

Bangga aku dengan mereka...

King Raja & Kem

Kem bersama Razman dan pembantu skuad Malaysia
Dan gambar yang paling aku cemburu sekali ialah ini;

Rakyat Malaysia pertama yang memegang Piala AFF Suzuki bersama kapten Safiq Rahim
Ya, rakyat Malaysia pertama(tidak dikira pemain dan pegawai serta pak menteri) serta penyokong pertama yang memegang Piala AFF Suzuki itu.

Kem terpaksa menanti sehingga pasukan Malaysia hendak pulang dan dia keluar bersama-sama mereka ke baracudda. Glenn menemani Kem untuk mencari kenderaan yang boleh dia naiki untuk ke Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat bagi menemui aku. Dia terpaksa memegang "walkie talkie" untuk menyamar seolah-olah dia seorang pekerja keselamatan di Bung Karno. Glenn berjaya mendapatkan ojek untuk Kem dan dia terus ke Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat.

Harimau Malaya dalam perjalanan pulang

Barracuda Harimau Malaya

Sementara itu aku menempuh jalan sesak dari Gelora Bung Karno ke Ibu Pejabat Polis bersama dengan tahanan lain dan Kapten Siregar. Dalam perjalanan aku berbual bersama beliau tentang banyak perkara. Kemudian beliau menunjukkan aku Istana Presiden, Istana Wakil Presiden, Rumah Gabenur Jakarta dan Monumen Nasional dalam perjalan ke "kantor" beliau. Hampir satu jam lebih perjalanan kami dan sesudah tiba di lokasi, beliau mengarahkan aku mengeluarkan semua tahanan dan disuruh berbaris. Aku hanya menurut dan aku membukan pintu tahanan di trak kemudian mengarahkan mereka turun dan berbaris kemudian menyuruh mereka berjalan mengikut Kapten Siregar(macam polisi pulak gaya aku waktu itu..haha). Sampai di pejabat, beliau membawa aku berjumpa dengan Komander beliau dan kemudian beliau mengarahkan rakannya mengambil keterangan aku, cap jari serta foto untuk rekod. Jadi Encik Binur Simbolon telah mengambil keterangan aku mengenai mengapa aku ke Jakarta, apa motif aku mengibar bendera Malaysia dan sebagainya. Kemudian foto dan cap jari direkodkan. Semuanya itu mengambil masa hampir satu jam.


Pada waktu itu aku menerima SMS dari Kem mengatakan yang dia sudah berada di luar Ibu Pejabat sedang menikmati makanan di gerai berhampiran. Aku membalas "Tunggu jap". Setelah selesai semua perkara pihak polis meminta Kem untuk datang mengambil aku di pejabat sebelum aku boleh dibebaskan atas alasan supaya dia menjadi saksi bahawa tiada apa yang berlaku kepada aku sewaktu dalam tahanan. Aku bersalaman dengan semua termasuk tahanan-tahanan sebelum aku meninggalkan Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat dan Kapten Siregar meminta jersi Malaysia(yang tulen NIKE) untuk dibuat kenangan dan beliau tertarik kepada jersi Kem yang baru itu lalu aku pun memberikan kepadanya. "Kena pow la pulak" bisik hatiku.Hehe..


Terima kasih kepada Glenn dan pihak keselamatan semua serta anggota polis terutama Kapten Siregar dan Pak Binun Simbolon kerana memahami bahawa aku berbuat demikian atas dasar meraikan kemenangan pasukan aku dan bukan untuk provokasi terhadap penyokong Indonesia. Pada pendapat aku tidak semua penyokong Indonesia berfikiran kolot, namun terdapat segelintir yang masih rendah akalnya. Itu kita tidak boleh lari dari hakikat kerana ianya berlaku disemua negara di dunia ini.


Selesai semuanya aku dan Kem menahan teksi Bluebird untuk pulang ke bilik menginap kami namun satu tragedi berlaku dimana aku dan dia terlupa di mana kami menginap. Bilik yang kami sewa itu terletak di celahan kota Jakarta berhampiran Senayan jadi kami terlupa untuk merekodkan jalannya mungkin kerana terlalu ghairah hendak ke Bung Karno. Lalu kami menaiki teksi berbekalkan kunci bilik yang tertera tulisan Wisma Tirta lalu aku berkata "Pak, kami mahu ke Wisma Tirta tapi ngak tahu dimana jalannya". Pemandu teksi itu membalas " iya kalau ngak tahu jadi gimana nih??". Aku memandang Kem dan Kem menerangkan yang tempat itu terletak berhampiran Senayan. Lalu kami pun berpusing-pusing sehinggalah pemandu itu meminta bantuan rakan-rakan teksi yang lain dan tahulah dia bahawa Wisma Tirta terletak di Jl. Pejompongan. Hampir satu jam kami di dalam teksi akhirnya tibalah kami di Wisma Tirta, Jl. Pejompongan dan masuk ke bilik, kami membersihkan badan sebelum tidur.


Itulah kisah kami berdua sepanjang berada di Gelora Bung Karno. 


Harapan aku seterusnya adalah agar sokongan ini tidak terhenti di sini sahaja, Liga Malaysia akan kembali untuk Musim 2011 dan diharapkan media-media dapat memberi liputan yang terbaik untuk anak Malaysia yang berjuang. Penyokong-penyokong pasukan masing-masing teruslah menyokong walaupun kita mengutuk pemain dan sebagainya tetapi sokong tetap sokong. Kepada pihak pentadbiran yang berkaitan dalam bolasepak Malaysia, harap hati anda ada pada bolasepak bukan pada perkara lain.


