Friday, February 18, 2011

Bosan

Assalamu'alaikum,

B.O.S.A.N. adalah satu perkataan yang kita akan gunakan apabila kita merasakan bahawa kita tiada idea untuk melakukan sesuatu, apabila hidup kita ini ditimpa sedikit masalah, apabila ada sesuatu perkara yang berlaku tidak kita gemari atau sesuatu berlaku tidak mengikut perancangan yang telah dirancang.
Pasti semua pernah menggunakan perkataan ini tidak kiralah dalam bahasa apa sekalipun, namun pasti ianya pernah digunakan oleh setiap manusia di muka bumi ini.

Pada aku, aku bosan dengan keadaan dunia sekarang ini, mungkin juga dunia sudah bosan dengan aku, aku bosan dengan dengan segelintir manusia yang hidup di atas muka bumi ini, mungkin juga mereka bosan dengan aku..ARGGGHHHH!!! Bosan bukan?

Mungkin anda pun dah bosan nak meneruskan pembacaan jadi aku tamatkan sahaja nukilan kali ini dengan harapan supaya DIA tidak akan bosan dengan aku, kerana kalau DIA sudah mulai bosan dengan aku, alamatnya hancur dan binasalah aku. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat. 

7 comments:

  1. Fad stay postive! Your lowest moment is a test of your will. The test is how you handle your situation in life; whether you experience it calmly, or let it break you down! Nanti aku balik Shah Alam, kita lepak minum-minum di SS 15 ajak anak kadir dan budak2 ok!

    ReplyDelete
  2. perghhh!! cakap orang putih kau..hahaha ;p

    ReplyDelete
  3. kekekekekeke.....
    mmg bosan gile ke time awak tulis entry ni paad....sama laaaaa kiteeeee.....

    ReplyDelete
  4. kawe nak kacek kelate dgn demo, bole ke? tulis la entry dalam bahasa kelantan ada berani ka? hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Bro...bila hang mai penang...hahaha...sama la aku pun tengah bosan gak...nak tidoq tak ngantuk ..nak baca quran kepala berat ( alasan ja )....

    ReplyDelete
  6. Jangan bosan. Ada yang membaca your blog. Buat apa yang kita suka. Suka apa yang kita buat....

    ReplyDelete
  7. Shaki :- betul tu..memang saya buat apa yang saya suka..dan saya suka apa yang saya buat.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...