Friday, April 29, 2011

Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Assalamu'alaikum,

Anda lihat dan baca sahaja topik itu pasti anda sudah tahu atau mungkin pernah terdengar mengenai tempat ini. Untuk yang tidak tahu ini adalah sebuah tempat yang dipanggil stadium untuk perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan negeri Kelantan Darul Naim. Stadium keramat bagi Pasukan Kijang dan penyokong mereka. Tempat ini bagi aku sangat gah walaupun struktur dan kemudahannya tidak seperti stadium-stadium lain yang nampak gah di Malaysia ini. 

Kenapa aku kata stadium mereka gah? Kerana stadium ini adalah nyawa dan jiwa bagi penyokong-penyokong Kelantan, mereka akan menjaga stadium mereka, mereka akan memenuhkan setiap ruang di dalamnya bagi menjaga maruah pasukan kesayangan mereka. Jika anda terus membaca anda akan mengerti mengapa aku mengklasifikasikan stadium yang tidak canggih dan moden ini sebagai hebat dan gah.

Aku berkesempatan ke sana pada tanggal 22 Jamadilawal 1432(bersamaan 26hb April 2011) bersama-sama dengan rombongan UltraSel untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Selangor. Aku tidak mahu berkongsi dengan anda semua tentang perjalanan kami dan juga tentang perlawanan kerana itu semua anda sudah tahu, tapi aku nak berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang anda tidak tahu iaitu pengalaman merasai atmosfera yang menaikkan bulu roma di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. 

sebelum masuk ke dalam, singgah ke The Red Warrior Cafe


Keadaan jam lebih kurang jam 6:45pm

belatar belakang The Red Warriors
Kami masuk dari Pintu I dan duduk di bahagian atas sekali supaya tidak mengganggu penyokong-penyokong lain bila hendak bersorak nanti. Dari saat kami masuk, semua penyokong Kelantan seolah-olah pelik dan terpegun mungkin kerana mereka tidak menyangka bahawa akan ada penyokong Selangor datang pada hari itu. Kami hanya menanti detik sepak mula dengan bergambar dan menikmati suasana dan keadaan sekeliling yang pada aku adalah sesuatu yang anda tidak akan dapat di mana-mana kecuali di SSM-IV sahaja.


PENUH!!!

PENUH!!!

PENUH!!!
Gambar di atas diambil sejurus sebelum sepak mula. Memang penuh dan gamat stadium itu dipenuhi anggaran sejumlah 20,000 orang. Setahu aku rekod kedatangan penyokong Kelantan jarang-jarang mengecewakan walaupun harga tiket tempat duduk biasa berharga RM12 dan pada aku harga tersebut agak tinggi untuk sebuah negeri yang dikategorikan sebagai mundur, tidak maju dan paling ramai penduduk miskin tetapi apalah gunanya jika ada stadium berkapasiti 80,000 orang ditengah bandaraya yang rakyatnya semua moden, berpendidikan tinggi, berpangkat, bergaji besar namun tiada jiwa. ;-)


Ultras Kelantan The Red Mania & UltraSel

Panji Merah Putih & Merah Kuning megah berdiri bersama-sama
Sewaktu wisel penamat dibunyikan kami dihujani dengan air minuman dan segala objek lain sama seperti ketika Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk gol kemenangan Kelantan. Apa kan daya, terima sahaja dengan hati terbuka kerana itu adalah sebahagian daripada pakej yang ditawarkan jika anda membeli tiket ke SSM-IV. Yang penting majoriti penyokong lain dikeliling kami marah kepada segelintir mereka yang melemparkan objek menunjukkan bukan semua penyokong Kelantan bersikap demikian, namun apakan daya, di dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua yang busuk. Itu adalah lumrah kehidupan. Selesai perlawanan dan acara melontar objek, UKTRM dan UltraSel bergabung tenaga bersorak sambil diperhatikan oleh penyokong-penyokong yang lain. Ada yang mengambil gambar, ada yang merakam video dan sebagainya. Kami dari Selangor bersalaman dengan penyokong Kelantan tanda persahabatan.


Keadaan di Pintu Masuk Utama selepas bas pemain Selangor beredar

Bergambar bersama

Selangor Kelantan sama saja..apa ada hal
Sering kali kita baca, dengar dan lihat berita mengenai keganasan penyokong-penyokong Kelantan samaada ditempat sendiri mahupun di tempat lawan. Memang tidak dapat dinafikan ada segelintir mereka yang begitu namun apa yang aku dapat katakan hanyalah "Tak Kenal Maka Tak Cinta" jadi kenal dulu apa yang boleh mencetus kemarahan mereka, maka jangan dijolok kerana kita bertandang ke tempat mereka, begitu juga mereka apabila bertandang ke tempat orang. Yang penting pelawat hormati tuan rumah dan tuan rumah harus menghormati kehadiran pelawat meskipun memberikan layanan yang dingin. Apa-apa perkara yang berlaku jika boleh dielakkan dari berlarutan menjadi pertempuran kita elakkan. Gunakan sedikit akal fikiran untuk mengawal hati dan perasaan. Aku faham masing-masing mahu tunjukkan kecintaan terhadap pasukan masing-masing namun apa gunanya bertelagah sesama sendiri kerana aku dengan kau sama-sama memegang kad pengenalan warna biru, jadi apa ada hal??

