Wednesday, September 21, 2011

Jepun B-23 lwn Malaysia B-23

Assalamu'alaikum,

Perghhhh!!! Memang hebat pasukan Jepun dari segi teknikal pemain dan taktikal. Memang tak boleh nak sangkal apa dah, mereka memang hebat.
Kalau kita tengok tadi sebenarnya permainan kita jauh berbeza dengan mereka dari aspek teknikal terutamanya. Bukan pemain kita tidak bagus, tetapi hakikatnya pemain-pemain "Blue Samurai" lebih hebat.

Beza yang sangat ketara antara pemain Jepun dan pemain Malaysia sebentar tadi adalah;
  1. "Technique" (passing,long ball,shooting,heading)
  2. "Pace"
  3. "Quick Thinking" (pantas dalam membuat keputusan untuk merencanakan permainan)
  4. "Experience"
Teknik pemain-pemain Jepun dalam hantaran pendek dan jauh sangat tepat berbanding kita, dari segi kawalan bola juga begitu. Bukan teknik pemain Malaysia tidak hebat tetapi cuma Jepun lebih hebat.

Pemain Jepun juga lebih cekap dan cepat dalam membuat "passing" dan kerap bermain "short pass" dan bermain dalam kadar kelajuan yang tinggi, bukan pemain kita tidak laju, cuma mereka lebih laju dan pemain kita mungkin tidak biasa dengan "game pace" yang sebegitu rupa. 

Pemain Jepun lebih pantas dalam membuat keputusan di dalam permainan manakala pemain kita mengambil masa yang sedikit lama dari mereka, jadi setiap kali kita memegang bola, pemain Jepun dapat menutup ruang kerana "decision making" yang sedikit lambat tadi telah memberi peluang kepada mereka untuk membaca permainan Malaysia.

Pengalaman juga nampak memainkan peranan dalam perlawanan tadi, di mana pemain Malaysia seperti gugup atau mungkin "nervous" bukan mereka tak boleh main, mereka hebat cuma pemain Jepun lebih berpengalaman dan dapat mengawal permainan mengikut kehendak mereka.

Pasti ramai yang akan berkata, abis pegi training kat Slovakia tu buat apa?? Ingin dijelaskan di sini, kita pergi berlatih di negara yang "ranking" dunianya nombor 39 untuk persediaan menghadapi pasukan yang ranking dunianya nombor 15, apa ke halnya?? hehehe...Jepun pun lebih hebat dari Slovakia, kita pergi berguru dengan mereka, sudah pasti lah tak dapat menandingi kehebatan Jepun.

Asyik Jepun je hebat kan, peduli apa aku, pemain kita tadi telah menunjukkan permainan yang bersemangat dan telah bermain 100% kecuali Apek kerana dia telah bermain 200% cuma kita kena akur, tahap pemain-pemain kita hanya di tahap itu sahaja. Kita pun bolos 2 gol je, apa ada hal?? 

Kepada semua Harimau Muda,jangan kecewa..sikit punya hal saja adoinya pun!! jangan putus asa, jangan putus semangat, kita cuba buat lain tengok macam mana. Kami ekor-ekor kamu semua sentiasa akan berada dibelakang kamu...steady!!!

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! ;-)

2 comments:

  1. Apek sungguh hebat, terima kasih Apek, kalau tidak entahlah berapa yang bolos......our boys lambat pick up, gugup dan tak bersedia untuk Jepun yang jauh lebih baik dari kita. FAM FAM FAM bangkitlah dan berusahalah untuk memperbaiki team MALAYSIA junior senior semua. Plan latihan matches games dengan mereka-mereka yang sepatutnya. Prepare our boys mentally physically spiritually supaya gah di mana-mana menentang sesiapa pun........kenapa Jepun semakin meningkat dari zaman dulu dan kita pula semakin merosot dari zaman kegemilangan kita dulu...duit rakyat juta-juta habis untuk apa???????

    ReplyDelete
  2. betul bro..ok la 0-2..xboleh expect tinggi sgt..tgk rank dulu..team pompuan pon dh juara dunia..btw thanx sooo much Apex! dah macam mamat jepon :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...