TAHNIAH SKUAD MALAYSIA!!!
Tahniah kepada semua warga Malaysia yang HATI & JIWA mereka telah pulang ke tanahair setelah sekian lama berada di perantauan. Harap kepulangan ini adalah kepulangan yang kekal abadi. Ingat "YANG BERJUANG TU BUKAN ORANG LAIN..ORANG KITA JUGA!!!"

WooooooOOOOOOooooo!! MA...LAY...SIA!!!

31 comments:

  1. pengalaman yg sangat berharga =)))

    tapi i nak tanya, bayar teksi bluebird tu berapa?

    ReplyDelete
  2. terbaik r!!!!
    ye memg xdinafikan rkyt indon ni bknlah sume hti busuk...tp kbnyakannye prangaiii...bkn men lg...

    ReplyDelete
  3. pengurus indon tu nak lempang lu ker? kalu dia lempang lu..t dia dtg Malysia mmg kena ludah ngn aku!! bodo punya indon..marah ni!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Melati :- tak ingat lah bayar teksi berapa.. :-)

    ReplyDelete
  5. fad, nak tanya..masa pengurus indon tu nak lempang awak..muka awak cmne ek masa tu? buat muka ketat ke..muka macho ke...muka malu2 ke...muka sengih2 kambing ke..
    muka apakah?
    sila jawab..sebab saya mushkil..hehehe..

    dari sahabat mu yg jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati..
    yang

    ReplyDelete
  6. Yang :- buat muka harimau nak makan garuda..haha.misai gerak-gerak sikit...haha

    ReplyDelete
  7. WOOOOOOOOOOOOO...MA..LAY..SIA..!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. cayalah fad! hidopppp malaysia!!!!!!
    MALAYSIA BOLEH!!!!

    ReplyDelete
  9. ape ke bangang sagt pengurus Indonesi tu!..x professional lansung!

    ReplyDelete
  10. ye, aku dah jumpa korang malam tadi. hahaha

    ReplyDelete
  11. busuk tapi best...hahahah tabik spring...jangan lupa baca Rembat Kosmo! sabtu

    ReplyDelete
  12. tersangat bangga ada rakyat malaysia yg berani macam kamu dan moga ini menjadi contoh kpd yg lain....hidup harimau malaya, malaysia boleh.....

    ReplyDelete
  13. ziarah ke sini selepas membaca kosmo.. anda mmg berani.. tiada org lain yg sama pengalamannya dgn anda.. :)

    ReplyDelete
  14. lepas baca kosmo trus aku singgah blog ang..hang memang berani... bangga aku... ada gak bendera kita bekibaq kt GBK... thank bro.. bannga ngan hang....

    ReplyDelete
  15. dalam byk2 part lu tulis, part ni buleh bikin bergenang juga air mata.

    cilakak, ada bunga rupenye ati gua, keh keh

    tahniah Senior Cabron, lu selamat pulang tu pun dah kire kejayaan besar Malaysia sebenarnya. steady.

    agak2 ke pakistan pegi ke bulan dua ni?

    ReplyDelete
  16. Tahniah dan syabas kpd anda berdua..sgt membanggakan dgn semangat yg anda tunjuk..anda juga sepatutnya digelar HERO MALAYA.Sayu dan naik semangat saya membaca pengalaman anda berdua!Saya tabik!

    ReplyDelete
  17. tabik dan salute kepada ko.
    mantoppp!!!!

    ReplyDelete
  18. memang berani~!!
    i ada tbaca kisah u dlm paper smlm..
    salute~!! =)

    ReplyDelete
  19. hero melayu...
    Rosyam Noor tgh cari...mau berlakon filem tak??

    ReplyDelete
  20. respek sgt!!!

    can u pm me? i wish i can use your story for my research project..
    hidayahzabir@gmail.com

    ReplyDelete
  21. huh...glamour fad....dulu qeja radio pun xglamour cam ni noo.....Hang mmg Legend...jom sambg Liga M lak.....Hidup Hijau Kuning..hahahaha....

    ReplyDelete
  22. citer nih boleh buat movie pendek nih

    ReplyDelete
  23. salute sama lu.. lu memang berani.. demi tanah tumpah darah ku.. dapat blog dari kosmo..

    ReplyDelete
  24. tahniah bro...aku sebagai rakyat malaysia bangga dengan perjalanan epik ko nie...hehehehhe.

    ReplyDelete
  25. Walaupun tak dpt bersama team seperti Kem..tetapi pengalaman bersama pihak berkuasa, kisah di GBK dan seluruh perjalanan di Jakarta itu akan menjadi himpunan memori yang sangat berharga... saya dpt rasakan....saya setuju tak semua warga indonesia cetek akalnya....bersikap tidak matang... ada juga yang baik semasa saya berada di sana tak lama dulu....I tabik spring for your courage and guts....this is really epic I should say... :)

    ReplyDelete
  26. hahaha...terbaik citer bro...gua link blog lu..hehe..

    ReplyDelete
  27. okeh..aku pon jeles..dkat kau..lgi2 sma ngan mmber kau tu


    "Tahniah kepada semua warga Malaysia yang HATI & JIWA mereka telah pulang ke tanahair setelah sekian lama berada di perantauan. Harap kepulangan ini adalah kepulangan yang kekal abadi. Ingat "YANG BERJUANG TU BUKAN ORANG LAIN..ORANG KITA JUGA!!!"" aku suka ayt ni...nice2

    ReplyDelete
  28. tabik spring buat anda dan rakan anda!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...