Alhamdulillah kehadiran kami ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV diterima baik oleh penyokong Kelantan dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Mungkin ada yang akan kata "Alah..Kelantan menang boleh lah, cuba kalah mesti gaduh" dan apa yang aku boleh kata "Tak Cuba Maka Tak Tahu". Bukan hendak mendabik dada bahawa aku telah ke SSM-IV dengan selamat, tidak, cuma apalah gunanya jika kita asyik mengata dan berpandangan negatif terhadap orang, sampai bila nak bersatu dan aman.

Pengalaman tempoh hari adalah pengalaman yang amat menarik sekali untuk aku namun aku percaya Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sukar diramal. Hari ini mungkin begini, esok lusa tiada siapa yang tahu. Itulah kehebatan stadium keramat "The Red Warriors" dan stadium yang paling gah di Malaysia buat masa ini walaupun struktur binaan dan kemudahannya tidak canggih dan moden. Apabila ingin ke sana ingatlah bila masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum "AuuUUmmMM!!" dan bila masuk kandang kijang, "sendiri mau ingat lah".

Kepada semua penyokong Kelantan, "Sek-sek demo meme kemah-kemah dan hebak-hebak belako" dan kepada Ultras Kelantan The Red Mania terima kasih tidak terhingga kerana memudahkan urusan kami di sana. InsyaALLAH bertemu kita lagi.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

46 comments:

  1. hahahahahaha... yes kenal dlu maka 'bercinta' lah dengan stedium kami.. thanks for coming n ad mase datang lagi yerr,,, :)

    ReplyDelete
  2. Bereh boh. Kalu nok gojoh sampai bilo tok maju.

    ReplyDelete
  3. dan bila masuk kandang kijang, "sendiri mau ingat lah".selamaat datang n selamat pulang dengan selamat...

    ReplyDelete
  4. ore lownie debe ngan ilmu...
    jare benar ore debe ngan kaki..

    i like this post ^^

    ReplyDelete
  5. Kemah boh pos demo.. kawe brehi sapa mejilat2 skrin laptop nah nih.. hahaha.. Moga pengalaman menjejakkan kaki ke SSMIV tidak saudara lupakan. Salam perkenalan daripada Rakyat serta Penyokong Kelantan.

    ReplyDelete
  6. * sebuah negeri yang dikategorikan sebagai mundur, tidak maju dan paling ramai penduduk miskin *

    bro... statement anda 2 salah la bro... sila betol kan... kerajaan kelantan je yg xde duit, bkn rakyat kelantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol asal aku balik kota bharu..rasa rendah diri sgt sebab pakai keta myvi jer sebab rata2 aku tengok orang kampung aku tak toyota mesti honda..pelik gak..kata kerja susuh dapat kat sana tp banyak gak duit beli keta import tu

      Delete
  7. peyek:
    bg ambo, statement tu tok perlu diperbetulkan sbb mmg itulah tanggapan org luar pd negeri n rakyat kelate... kita kena terima dan kitalah yang kena cuba ubah persepsi mereka dgn buktikan itu semua silap bkn dgn memaksa.

    ReplyDelete
  8. payek :
    tu ayat sarcastic je pun

    ReplyDelete
  9. yee... sy fhm dgn ayat bro yg tulis blog nih... sy cuma nk membetulkan saje... jgn terlalu memandang rendah kpd rakyat kelantan dgn beranggapan begitu...

    ReplyDelete
  10. kemah kemimmm ;) xbias lasom tulisan demo..terima kasih sebab sudi dtg..

    statement "mundur tidak maju & paling ramai penduduk meskin" bagi sy rasanya sudah tidak relevan lagi..yes kerajaan yg kurang duit *w/o prejudis*, bukan rakyat ;)

    payek : persepsi ore meme payoh doh nok ubohh..keno mari duk klate buleh sbule duo.kelih sdiri..;P

    ReplyDelete
  11. sabor,,kelantan terbaik,,perak terbaik

    ReplyDelete
  12. aku memang teringin sangat nak pergi tgk away game kat stadium kelantan..mesti syok giler..

    ReplyDelete
  13. statement anda yg berbunyi

    * sebuah negeri yang dikategorikan sebagai mundur, tidak maju dan paling ramai penduduk miskin *

    bg anda mgkin itu adalah benar..kami bukan mundur cuma kami tidak mendapat yang sewajarnya, yang sama rata sama seperti negeri lain dapat..hak kami sentiasa dinafikan..bagaimana kami nak majukan negeri kami kalau hak kami sendiri ditindas..bkn nak persoalkn politik di sini, tp begitulah hakikatnya..jika hak kami diberi sama seperti negeri lain, saya rasa Kelantan lagi maju daripada negeri lain, lagi hebat dari negeri lain..

    yang penting sekali, negeri kami kaya dengan budi bahasa dan adab kita orang MELAYU..

    ReplyDelete
  14. kadangkala apabila kita membaca sesuatu kita harus fahami maksud tersirat pada sesebuah tulisan itu... ;-)

    ReplyDelete
  15. mantap ah...
    bukan semua pnyokong kelantan yang xde budi bahsa...
    cam bro kate gak xdi...setandan pisang pasti ada sebiji dua yang busuk....trimas bro~~

    ReplyDelete
  16. Terbaik!naik bulu roma baca blog ni..apa pun selangor kelantan sama..ic biru..bawah nama satu negara..MALAYSIA..tak perlu bertelagah..tak perlu bermusuh..kita sama sahaja..tahniah kelantan..memang tak di nafi kan..stadium anda terbaik..

    ReplyDelete
  17. akhrnyo ado jgk ore op pehey jiwo sep kito..mari la sopmo stdium kito..tgk ramai2 la br sedak..tgk skit2 x sedak..xdop feeling..

    ReplyDelete
  18. saya sokong kelantan dan selangor.
    the giant warrior!

    ReplyDelete
  19. salute bro!!
    anda dtg anda thu bgaimana kami layan...
    biasa la hanya segelintir...bkn smua...
    ore kito ado adat sope...ore laye molep kito, kito laye molep ore...

    ReplyDelete
  20. * sebuah negeri yang dikategorikan sebagai mundur, tidak maju dan paling ramai penduduk miskin *

    nak kaya macam mana..kerajaan m'sia dah sapu,dah aniaya minyak petroleum kami selama 18 tahun! hehe..

    Gomo Kelate Gomo..Selangor nak mari lagi.di persilakan..tp kalau Perak? sendiri mau ingat..ngeh3..

    ReplyDelete
  21. Aku layan game ni live kat tv, memang nampak ko yg menonjol dgn jersi kuning tu, hehe.

    ReplyDelete
  22. cayalah..... cm tu lah MALAYSIA...

    ReplyDelete
  23. anda yg terbaik..tidak memandang kami dengan keburukkan..

    ReplyDelete
  24. post demo meme terbaik.. tobat ah..

    ReplyDelete
  25. hebakk.... harap2 geng lain dpt buko mato dgn penulise demo... teruskan..

    ReplyDelete
  26. Selangor, Kelate tetap kawe sayang... Anak2 lahir kat Selangor... Mak Ayah ore Kelate heeee..

    ReplyDelete
  27. Ore klate baik2 blako...sek2 Klate ngan Selangor x soh baloh dan jgn mudah trpengaruh dgn khabar2 angin.X khe psal bola pn nk bbaloh ...:D

    ReplyDelete
  28. politik tolak ketepi deh..statitik ekonomi negara kelantan mmg negeri miskin brdasarkn perkapita ekonomi kerajaan..ttp hakikat di dlm negeri ramai org2 kaya dan rumah besar2 serta gedung2 perniagaan tumbuh bagai cendawan...dr segi bolasepak pula We are kelantan suppotter iaitu peminat2 TRW tegar adalah pencetus bagaimana fenomena stadium di negara kita mula dipenuhi peminat bola negeri2..tgk sj bagaimana stadium sarawak yg dianggp sunyi sblm ini yg mnjadi tmpt hantu bertandang dipenuhi ribuan org2 srwk yg ingin melihat pasukan mereka bertemu kelantan..mrk dtg cuma ingin melihat aksi pemain2 TRW..ini realiti yg tk perlu disangkal oleh supporter mn2 negeri wlpn kerap didenda FAM disebabkn sebilangn penonton yg tidak beradab dan dtg hanya ingin mmbuat huru hara...saya sdri spporter TRW tp dibesarkn dan bekerja d Slngor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol asal aku balik kota bharu..rasa rendah diri sgt sebab pakai keta myvi jer sebab rata2 aku tengok orang kampung aku tak toyota mesti honda..pelik gak..kata kerja susuh dapat kat sana tp banyak gak duit beli keta import tu..

      Delete
  29. terbaek bos..aku respek sgt kat fan selangor yg berbaik sngka ngan fan TRW...kwn aku ramai org sel;anor..aku blaja n bekerja kat selangor...kelate selangor xleh dipisahkan..huhu

    ReplyDelete
  30. Terima kasih tak terhingga... Penulisan sebegini adalah permulaan untuk kita semua memperbaiki persepsi terhadap kita para pendokong bolasepak Kelantan. terima kasih sekali lagi.
    "Awok-awok kito tunggu apo lagi? Mari beruboh... Sapo tok beruboh kito pereboh" ('',)

    ReplyDelete
  31. Jalinkan, Pelihara, dan Suburkanlah SilaturRahim

    “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara…” (Surah al-Hujuraat, 49: 10)

    ReplyDelete
  32. kemah boh.. kawe suko. mari la klate lagi des!

    ReplyDelete
  33. tq kerana mengunjungi SSM4 wpun ada peminat bolasepak di alam cyber kutuk stdium mcm reban ayam tp x pa janji kami selesa menonton. hrp suasana kemeriahan sokongan di SSM4 berterusan sampai bila2, x hanya bermusim.

    ReplyDelete
  34. akak setuju sangat2 !! Tak kenal maka tak cinta ... itu lah yg terjadi pada diri akak .. dulu tak suka org Kelate sbb byk dengar buruk dari baiknya .. tapi bila dah kenal, akhirnya bercinta dan akhirnya ke jinjang pelamin dan sekarang sudah memiliki 4 org cahaya mata... 2 lelaki yg sudah besar.. sorang memilih selangor, sorang pilih Kelate bila sokong bola .. adil dan saksama.. sokongan dari hati masing2, tidak dipaksa utk pilih mana satu... yg perempuan kecik lagih ... so sama lah juga kes dgn bolasepak nih ... tak kenal mereka, maka kita beranggapan buruk sokmo ... cuma akak tak setuju laaaa part ni

    "tetapi apalah gunanya jika ada stadium berkapasiti 80,000 orang ditengah bandaraya yang rakyatnya semua moden, berpendidikan tinggi, berpangkat, bergaji besar namun tiada jiwa."

    Kita di Selangor tak boleh dibandingkan dengan negeri lain dalam kapisiti memenuhkan stadium sebab :
    1) kebanyakan yg duduk berdekatan SSA spt: Shah Alam, Klang, Puchong & Bangi adalah org dari negeri lain .. Kelate terutamanya .. di UITM pun ramai org Kelate ... so tak mustahil bila lawan Selangor di Shah Alam , org Kelate lebih ramai dari org Selangor kerana:
    2) Selangor besar dan daerahnya yg majaroti rakyat jati selangor adalah sangat jauh dari Shah Alam.. spt: Selayang, Rawang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kajang dll .. dan kebanyakan yg menyokong bola sepak tempatan adalah mereka yg bergaji rendah dgn hidup di kota yg serba serbinya mahal.. atas alasan itu, rakyat selangor hanya akan turun pada perlawanan2 tertentu seperti semi final & final...
    3) Stadium kita besar ... nampak macam sikit, tapi kalau yg sikit itu diletakkan di SSMV, rasanya boleh nampak penuh macam tuh ...

    Sekian, sekadar pandangan

    ReplyDelete
  35. skang ni gedebe tidak lg org kejar...apa yg dikejar adalah ilmu,usaha utk memajukan diri supaya kita lebih dihormati dan menghormati antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  36. namo kawe pakdo aka the

    setuju sgt2 dgn artikel demo..... semoga yg keruh dpt dijernihkan =)

    ReplyDelete
  37. very2 good article bro..betol la apa yang bro cakap tu. orang kelantan bukannya jenis cari gauh tak tentu pasal..sedih dengan sesetengah jenis orang yang memandang sinis kelantanese hanya kerana ada sesetengah jer yang perangai mcm sial..sebenarnya semua sama jer not just kelantanese tp bile orang kelantan jer mmg jadi isu..anyway aku salute dgn bro dengan artikel bro pasal stadium ssm4 ni..terbaik!!

    ReplyDelete
  38. rentetan drp kejadian berlaku baru-baru ni, tentang kel vs jdt... nampaknya mereka masih tak faham tulisan ini. semoga up balik ni tulisan utk pengajaran kepada semua...

    ReplyDelete
  39. terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk......

    ReplyDelete
  40. Penyokong Selangor memang bijak.........
    Masuk tempat orang bawa otak , bukan pisau........
    Gomo Selangor Gomo!

    ReplyDelete
  41. Bergenang air mata saya baca. Tahniah atas ulasan yang adil dan terima kasih. Jika berkunjung lagi saya akan pastikan saudara diberikan layanan yang sewajarnya. Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...